Showing posts with label Tuntutan Hak Di Mahkamah. Show all posts
Showing posts with label Tuntutan Hak Di Mahkamah. Show all posts

Friday 14 July 2017

Rekod perbelanjaan Nafkah Keluarga

Tek : Anys Idayu Zakaria

Wanita sifatnya lembut, mudah tersentuh dan mudah menghulurkan bantuan terutamanya kepada pasangan. Jadi dalam rumahtangga kalau kau ikhlas membantu pasangan terutamanya dari segi kewangan usah diungkit.

Ikhlaskan hati sepenuhnya. Itu tanda kita sayang dan rela berkongsi. Cuma aku nasihatkan bila kau seorang yang sering keluarkan wang perbelanjaan terutamanya mengurus segala nafkah keluarga wajib simpan dan tulis semua rekod.  Jika berlaku sesuatu, kita ada bukti untuk menuntut hak sebagai wanita dan isteri.

Antara yang boleh dipraktikkan ialah :

1. Rekod setiap duit keluar masuk. Perbelanjaan yang menggunakan duit sendiri, juga duit pasangan.

2. Jika kita yang menanggung semua pembayaran bil, rekod print dokumen simpan.

3. Rekod setiap kali duit yang pasangan bagi.

4. Rekod duit yang pasangan minta semula

5. Akhir bulan kira semua jumlah.

Rekod dalam buku. Simpan buku tersebut dengan baik. Itulah harta yang paling bernilai perlu dijaga.

Tak payah mengada rekod dalam phone. Buatnya telefon rosak, hang. Habis jahanam semua yang kau dah tulis. Menangis berlagu pun tak guna. Mana nak cari lagi.

Baik, kau pasti akan tanya apa pentingnya rekod bagai semua ni kan. Tulis sahaja dan simpan. Kita tak tahu bila kita akan gunakan. Aku buat cara ni sejak 2012. Hampir 4 tahun lebih aku simpan semuanya.

Aku pun sebenarnya tak da niat apa pun. Hanya sebagai simpanan sendiri sebab sendiri yang perit kena keluar semua duitkan. Rupanya rekod tersebut sebagai bukti aku gunakan untuk tuntutan fasakh di mahkamah, selain bukti lain.

Kau bayangkan kalau berlaku sesuatu dalam hidup kita, dan sebagai wanita kau sepatutnya ada hak untuk membuat tuntutan tapi tiada satu bukti pun yang menyebelahi kau makanya semua proses tuntutan jadi sia-sia.

Aku kongsi untuk kau yang rasa perlu. Kerana aku yakin di luar sana masih ramai yang buntu untuk kumpul segala bahan bukti bila nak buat sebarang tuntutan hak di mahkamah terutamanya. #anysidayuzakaria