Wednesday 3 July 2019

Zikir Asmaul Husna Bagi Yang Belum Ada Jodoh

Dari pagi tadi hati aku gembira bila melihat seorang rakan mula temui sinar kebahagiaannya.

Seronok sangat rasa. Dan sesungguhnya Rahsia jodoh itu milik Allah. Bila tiba masa Allah nak bagi, sekejap sahaja Dia akan tunaikan.

Dalam kita berusaha kita juga berserah pada Allah.

Antara doa dan zikir yang aku pernah amalkan suatu ketika dulu ialah zikir Asmaul Husna.

💐 *Bagi Yang Belum Ada Calon :*

Amalkan Zikir ini 40x atau Boleh sepanjang masa (ketika sedang buat kerja atau bila-bila sahaja sepanjang hari itu boleh amalkan Zikir ini dengan Lafazkan Zikir Di BIBIR mahupun di HATI) 😍

Ya Rahman (Yang Maha Pemurah lagi Pengasih)

Ya Rahim (Yang Maha Penyayang)

Ya Jami' (Maha Mempertautkan)

Ya Zohir (Maha Memperlihatkan)

Sambil Lafaz Doa Bicara Hati :

"Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, Limpahkan Lah Kasih SayangMu padaku, Letakkanlah Sentiasa Hanya CintaMu di dalam Hatiku agar sentiasa aku MengingatiMu kerana Sesungguhnya Cinta Manusia itu Lemah tidak Sempurna dan Tidak Kekal, hanya CintaMu itu Yang Kekal, Tulus, Suci lagi Abadi ❤ .

Ya Allah, Sesungguhnya Engkaulah Ya Baari' sebaik-baik Perancang dan Pengatur. Engkau lebih Tahu apa yang Terbaik buatku, Setiap SusunanMu itu Sangat Cantik dan Sempurna. Hadirkanlah Jodoh yang Baik Untukku agar Si Dia menjadi Alat-Mu dalam Mencapai Redho-Mu menuju Ke Syurga-Mu.

(Masukkan ciri-ciri suami yang kita mahukan)

Pada-Mu Ke Merayu dan Merintih, Engkau Zohirkanlah (Perlihatkan) Jodohku. Engkau Temukanlah kami Ya Wajid (Yang Maha Menemukan) dan Tautkanlah kami Ya Jami' (Yang Maha Mempertautkan Silaturrahim)  mengikut Cara-Mu.

Pada-Mu ku Berserah Ya Baari'  ❤ Ameen Allah Ya Sami' (Yang Maha Mendengar) , Ya Mujib (Yang Maha Memakbulkan) 💝

Sebulan lepas aku amal zikir ini aku bertemu dengan suami sekarang.

Kemudian aku tukar zikir Asmaul Husna yang lain pula. Zikir nama Allah yang mana Dia telah menzahirkan jodoh kita.

Ada yang nak tahu? Nanti aku kongsikan zikirnya.

6 comments:

  1. salam sis,kalau still berharap pada ex tunang, n amalkan zikir ni, boleh tak? tanda usaha juga kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.. Saya amalkan.. alhamdulilah ex Saya kembali dengan izin Allah...mustajab

      Delete
    2. sebut nama dia ke awak?

      Delete
  2. awak sebut namanya atau secara umum je?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum
    Izinkan saya mengunakan doa ini..
    Terima kasih diatas perkongsian yang berguna

    ReplyDelete
  4. Terima kasih. Semoga murah rezeki puan. Doakan saya bersatu kembali dengan si dia.

    ReplyDelete