Showing posts with label catatan pengalaman. Show all posts
Showing posts with label catatan pengalaman. Show all posts

Thursday 13 September 2018

Pertemuan Yang Mengujakan

Tek : Anys Idayu Zakaria 

Yeahh yang ini memang sangat mengujakan aku. Pertemuan di luar perancangan kami berdua. Yang sebetulnya si dia pun dah ada plan dengan family dan aku pula sememangnya kena hadir kursus perkahwinan. So kami memang tak rancang langsung untuk bertemu. Kebetulan family aku nak ke Segamat untuk hantar pengantin, dan mereka rancang pula untuk terus sambung cuti ke KL.

Hahah aku apa lagi, melompatlah sibuk nak ikut sama.  Kononnya takut nak duduk sorang-sorang 2 harikan. Disebabkan aku seorang yang tertinggal di JB, maka nya untuk ke KL aku terpaksalah naik bus. Pada mulanya memanglah bercadang untuk turun TBS. Tapi bila aku fikir-fikir semula, dari sesat blur-blur, lebih baik aku turun Klang dan dia ambil aku. So adalah peluang nak berdating sekejap heheh.



Dan yang bestnya sudah tentulah kami sempat menonton Munafik 2. Yang sememangnya kami rancang-rancang mahu tonton, dan duk sibuk fikir tarikh yang sesuai.  Aku tak nak ulas panjang-panjang cerita ni. Yang aku tahu, sambil tengok Munafik, tak senang duduk dibuatnya tangan asyik tutup muka takut termenjerit seram punya pasal buat malu je. Dia boleh rilekss je kan haha. 






Hari Isnin di Klang kami habiskan masa bersama. Tengok Munafik 2, dan balik ke rumah family dia sebelum aku berjumpa family aku pulak. Hari Selasa masa untuk aku melayan anak-anak, bawa mereka ke Pusat Sains Negara. Mereka pun dah sempat berjalan ke Icity Shah Alam, main salji dengan family adik aku. So puas jugalah mereka berjalan walaupun aku tak sempat melayan.





Oh ye. Kami juga sempat makan malam bersama keluarga di Romah Makan Terlajak Laris Dato Aliff. Deco restoran yang boleh tahan menarik juga, tapi menu yang kami makan malam tu biasa-biasa je disebabkan kami orang terakhir sampai. So tak de la nak order makan havoc-havoc sangatkan. 

Terima kasih kesayangan kerana sudi melayan kerenah kekasih hati awak ni hehe. Sanggup tunggu aku sampai dari Jb, walaupun sebenarnya aku tahu dia penat. Penat duty. Penat memandu dari Melaka. Tak sempat rehat, kena layan kekasih hati.

Tuesday 31 July 2018

Menulis Satu Terapi

Tek : Anys Idayu Zakaria

Menulis memang satu terapi yang melegakan aku. Juga satu bentuk luahan dan isi hati yang mudah untuk aku sampaikan pada seseorang.

Macam malam tadi emosi aku memang sangat tak stabil. Dan biasanya aku memang sukar untuk berkongsi melalui perbualan. Makin cuba makin meleleh air mata, dah macam banjir pula rasa.

Jadi cara terbaik, aku tulis dan luah rasa dalam blog. Salah satu cara juga untuk aku kongsi supaya si dia akan baca, dan faham perasaan aku. Memang kebiasaannya, cara untuk dia dapat jawapan dari keresahan aku adalah melalui apa yang aku tulis di blog.

Wednesday 30 May 2018

Kenangan Bersahur

Tek : Anys Idayu Zakaria

Waktu bersahur masa zaman anak-anak kecil dulu kami adik beradik selalu dihidangkan dengan telur masak separuh, telur dadar atau telur mata kerbau yang ditekap dengan roti, kentang goreng, nugget atau daging burger. Dan air teh.

Sejak kecil kami bersahur dengan menu makanan sebegitu yang disediakan oleh abah kebiasaannya. Atau ma kadang-kadang. Memang begitu setiap tahun. Bila masuk bulan Ramadan, ma akan mengurangkan aktiviti memasak di dapur kerana sibuk dengan tempahan menjahit baju. Jadi rutin termasuk diambil alih oleh abah.

Mungkin sebab dari kecil sudah terbiasa bersahur dengan menu yang tidak berat, jadi bila makin meningkat dewasa begitu jugalah menu bersahur. Nasi bukan makanan utama bersahur kami, kecuali ma.

Memang rindu kenangan bersahur beramai-ramai dengan adik-adik. Kami adik beradik mudah bangun bila dikejut untuk bersahur.  Seingat aku tak pernah ada langsung aksi luar dugaan yang berlaku. Maklumlah abah yang tukang kejutkan. Jadi bila dengar suara abah memanggil sekali dua tu, kami cepat-cepat bangun. Hehehe kadang dah rasa macam duduk asrama pulak. Takut kena marah dengan warden.

Apa yang aku tak boleh lupa, kalau kami duduk termenung depan makanan, waktu masih panjang ma akan suruh pergi buat tahajud dulu barulah bersahur. Kalau dulu-dulu rasa seperti satu arahan, tapi lama kelamaan ia memang melatih diri untuk buat setiap pagi.

Dulu-dulu ma abah yang berpagian bangun sediakan juadah bersahur, sekarang bila duduk dengan ma abah, bila waktu sahur aku bangun buatkan air nescafe untuk abah, dan air teh untuk kami. Masih rutin seperti zaman kanak-kanak, aku memang tak jamah nasi. Hanya minum air cicah biskut atau roti.

Begitulah kawan. Kalau zaman dulu mak ayah kita yang sibuk di dapur. Sekarang ni bila tinggal dengan mereka, apa salahnya korban sedikit masa tidur untuk sediakan menu bersahur untuk mereka pula.

13 Ramadan. Alhamdulillah belum terlepas lagi bersahur, walau hanya minum air secawan.

#puasaduludulu #kenanganramadan #ramadan2018

Monday 19 February 2018

Happy Belated Besday Anys!

Tek : Anys Idayu Zakaria

Dah masuk 4 hari baru nak wish Happy Besday untuk diri sendiri. Punyalah macam sibuk sangat nak menulis.

Doa dan syukur pada Ilahi, atas nikmat yang diberikan. Semoga aku terus kuat menempuh hari-hari mendatang. Ujian dan dugaan hidup ni kita tak boleh jangka pun. Kadang-kala menangis, kadang ketawa. Ada masa sedih tah apa-apa. Ada masa nak marah, konon emosi tak stabil.

Aku tak harap banyak pun dalam hidup ni. Moga Tuhan bagi aku sedikit je bahagia. Tapi tak bermaksud aku tak bahagia sebelum ni. Aku memang bahagia. Tambah pula lepas aku rasa hilang semua bebanan yang terpaksa ditanggung.

Aku cuma nak bahagia, nak berkongsi kasih dan perasaan dengan seseorang yang bergelar kekasih hati. Aku nak rasa macam orang lain rasa. Kalau orang lain boleh dapat rasa kebahagiaan tu, aku percaya Tuhan tu Maha Adil. Pasti aku juga berpeluang.

Sekarang aku tahu, Tuhan sedang beri aku peluang itu. Aku perlu terus menghargai dan rebut supaya berjaya untuk aku gapai bahagia itu.

Semoga yang baik-baik sahaja mengiringi perjalanan hidup aku. Semoga sinar pelangi yang baru muncul akan terus mewarnai hidup aku.

Dan terima kasih awak. Terima kasih kerana sudi berkongsi hati, kasih sayang dan perasaan dengan saya. Jika bersama awak satu ketentuan Ilahi, saya bersyukur sangat kerana Tuhan sedang bagi kebahagiaan itu untuk kita kecapi.

Semoga kita berdua terus kuat menempuh ujian yang datang. Bukan mudah untuk bahagiakan. Tak semudah kita melepaskan kesengsaraan masa lalu.

Moga bahagia itu datang dari jalan-jalan yang kita mahukan. Kerana pasti Tuhan itu tahu keseluruhan hidup kitakan.

Wednesday 14 February 2018

Hari Berkasih Sayang

Tek : Anys Idayu Zakaria

Dulu-dulu masa zaman sekolah, 14 Februari kami selalu nantikan. Kononnya nak sambut beramai-ramai sempena Hari Berkasih Sayang. Yang bestnya bila sampai sekolah je, mulalah kami akan wish antara geng. Beli bunga dan coklat sekali. Tapi kami sambut dengan geng perempuan je. Waktu ni la syahdu, ayat touching. Hari berkasih sayangkan hehhe. Yang seronoknya, diorang mesti sambut serentak dengan besday aku 15hb.

Semua tu kenangan zaman sekolah je. Sekarang mana ada lagi sambutan velentine's day ni. Bertentangan dengan agama. Hari berkasih sayang ni kita boleh je raikan bila-bila nasa dengan orang tersayang, tanpa perlu tunggu hari tertentukan.

Sebarkan kasih sayang tanpa mengira waktu dan ketika. Semoga kasih sayang yang dibina sentiasa mekar setiap masa.

Wednesday 7 February 2018

Memori Februari

Tek : Anys Idayu Zakaria

Patutlah aku emosi semalam. Tak sedar rupanya dah masuk Februari. Memori Februari datang lagi. 

Walau apa pun, semoga hati aku terus kuat menempuh dugaan, sabar dengan kehidupan. Kerana bukan mudah membina dan mencari bahagia. Harap tahun-tahun akan datang tiada lagi kepahitan untuk dikenang. Dan semoga dengan adanya kehadiran "dia" aku boleh terus kuat.

Kekuatan hari ini adalah untuk membina keindahan dan kebahagiaan masa hadapan.

Saturday 3 February 2018

Bahagia Yang Tertangguh

Tek : Anys Idayu Zakaria

Owhh, nampaknya bukan mudah memberi sepenuh kepercayaan kepada hati dan perasaan sendiri yang bahagia itu pasti akan jadi milik aku juga satu masa nanti.

Setelah apa yang dilalui satu masa dulu, hati aku masih tak kuat rupanya. Bimbang masih berulang kisah lama, walau mungkin sinar kebahagiaan sedang menanti.

Agaknya ni la yang orang kata kebimbangan atau fobia. Nak lalui dan nak mencari sinar, tapi hati sentiasa bimbang disakiti dan dilukai untuk kali seterusnya. Sebenarnya aku takut, bila terlalu memberi harapan tapi hasilnya tak seperti yang aku harapkan.

Kadang-kadang pening bila fikir. Orang kata nak mudah follow je apa yang bakal dilalui dengan penuh kesabaran dan ketenangan. Jangan pernah penat berhenti berdoa, dan berharap.

Dan doakan semoga bahagia yang tertangguh itu milik aku jua.

Tuesday 23 January 2018

Peluang Bahagia

Tek : Anys Idayu Zakaria

2018. Pantasnya masa berlalu, dalam meniti kehidupan rupanya dah masuk hampir 2 tahun aku sendiri. Sekejap dan tak rasa.

2 tahun aku berusaha untuk bangkit walaupun nama dia memang sudah terhapus dari hati, tapi kenangan yang dilalui tak mudah padam dari memori.

Untuk hari ini aku berusaha untuk memberi hati pada insan lain, tapi aku sendiri masih ragu-ragu dengan perasaan sendiri. Kali ni aku betul-betul takut jika tersalah buat pilihan. Dan yang sebenarnya aku sendiri perlu akui, aku perlukan seseorang untuk melengkapi sekeping hati ini.

Semoga Tuhan sentiasa beri aku peluang mengecap kebahagiaan. Seperti mana orang lain bahagia. Dan ada juga sinar itu untuk aku.

Sunday 10 December 2017

UPSR

Tek : Anys Idayu Zakaria

Aku dulu zaman ambil keputusan peperiksaan besar semua ambil terus di pejabat dan guru kelas. Tiada majlis pengumuman. Ambil keputusan UPSR yang paling aku ingat sekali.

Lepas dapat je keputusan tefon Abah menangis-nangis kononnya terkurang 1A. Walhal memang dalam target pun kalau tak semua A, adalah satu dua B nya. Gembira plus sedih hehhe.

Tahniah untuk semua anak-anak yang sudah mendapat keputusan UPSR. Apapun keputusan harus terima dengan redha, kerana perjalanan hidup masih panjang. Masih banyak lagi ilmu yang perlu dicedok bukan setakat sampai darjah 6 sahaja.

Semoga pencapaian anak yang cemerlang dan kurang cemerlang akademiknya dirai sama rata. Tiada perbezaan pun mereka di mata kita sebagai ibu bapa. Cemerlang sebagai bonus. Kurang cemerlang juga masih boleh dididik, diasuh dan dibentuk.

Nebes juga aku, tahun depan giliran anak aku pulak nak ambil UPSR.  

Ni siaran entri yang terlambat di post. Macam sibuk sangat je kan. Ok so lepas ni kena penuh berazam lagi. Lebih rajin update di sini lepas update FB.

Program 3K (Kesegakan, Kecergasan, Kesihatan) Maritim 2017

Tek : Anys Idayu Zakaria

Perkampungan selama 8 hari 7 malam di Pusat Latihan Akademi Maritim (AMSAS) bermula 28November-4 Disember 2017.  Tamat sudah Program 3K KESMAR 2017 Maritim Malaysia Alhamdulillah Maritim Wilayah Selatan berada di tempat ke-3 untuk keseluruhan program yang diadakan.

Hari ni baru berkesempatan nak update blog. Hahahha apa punya teruk la aku ni.

Terima kasih kepada big boss Dato & Datin yang selalu datang support kami. Pihak urusetia peserta yang memberi komitmen yang sangat baik. Team yang sangat supporting. Semua peserta sanggup turun padang bagi sokongan yang padu pada setiap perlawanan yang dipertandingkan. Memang best giler. Happening sangat. Tutup kenangan 2017 dengan program terindah ini. Semoga bertemu lagi tahun depan di Borneo.

Nak cuci mata tengok gambar boleh follow fb aku. Atau fb Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.  #msg3k #maritimMalaysia #apmmwilsel

Saturday 16 September 2017

Bukan Mudah Hidup Seorang Diri

Tek : Anys Idayu Zakaria

Kau ingat mudah ke hidup sendiri. Sangat tak mudah.  Satu-satu masa kau akan rasa hilang sebelah bahu untuk berpaut. Dan satu ketika kau akan rasa lega kerana terlepas beban berat, yang ditanggung.

Bila sorang diri secara tak langsung semuanya kau kena urus sendiri. Kena kuat semangat, fizikal dan mental. Kena belajar bertenang setiap masa. Lebih-lebih lagi dalam hal urus anak dan mencari nafkah.

Jangan mudah menyerah kalah. Kalau rasa tak kuat dan down, cepat-cepat cari jalan penyelesaian. Jangan biarkan semangat putus asa menyelubungi diri. Kerana akan memakan diri sendiri, dan akhirnya yang turut jadi mangsa anak-anak.

Kalau masih ada peluang dan ruang untuk perbaiki hubungan berusahalah sebaiknya untuk pertahankan. Belajar memperbaiki kesilapan, tapi mestilah dari kedua belah pihak. Dan jika kau sahaja yang terpaksa berkorban dan berusaha, putus terpaksa tu adalah pilihan terbaik mungkin.

Orang kata mengucapkan kata maaf tu lebih mudah jika sudah lakukan kesilapan. Tapi orang yang memberi maaf pasti akan terluka selamanya. Jadi berhati-hatilah dalam meniti setiap perhubungan.

Aiz.

Wednesday 23 August 2017

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia

Tek : Anys Idayu Zakaria

Proses yang dulunya mudah jadi agak rumit sekarang. Serius aku rasa hangin je bila ambil kad diskaun pelajar di Bank beberapa hari lepas.

Sebelum ni, nak ambil baucer buku tak sampai pun 10 minit. Hanya perlu pergi terus ke pejabat UTM, semak nama, ambil baucer dan turunkan tanda tangan. Punya mudahkan.

Tapi bermula tahun ini Baucer buku yang diterima pelajar telah ditukar kepada Kad Diskaun Siswa. Yang mana pelajar perlu membuat permohonan secara online. Jadi untuk melayakkan aku dapat kad ini, aku isi borang secara online.

Oleh kerana status permohonan sudah diterima, jadi aku pergi ke bank untuk ambil kad tersebut. Punyalah jenuh aku menunggu. Ambil masa hampir 2 jam berurusan. Bank di tempat lain aku tak pasti sekejap atau lambat. Tapi aku ambil di Bank Rakyat JB.

Untuk kau yang belum ambil lagi kad tersebut, ni aku kongsi pengalaman tempoh hari.

Pergi bank jangan lupa bawa salinan kad pengenalan dan kad matrik. Pegawai di sana semak nama kita, kemudian tunggu hingga mereka panggil. Isi borang yang diberikan. Sudah lengkap, kau perlu masuk ke bilik pinjaman kredit untuk semakan borang yang telah diisi tadi. Selesai mereka semak, keluar semula ke kaunter ambil nombor giliran.

Tunggu hingga dipanggil. Mereka semak sekali lagi untuk pengesahan dan barulah diberikan kad diskaun tersebut. Tanda tangan borang akaun penerimaan. Pergi ke mesin ATM untuk tukar pin no yang diberikan. Selesai prosesnya.

Proses macam ni memang agak lama dan ambil masa. Kau faham-faham sahaja lah bank, mana pernah surut dengan orang. Bukan kita je berurusan. Gara-gara nak ambil kad sekeping, masa habis di situ sahaja. Bertabah lah.

Pada pendapat aku, mungkin agak melecehkan bagi pelajar PJJ seperti aku ni. Tahu sahajalah, kami bekerja hari biasa. Hanya kerana mahu ambil kad tersebut masa habis lama di bank. Sedangkan tahun-tahun sebelum ni, proses ambil baucer buku tak makan masa yang lama seperti ini.

Nasib tahun ni, tahun terakhir terima, jadi redha sahaja. Syukur dapat juga RM250, Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia.

Sunday 30 July 2017

Wanita untuk dihargai

Tek : Anys Idayu Zakaria

Gara-gara kisah kau Aliff, aku pun terpanggil untuk menulis juga. Lama dah tak menulis panjang. Status ni bukan untuk meraih simpati. Dah baca, rasa nak hadam, untuk peringatan diri sendiri kau hadamlah. Tak suka tak payah sibuk-sibuk nak kecam. Duduk diam-diam je.

Bila orang tahu kisah aku ramai yang kata kuatnya kau hadapi semua ni. Sampaikan tak ada sesiapa pun yang tahu.

Aku sendiri pun sampai sekarang tak percaya dari mana aku dapat kekuatan tu. Hampir 10 tahun semuanya aku yang tanggung sendiri, termasuk urusan anak-anak dan nafkah. Dengan kerja, dengan belajar. Dengan bisnes. Memang aku buat bisnes sebab nak cari duit lebih. Sebab tu sekarang bila orang tahu kisah aku, mereka tak nafikan kenapa aku sangat berusaha keras mencari rezeki.

Kalau aku tak kuat sapa nak pertahankan diri dan anak-anak aku bila dimaki hamun, diugut duit. Diugut pisau dan parang kalau tak ada duit. Itu belum campur lagi dengar suara anak menangis ketakutan. Walaupun tangan jarang naik, tapi objek lain yang menjadi mangsa balingan.

Kadang-kadang aku tak faham dengan lelaki ni. Masa ada kau anggap wanita macam sampah. Suka hati sepak terajang, tak bagi nafkah, curang depan bini. Ambil dadah, dan benda-benda terlarang yang lain. siap ugut konon bini tak mampu nak hidup tanpa mereka.

Perempuan kalau dah dia semua yang tanggung dan cari duit, aku berani kerat jari boleh hidup sendiri tanpa lelaki yang jenis tak bertanggungjawab macam ni.

Macam kes si Bella ni, kita kenalah hormati keputusan dia yang nak berbaik dengan si Aliff tu. Perempuan kalau dia kata masih sayangkan rumahtangga dia, maksudnya dia masih mampu bertahan dan cuba untuk menyelamatkan keadaan walaupun hati sendiri disakiti dan dikhianati.

Tapi bila dah berkali-kali dilakukan macam tu, bila dah tak ada perasaan sayang dan kasih,benci je yang menguasai masa tulah dia baru nekad untuk ambil keputusan. Aku dulu pun macam tu lah juga. Mana-mana wanita pun akan sakit emosi dan fizikal bila dipukul dan dikhianati. Bertahan selagi mampu. Tapi bila sudah tahap luar kawalan, keputusan nekad terpaksa diambil.

Bila sudah berkorban, orang tak hargai, kita berhak untuk memilih bahagia sendiri. Aku pun manusia. Aku tak berhak untuk menilai manusia lain. Tapi aku menilai dari pengalaman hidup.  Aku belajar, lelaki amat tewas bila dah terjebak dengan wanita, dadah, kaki minum, judi, kaki pukul. Orang yang rapat dan konon mereka yang disayang-sayanglah akan jadi mangsa keadaan. 

Aku terbayang. Kalau sekali lagi aku terpaksa berdepan dengan situasi macam dulu aku rasa aku dah tak kuat untuk hadapi lagi. Aku selalu bermohon sangat semoga Tuhan sentiasa jaga aku dan anak-anak. Supaya aku tak perlu lagi hadap situasi silam.

Sekali aku ambil keputusan nekad, tak mungkin sama sekali aku sanggup berpatah semula. Dan aku nasihatkan sekali kau melangkah dari lelaki jenis macam ni, jangan toleh belakang lagi. Belajarlah dari sejarah silam kerana yang akan melalui kelak diri kita sendiri.

Kita doakanlah moga Bella terus kuat hadapi kenyataan dan hari mendatang. Semoga si Aliff ni akan insaf.

Wanita untuk dihargai, disayangi. Bukan untuk dimaki hamun, disepak terajang macam bola. Campak sana sini. #anysidayuzakaria

Monday 24 July 2017

Lebih Cantik

Tel : Anys Idayu Zakaria

“Kau makin cantek eh sekarang. Melawa je. Apasal dulu tak boleh melawa ke”.

Hamboi, aku kadang dapat juga ayat sentap macam ni. Meh sikit biar aku bagitau. Wanita ni siapa pun dia, apa pun status memang tetap nak kelihatan cantek.

Yelah, yang ada pasangan memanglah nak cantek di mata pasangan kan. Yang tak de pasangan macam aku ni, aku nak lebih konfiden, imej diri.

Kau kalau nak tahu, wanita yang dulu ada krisis dalam rumahtangga ni biasanya dialah yang perlu lakukan semua segala bagai. Dari sekecil hama sampai yang besar. Masalah negara dalam keluarga dia kena fikir.

Kadang, wang ringgit, tenaga, masa semuanya habis ke situ je. Habis ke daya usaha untuk mempertahan keluarga dan rumah tangga. Tak da masa dah nak fikir benda lain. Itu belum campur lagi duit ringgit kena keluar untuk tampung nafkah, yang mana pasangan pula jenis meminta wang. Fuh memang tak de la duit peruntukan untuk diri sendiri.

Jadi rasanya tak salah la kan, bila dah seorang diri waktu ni lah nak kembalikan semula keyakinan diri, semangat dan imej diri. Tak payah nak fikir benda yang serabut kepala lagi.

Saturday 17 June 2017

Cermin Cover Insurans

Tek : Anys Idayu Zakaria

Dah bertahun aku pakai kereta, ambil insurans tak pernah cover sekali untuk cermin. Sebenarnya aku tak tahu pun cermin boleh cover. Kesiankan. Tahun lepas cermin sisi kereta hancur berderai kena tumbuk. Lagi kesian melayang duit gara-gara kemarahan orang lain. Gara-gara dia marahkan aku, kononnya aku naik mahkamah tanpa persetujuan dia, habis ditumbuknya cermin kereta. Hampir RM400 jugalah duit aku habis.

.
Untuk elak kejadian sama berulang, dek kerana kes masih belum selesai jadi adik aku nasihat ambil insuran tahun ni siap cover cermin.

.
Fikir-fikir semula baik aku bayar cover insurans daripada melayang lagi duit aku. Manalah tahukan. Tepat sekali firasatku. Kali kedua cermin depan kereta terkena lagi tumbukan. Retak kiri kanan. Mujur tak berderai. Ini pula gara-gara aku bersrtuju ke mahkamah bersama, tapi separuh jalan dia mengamuk. Ditumbuknya cermin depan kereta. Nak menangis pun tak guna.

Kali ini cermin dah ada cover insurans. Tapi aku masih bertahan guna sahaja cermin retak hampir setahun.  baru hari ni berkesempatan pergi claim dan ganti cermin baru.

.
Nasib prosedurnya mudah sahaja. Telefon insurans, dan semak kedai yang ada cover untuk insurans cermin. Hanya perlu bawa fotostat geran, cover note insurans, kad pengenalan dan lesen memandu. Dan yang lebih penting insurans mestilah belum tamat tempohnya.

Mereka ganti cermin baru pun dalam masa sejam lebih. Aku ingatkan ambil masa sehari. Hahha tu yang tak pergi-pergi tukar. Rupanya tak sampai setengah hari pun. Raya ni bolehla melaram dengan cermin kereta yang tak retak. Kah kah kah.

Wednesday 7 June 2017

Tiram Home Food Delivery

Tek : Anys Idayu Zakaria

Hujung minggu lepas adik aku ada bagi cadangan. Kalau nak beli apa-apa menu untuk berbuka, order di Group Whatspp “Tiram Home Food Delivery”. Macam-macam menu ada. Pilih sahaja. Order dan mereka akan hantar ke rumah. Lebih jimat masa dan tenaga. Kita hanya perlu tambah sedikit sahaja caj penghantaran lebih kurang RM2-5.

Aku mula terfikir mahu cuba. Minggu hadapan sudah mula sesi persekolahan. Ini bermakna jalan juga akan bertambah sesak. Masing-masing sibuk mahu berkejar ambil anak balik sekolah, dan ke bazar ramadan.

Bermula semalam aku cuba buat belian pertama, dengan membeli mee goreng udang. Hari ni nasi ambang dan lontong kering. Abah siap komen, “Amboi senang sangat orang zaman sekarang, order makanan pun orang hantar sampai depan rumah.”

Ma punya komen “Bagus lagi beli macam ni. Kita tahu mereka memang masak hari yang sama. Ambil tempahan ikut bilangan orang order”. Kebetulan pula Ma terus bagi komen lepas makan kuih yang aku beli di kedai, kuihnya sudah basi.

Pada pengamatan aku sendiri, memang baguslah membeli cara ini. Mata pun tak payah nak menjamu makanan banyak-banyak. Yang akhirnya tak tahu nak beli apa.

Inilah yang aku gelarkan PARAM ONLINE. Berguna juga untuk aku yang jenis tak berapa suka menempuh jem, malas nak bersesak-sesak orang ramai, dan mencari tempat parking kereta.

Saturday 27 May 2017

Tempoh Bertenang

Tek : Anys Idayu Zakaria

Kita yang memilih untuk menentukan bahagia, dan tenang menjalani kehidupan. Jika rasa tidak selesa mahu berbicara dengan orang kisah kita  usahlah buka cerita. Lebih baik diam dari berkata-kata.

.
Ada orang tanya aku berapa lama ambil masa untuk tempoh bertenang dan bercerita tentang status diri. Seseorang pernah menasihati aku, “ambillah masa berapa lama mahu bertenang. Lepaskan kenangan lama perlahan-lahan supaya tak membeban fikiran untuk hari hadapan. Kemudian bangkitlah. Jika sudah sedia, barulah kongsi.”

.
Aku mulai faham apa yang beliau maksudkan. Sekarang, aku boleh menjawab dengan penuh yakin. Aku perlukan masa lebih kurang setahun juga.

.
Tempoh bertenang ni memang diperlukan. Ikutlah masa yang kau perlukan. Aku hanya kongsi ikut pengalaman. 3-6 bulan pertama memang aku tak kuat berkongsi. Asal buka cerita ada titik air mata mengalir deras.

.
Alhamdulillah setahun berlalu perlahan-lahan kenangan itu dibawa angin lalu. Tapi usah dijentik kerana ia akan hadir dalam memori.

Tuesday 16 May 2017

Momen Zaman Sekolah

Tek : Anys Idayu Zakaria

Nak juga kongsi, momen-momen nakal zaman sekolah kah kah. Kenakalan nilah yang buat aku sentiasa ingat pada Cikgu-cikgu.
.

Antaranya dulu masa sekolah rendah aku pernah kena denda dengan cikgu sebab tak hafal sifir. Denda kena berdiri atas kerusi. Cikgu Chua sebat di tangan sekali, dan kerana malu didenda aku berjaya menghafal sifir. Kalau tak mungkin sampai sudah baca sifir pun tengok buku kah kah. Kau pun kan.
.

Kenangan yang ini paling aku tak lupa masa Darjah 3, ada seorang Cikgu yang agak lembut di sekolah kami. Satu ketika aku dan kawan-kawan pernah memanggil Cikgu lembut, cikgu lembut. Rupanya sampai ke telinga cikgu tersebut. Habis kami kena rotan. Insaf beb.

.
Masuk Sekolah Menengah, aku tetap jadi pelajar harapan. Tapi macam biasa nakal-nakal masih ada. Zaman inilah zaman paling seronok sekali. Bila waktu mata pelajaran yang kami tak berapa nak suka, mulalah kami pakat keluar beramai-ramai. Buat pusingan dan tawaf kawasan sekolah, keluar masuk tandas, menyinggah kelas rakan yang tak de cikgu. Menyembang di Taman Dinaour sekolah. Lagi-lagi bila mata pelajaran Add Maths waktu Cikgu Sabariah kami gelar Cikgu Satu Set, muka ni lah yang selalu hilang. Mujur lulus SPM.  Tapi bila pelajaran Sejarah, kerana Cikgu Foo garang macam harimau, semua murid tak berani angkat kepala bila cikgu mengajar.  Jadi waktu ni lah kami setia belajar dalam kelas walau tersenguk-senguk mengantuk. Hahha ni kenangan yang memang tak boleh lupa. Tapi kami masih selamat kerana ada lesen besar. Majoriti kami adalah pengawas sekolah.

.
Apapun pengalaman di sekolah memang manis. Walau dimarah cikgu kami tetap buat muka selamba. Cikgu maafkanlah anak muridmu ini. Walau marah macam mana sekali pun mereka tetap sabar mendidik kami.

.
SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik. Cikgu-cikgu di SKUT, SMUT, Politeknik Port Dickson, UTM, ustazah, ustaz sekolah Agama Ulu Tiram, Sek Agama Taman Bukit Tiram, guru dan sifu online. Ilmu kalian tidak ternilai. Semoga Tuhan anugerah syurga terindah untuk kalian atas bakti yang dicurah. Semoga kalian sentiasa dalam lindungan Ilahi.

Monday 24 April 2017

Simpati

Tek : Anys Idayu Zakaria

Ketika masalah menghimpit, aku berdoa Tuhan beri aku jalan keluar.

Bila Tuhan beri jalan penyelesaian, rupanya tanpa sedar masalah itu terbeban di bahu orang lain.

Hati tersentuh dan belas. Tapi apakan daya.

Jika berlebih-lebihan tunjuk ikhsan, di mana tanggungjawab kau.

Aku hanya mampu berdoa, kau kasihanilah dia. Jika tiada dia, maka hilanglah doa keramat dari dia.

.
Aiz
Hanya mampu berdoa. #cintaitubahagiadanairmata

Sunday 16 April 2017

Tip Mengejut Anak Bangun Pagi

Tek : Anys Idayu Zakaria

Biasanya bila awal pagi ada sahaja drama pagi yang anak-anak sering lakukan.  Pelbagai teori yang aku sendiri boleh rumuskan. Kah kah. Sebenarnya lebih pada cara yang aku sendiri praktikkan supaya mereka bangun pagi dengan mood berbunga-bunga, tanpa ada rasa malas, nak menangis buat aksi sebabak.  Dan yang penting aku tak jadi hulk pagi-pagi.

.
Kau tahu, dah dekat setahun baru aku dapat solusi. Punyalah aku tiap-tiap malam asyik fikir idea mengejut depa pagi-pagi ni. 

.
Setiap anak memang ada kelainan.  Macam Ira, cara mengejutkan kena beramah mesra, panggil baik-baik aku tak boleh buat kerja lain selagi dia belum bangun masuk bilik air.  Yang si adik, kejut sambil berjalan ke sana sini pakai tudung pun masih ok lagi.

.
Apa yang aku boleh rumuskan :

Malam hari, aku kena siapkan semua kelengkapan contohnya gosok baju untuk pakai esok pagi,  beg sekolah sudah tersedia. Pakaian mereka juga sudah tersedia.

Bangun mesti awal. Siap solat, bersiap sebelum kejutkan mereka.  Sudah tersedia idea untuk bagi mereka bangun dengan seronok. Biasanya aku mulakan dengan bisik-bisik doa atau bacaan Ayat Kursi, Fatihah. Kemudian buatlah aksi kelakar, aksi bercerita, bagi mereka kejutan.  Waktu nilah idea pantas dan sponton diperlukan supaya anak-anak ni cepat sedar.

10-15 minit memang waktu biasa untuk mereka mula bangun.  Bila sudah bangun, agak lega. Bersiap tak sampai pun setengah jam.

Akhirnya bila semua sudah siap, baru boleh tarik nafas lega.

.
Aiz
Bukan senang nak kejut anak bangun pagi.