Showing posts with label Koloni Selatan. Show all posts
Showing posts with label Koloni Selatan. Show all posts

Monday 22 June 2020

Bengkel Penulisan Akademi Bonda Nor

Sabtu lepas selesai sudah Bengkel Penulisan di bawah Akademi Bonda Nor bersama Team #KoloniSelatan.
Sebenarnya dah lama sangat hajat di hati ni nak timba ilmu di bawah ABN, tapi ada sahaja halangannya. Bila kelas diadakan secara online sahaja, terus aku rebut peluang yang ada.
Sekurangnya dengan sertai kelas online, lebih memudahkan untuk aku susun masa dan pergerakan yang agak terbatas buat masa sekarang. Alhamdulillah, untuk permulaan bersama dengan mentor-mentor perintis ABN.
Apa yang buatkan saya seronok sangat, ABN dan mentor sangat menekankan penulisan dakwah santai. Mencari kebaikan dan sebarkan kebaikan, semuanya melalui penulisan.
Usah fikir usia kita dah berapa tahun, tua atau muda. Semuanya belum terlambat. Selagi mana hayat ada, selagi itu kita masih boleh terus sebar kebaikan melalui penulisan.
Kenapa penulisan?
Pada saya, ianya lebih mudah kerana kita hanya perlu mencoret isi hati, meluahkan apa yang kita rasa dan lalui semuanya melalui pena.
Tapi yang paling penting, niat menulis perlulah kerana Allah swt, untuk sebarkan kebaikan, supaya lebih ramai yang dapat kebaikan, lebih ramai dapat ibrah melalui setiap perkongsian penulisan kita. Bukannya membuta tuli, main hambur kemarahan dan caci maki untuk menyakiti orang lain.
Kelas secara zooming 2 jam rasa macam tak cukup je. Banyak lagi ilmu didahagakan daripada mereka. Apa pun, inilah langkah permulaan untuk terus menulis dan bersama Team ABN.

Pillow Talk

"Tadi saya ada terbaca perkongsian seorang usahawan. Dia share macam mana dia kumpul duit untuk beli rumah impian.
Dia beli rumah harga murah, kemudian disewakan. Banyak jugala rumah dia beli dan sewakan. Dia ada juga beli rumah kedai untuk bagi sewa.
Bayangkan 20K sebulan hasil sewa rumah dan rumah kedai je. Dari keuntungan tu la dia buat beli tanah, dan bina rumah impian."
Wahhh dalam hati aku teruja juga la kan. Nak juga tau siapa usahawan tu. Sempat juga aku congak-congak dalam fikiran. 20K sebulan kalau 5 bulan pastilah boleh beli sebidang tanah.
"Dia ada buat bisnes lain juga. Duit bisnes tu la kot dia pusing-pusing buat beli rumah semua tu kan. Tapi, kalau orang lain masuk je, confirm habis rugi la bisnes dia. Kalau dia jalan sorang memang boleh untung besar."
Panjang pula kisahnya, tak sabar aku terus tanya siapa orang tu.
"Entah laa tak tau sapa. Dia kongsi, dia main "MONOPOLY" semalam. Untung besar boleh siap beli rumah idaman katanya."
Mengekek husband aku ketawa. Adui! aku ni dengar cerita sambil nak terlelap dah kan. Tiba-tiba terus besar biji mata. Ada je keletah dia nak bagi aku ketawa.
Itu belum dikira lagi pillow talk yang aku terpaksa layan. Hahaha, terpaksa hokey. Sebab apa terpaksa?
Bayangkanlah, aku yang dah tertidur, bila nampak aku terjaga nak ke tandas, dan baring semula dia mulalah buka cerita. Kongsi lagi apa je yang difikirkan. Rancangan yang nak buat esok hari.
Kadang tu, baru jam 12 tengah malam dah tanya sarapan apa untuk esok. Gigih juga la aku fikir walaupun dalam situasi mamai-mamai. Tapi ada masanya, lain yang dirancang, lain pula jadi esok hari. Begitulah.
Orang kata, "Pillow talk" dengan pasangan ni mengeratkan hubungan suami isteri. Alhamdulillah sejak awal perkahwinan hampir masuk dua tahun kami masih mengamalkannya. Tapi selalunya dia la yang akan mula dulu.
Aku kalau nak tidur, tidur je terus, walaupun dia tengah bercerita. Dan dia pastinya bila tengok aku tersedar, akan cuba ambil kesempatan untuk bercerita. Macam tiada hari esok gitu istilahnya.
Aku tak kesah pun, itu tanda kami menzahirkan kasih sayang. Yang penting jangan mengigau sebut nama perempuan lain. Maunya tersedar terus aku.
Apa pun cara kita menzahirkan kasih sayang yang penting perlu ada keharmonian, saling memahami, faham dan tahu bagaimana nak mulakan. Cari masa dan situasi yang betul-betul sesuai. Insya Allah, bila terzahir perasaan itu, akan hadirlah keserasian antara kita. Keserasian itu perlu dipupuk setiap masa. Moga kekal bahagia selamanya.