Showing posts with label Hak Penjagaan Anak. Show all posts
Showing posts with label Hak Penjagaan Anak. Show all posts

Wednesday 30 January 2019

Surat Akuan Sumpah Untuk Persekolahan Anak

Tek : Anys Idayu Zakaria

Rupanya masih ramai yang tak tahu, dengan adanya surat akuan sumpah jagaan anak membolehkan kita sebagai ibu mendaftar anak ke sekolah.
Semalam dan harini sahaja ada beberapa ibu yang wassap aku bertanyakan hal itu. Niat nak berkongsi sahaja surat akuan sumpah jagaan anak di blog, tapi ia membantu ibu-ibu lain.
Ada anak yang disekat persekolahan hanya kerana ibu bapa yang telah bercerai sedang menguruskan proses hak jagaan anak. Aku rasa ia sangat tak adil bagi anak-anak. Mereka wajib bersekolah. Urusan hak jagaan dan tuntutan anak tak perlulah ibu bapa bergaduh. Tuntut sahajalah di mahkamah ikut prosedur, tapi anak tu kita bagilah mereka bersekolah dulu. Ikutlah di mana mereka mahu tinggal.
Sebenarnya, haritu masa aku urus pendaftaran sekolah anak-anak, pihak sekolah dan PPD tak tanya apa-apa pun tentang hak jagaan atau lain-lain. Cumanya disebabkan kita ibu bapa perlu sertakan sijil nikah. Jadi bila tak de sijil nikah, tentulah kita sertakan sijil cerai.
Disebabkan aku ada sertakan sijil cerai, maka aku sertakan sekali surat akaun sumpah jagaan anak, supaya mudah lain masa pihak mereka tak minta lagi daripada aku. Kot jenuh aku nak pergi bersumpah bagai lagi.
Dan lepas aku hantar semua dokumen lengkap seperti yang mereka minta, pihak sekolah mahupun PPD tak tanya sebarang soalan langsung berkaitan anak, jagaan ataupun perceraian.
Mudah, dan sangat mudah aku kira. Moga ibu-ibu yang alami masalah sama, aku cadangkan sijil cerai, surat akaun sumpah jagaan anak tu bawa ke mana-mana untuk urusan anak-anak.
Semoga kalian yang alami masalah sama, aku doakan dimudahkan urusannya.

Tuesday 23 October 2018

Papa Baik Tak?

Tek : Anys Idayu Zakaria

Posting di fb entri yang lepas ada yang komen, cuba tanya anak dengan siapa yang mereka nak tinggal, kalau aku dah berkahwin nanti.

Satu hari ketika aku berjumpa dengan seorang rakan, dia bertanya, bekas pasangan aku dulu baik ke dengan anak-anak. Aku tidak menjawab iya atau tak. Aku hanya jawab, cuba tanya anak-anak aku apa jawapan mereka.

Memang betul kata orang tua, apa yang keluar dari mulut anak kecil itulah kebenarannya.

Perbualan mereka

Azie : Papa baik tak. Tak nak duduk dengan papa?

Fasha & Raisha : ermmm takkk. Tak nak. Nak duduk dengan mama, dengan daddy

Azie : Daddy baik tak?

Fasha & Raisha : baikkkk hensem lagii.

Kami semua gelak besar. Kawan aku siap bagitau, amboiii siap pakej lagi dia puji. Hehehe

Aku hanya bagitau, itulah jawapan dari mereka sendiri. Budak sebesar itu sudah bijak menilainya. Apatah lagi orang dewasa. Sudah tentu lebih lagi pandangan yang mereka berikan. Jika sejak awal langsung tidak ada rasa tanggungjawab itu hadir dalam diri sendiri pasti anak-anak yang meningkat usia itu juga tahu menilainya.

Nak Jaga Anak Sendiri?

Tek : Anys Idayu Zakaria

Kadang aku ni pelik tau. Masa dah berpisah, sibuk biar anak tu bekas pasangan jaga. Langsung tak ada perasaan nak ambil tahu. Kau serah bulat-bulat pada bekas pasangan. Konon untuk balas dendam atau sebab marah berpisah.

Tapi, bila tahu bekas pasangan nak berkahwin semula, mulalah meroyan sibuk nak ambil anak. Nak ugut anak tak nak bagi kita jaga. Kononnya dia boleh jaga sendiri.

Kalau bersungguh sangat nak jaga, silalah ambil dengan baik. Tak perlu lepas tangan. Jangan kerana marah bekas pasangan kau jumpa jodoh cepat. Kau sibuk nak ambil anak semula. Nanti bukan anak yang dijaganya. Sibuk layan perasaan marah tu aje.

Patutnya bersyukurlah sebab ada orang yang tolong jaga anak nanti, bersama bekas pasangan tu. Sekurangnya dapat juga anak rasa kasih sayang dari ibu atau ayah barukan.

Monday 30 July 2018

Nafkah Anak

Tek : Anys Idayu Zakaria

Ya Allah sabarlah hati. Hanya kerana menuntut hak anak-anak, kadangkala boleh sampai bergaduh. Bila aku diam, dia buat tak tahu. Tapi bila aku bersuara, mulalah menuntut anak. Kemudian hak anak diabaikan kononnya kerana kesalahan dan keegoan aku. Kononnya aku tak boleh terima hakikat. Perpisahan ni pun sebab salah aku juga.

Kadangkala hati aku memang cemburu tengok orang lain, tak perlu susah payah minta hak anak kerana bekas suami mereka tahu tanggungjawab yang perlu dilunaskan setiap bulan.

Rasanya aku dah lebih bertimbang rasa berbanding orang lain bila berpisah ada yang halang anak-anak berjumpa bapa mereka.

Aku tak pernah halang dia untuk berjumpa anak-anak. Usah kata hujung minggu nak cuba-cuba beli hati anak-anak, hari-hari biasa pun jarang sekali nak hubungi anak.

Aku tahu, anak-anak aku mesti rindu papa diorang. Tapi dia yang buat tak endah. Kadangkala bila berjumpa anak pun ada masanya angin ribut melanda. Anak juga yang jadi mangsa keadaan.

Kakak pernah saja-saja bagitau aku, bila mama dah kahwin boleh ke nama kakak dengan adik tu tukar binti, tak nak letak nama papa. Nak tukar nama daddy. Aku tahu, kakak rindu papa dia. Tapi kerana sikap dia yang begitu hinggakan anak-anak pun menjauh. Dia seolah mengajar anak untuk menanam rasa tak puashati tu.

Hati aku memang tersentuh. Anak-anak aku kurang dapat kasih sayang seorang bapa. Dan aku sentiasa berdoa semoga dengan kehadiran daddy baru nanti dapatkan mereka tumpang kasih sayang seorang bapa. Seperti mana aku juga perlukan kasih sayang seorang suami.

Dan mungkin sudah tiba masanya untuk aku fikirkan hak penjagaan anak-anak. Aku tak nak kerana perkahwinan aku kali kedua nanti, anak-anak hilang hak nafkah yang sepatutnya menjadi hak mereka.

Saturday 30 June 2018

SEORANG IBU BOLEH HILANG HAK JAGAAN ANAK SEKIRANYA BERKAHWIN LAGI?

SEORANG IBU BOLEH HILANG HAK JAGAAN ANAK SEKIRANYA BERKAHWIN LAGI??

Merujuk persoalan - seperti yg saya jelaskan menerusi WHI pada 6 April, seorang ibu BOLEH HILANG hak jagaan anak jika berkahwin lagi TAPI TAK SEMESTINYA AKAN HILANG. Saya sendiri bercerai dan berkahwin semula selepas 7 tahun dan kini, perkahwinan baru hampir berusia 3 tahun tetapi tiga anak2 hasil perkahwinan sebelum ni masih kekal dalam jagaan saya.

Kenapa boleh hilang? Demi kepentingan dan kebajikan anak/anak2, bimbang suami baru si ibu tidak boleh menerima kehadiran berpakej seterusnya melakukan penganiayaan terhadap si anak. Suami atau lelaki adalah ketua keluarga yg difahami sebagai memegang tampuk kuasa pemerintahan dlm rumahtangga. Si isteri pula bertanggungjawab untuk mentaati suami selagi tidak melanggar syariat. Sekiranya suami baru tidak boleh menerima anak/anak2 anda, telah dinyatakan kepada anda tetapi anda masih ingin kekal menjaga menjadikan si suami bertindak di luar dugaan termasuk tidak melayan anak/anak2 anda dgn baik, maka emosi si anak akan terganggu. Walaupun keadaan serupa boleh berlaku jika si anak tinggal bersama si ayah yg berkahwin baru dan tidak diterima oleh isteri baru si ayah, keadaan berbeza kerana mengikut hukum, si ayah yg mengarahkan si ibu tiri dan boleh mengarahkan untuk menjaga anaknya dgn baik.

Lantaran, buat rakan2 wanita dgn status ibu tunggal - anda berhak untuk mempunyai kehidupan baru dalam berumahtangga dgn pasangan yg baru tapi tolong pastikan bakal suami anda menerima anak2 anda juga dan mampu melayan anak2 anda dgn baik. HANYA LAYANAN BAIK, bukan pembiayaan nafkah sebab ayah tiri atau suami baru anda tidak wajib membiayai keperluan anak/anak2 anda. Jika diberikan juga, itu ehsan daripadanya, bonus untuk anda, ganjaran pahala dan barakah untuk rumahtangga juga insyaAllah!

Saya nak kongsikan amalan saya tika masih bergelar ibu tunggal dulu - saya berdoa: "Ya Allah! Jika ada jodoh yg baik untuk masa depanku, anak2ku dan agamaku Ya Allah, tunjukkan lah! Hingga saat itu, berikan aku kekuatan untuk teruskan hidup bersama anak2ku Ya Allah!" Alhamdulillah! Sekarang ini, anak2 saya - Ayuni Syafiqah, Azfar Suhail dan Afkar Sulaim turut sama berkongsi kasih Abi Khadijah Safia. Terima kasih Ya Allah....!

Silakan SHARE dengan BAHAGIA.

Kredit : Suzana Ghazali