Showing posts with label Koleksi Buku Bacaan. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Buku Bacaan. Show all posts

Sunday 13 August 2017

Hobi Suka Membaca

Tek : Anys Idayu Zakaria

Hujung minggu ni aku layan Buku terbaru Antologi Cerpen (Penawar). Penulis semuanya dari seberang tambak Singapura.

Tak pernah lagi layan buku dari penulis luar. Jadi sesekali kita tukar angin. Baca penulisan mereka. Pasti power.

Orang tanya aku, sempat pulak kau baca bukukan. Rileks kawan. Kita semua ada 24jam masa. Semua sama. Bukannya masa aku terlebih 5 atau 10jam dari kau.

Dan kadangkala dalam seminggu aku akan baca banyak buah buku. Di pejabat buku lain, di rumah lain, sebelum tidur buku lain. Hahha. Janji habis.

So koleksi bacaan minggu ni

1. Buku Tuhan sedang menguji kita - Ustaz kazim
2. Buku Perubatan Islam menangkis kejahatan - Ustaz Sharhan
3. Buku Lelaki terakhir menangis di bumi - Musa Nuwayri
4. Buku terbaru antologi cerpen.

Aku tak berapa gemar buat review. Kalau kau nak aku review mana-mana buku boleh aje bagitau. Nanti lepas baca aku tulis review. Manalah tahu kau pun tertarik untuk baca jugakan.

Selalunya hujung minggu sahaja waktu agak senggang untuk aku habiskan bacaan. Waktu malam sebelum tidur. Ambillah paling sekejap setengah jam untuk membaca. Mungkin ada sesuatu yang kita akan dapat.

Satu habit aku tak boleh tengok koleksi buku semakin susut untuk dibaca. Aku mula gatal tangan nak pi beli buku baru. Biarlah lambat baca pun janji mesti ada koleksi buku yang hendak dibaca.

Kadang aku terfikir, aku ni suka baca buku ke suka beli dan kumpul buku. Yang pasti ada lebih dari 5 buku lagi menanti untuk dibaca, tapi aku dah siap-siapkan listing untuk beli buku baru.