Showing posts with label Perceraian. Show all posts
Showing posts with label Perceraian. Show all posts

Tuesday 23 October 2018

Ibu Tunggal, Ibu Berdikari

Tek : Anys Idayu Zakaria

Jika kita belum lalui apa yang orang lain telah lalui, usah dengan mudah berkata kita mampu untuk hadapi jika situasi itu terjadi pada diri. Mungkin nampak sama, tetapi yang pasti ujiannya berbeza-beza.

Betullah sebenarnya apa yang kita fikir, terkadang itulah yang akan dizahirkan melalui percakapan, perbuatan, atau tanggapan orang lain terhadap kita.

Walaupun memang betul gelaran wanita yang sudah bercerai, orang lebih senang panggil "janda", tapi aku sendiri telah semat dalam hati jangan guna gelaran tersebut. Kerana aku tahu satu masa gelaran itu pasti akan memberi kita satu perasaan rendah diri, rasa tersisih. Aku tak nak sesuatu yang tak baik terjadi pada aku, hanya kerana status itu. Biarlah orang memandang kerana kebaikan kita. Bukan orang pandang kerana gelaran yang sedang kita bawa.

Seorang teman pernah bercerita, kerana tidak tahan dengan masalah yang dihadapi, dia seperti merelakan perpisahan. Dan sanggup lagi memegang status janda itu.

Aku hanya mampu nasihat, cari jalan berdamai, berusaha sehabisnya hingga buntu temui jalan penyelesaian. Dan perpisahan itu jalan terakhir yang perlu dilakukan.

Wanita yang membawa status janda ini, walau kita buat kebaikan ada ketika orang tetap pandang sinis. Orang tetap akan anggap kita penyebab segalanya.

Dan kerana aku sendiri sudah semat dalam hati, tak suka dengar gelaran itu alhamdulillah Tuhan jaga aku dari melalui sesuatu yang tidak sepatutnya atau yang pernah dilalui oleh kebanyakkan dari mereka yang bergelar janda.

Hati aku lebih tenang dan suka dengar bila wanita yang bercerai ini disebut "ibu tunggal, atau ibu berdikari." Kerana kita mampu berdiri sendiri, kuatnya hati dan emosi kita untuk menghadapi saat perpisahan, dan bangkit semula membina kehidupan yang pernah musnah satu masa dulu.

Semoga kalian di luar sana sama-sama kuat membina kehidupan. Tak mudah menyerah kalah. Sabar dengan dugaan. Dan aku doakan semoga satu hari nanti semua kepahitan yang dilalui Tuhan akan gantikan dengan kemanisan umpama manisnya madu, cantiknya secantik warna pelangi yang menghiasi langit selepas mendung dan hujan berlalu pergi.

Nak Jaga Anak Sendiri?

Tek : Anys Idayu Zakaria

Kadang aku ni pelik tau. Masa dah berpisah, sibuk biar anak tu bekas pasangan jaga. Langsung tak ada perasaan nak ambil tahu. Kau serah bulat-bulat pada bekas pasangan. Konon untuk balas dendam atau sebab marah berpisah.

Tapi, bila tahu bekas pasangan nak berkahwin semula, mulalah meroyan sibuk nak ambil anak. Nak ugut anak tak nak bagi kita jaga. Kononnya dia boleh jaga sendiri.

Kalau bersungguh sangat nak jaga, silalah ambil dengan baik. Tak perlu lepas tangan. Jangan kerana marah bekas pasangan kau jumpa jodoh cepat. Kau sibuk nak ambil anak semula. Nanti bukan anak yang dijaganya. Sibuk layan perasaan marah tu aje.

Patutnya bersyukurlah sebab ada orang yang tolong jaga anak nanti, bersama bekas pasangan tu. Sekurangnya dapat juga anak rasa kasih sayang dari ibu atau ayah barukan.

Monday 30 July 2018

Nafkah Anak

Tek : Anys Idayu Zakaria

Ya Allah sabarlah hati. Hanya kerana menuntut hak anak-anak, kadangkala boleh sampai bergaduh. Bila aku diam, dia buat tak tahu. Tapi bila aku bersuara, mulalah menuntut anak. Kemudian hak anak diabaikan kononnya kerana kesalahan dan keegoan aku. Kononnya aku tak boleh terima hakikat. Perpisahan ni pun sebab salah aku juga.

Kadangkala hati aku memang cemburu tengok orang lain, tak perlu susah payah minta hak anak kerana bekas suami mereka tahu tanggungjawab yang perlu dilunaskan setiap bulan.

Rasanya aku dah lebih bertimbang rasa berbanding orang lain bila berpisah ada yang halang anak-anak berjumpa bapa mereka.

Aku tak pernah halang dia untuk berjumpa anak-anak. Usah kata hujung minggu nak cuba-cuba beli hati anak-anak, hari-hari biasa pun jarang sekali nak hubungi anak.

Aku tahu, anak-anak aku mesti rindu papa diorang. Tapi dia yang buat tak endah. Kadangkala bila berjumpa anak pun ada masanya angin ribut melanda. Anak juga yang jadi mangsa keadaan.

Kakak pernah saja-saja bagitau aku, bila mama dah kahwin boleh ke nama kakak dengan adik tu tukar binti, tak nak letak nama papa. Nak tukar nama daddy. Aku tahu, kakak rindu papa dia. Tapi kerana sikap dia yang begitu hinggakan anak-anak pun menjauh. Dia seolah mengajar anak untuk menanam rasa tak puashati tu.

Hati aku memang tersentuh. Anak-anak aku kurang dapat kasih sayang seorang bapa. Dan aku sentiasa berdoa semoga dengan kehadiran daddy baru nanti dapatkan mereka tumpang kasih sayang seorang bapa. Seperti mana aku juga perlukan kasih sayang seorang suami.

Dan mungkin sudah tiba masanya untuk aku fikirkan hak penjagaan anak-anak. Aku tak nak kerana perkahwinan aku kali kedua nanti, anak-anak hilang hak nafkah yang sepatutnya menjadi hak mereka.

Friday 13 July 2018

Kongsi Sisi Baik sahaja

Tek : Anys Idayu Zakaria

Tak mungkin setiap antara kita tak memiliki sisi baik. Macam tu la juga bagi pasangan yang dah berpisah. Aku sendiri akui pasangan aku dulu pun masih ada sisi baik yang aku ingat.

Cumanya tak terlampau ingat dan kenang. Kalau sebab sisi baik dia yang buat kita tak boleh move on untuk kehidupan akan datang, buat apa kita kenang. Lebih baik tinggalkan sahaja dalam lipatan sejarah kehidupan. Dan bangkit untuk masa depan.

Cukup sekadar berkongsi sisi baiknya dengan anak-anak supaya mereka juga tahu dan ingat kebaikan papa mereka. Dan simpan ketat-ketat sisi yang tak baik tu. Usah dibuka supaya anak-anak juga turut melupakannya. #kisahaiz