Showing posts with label Faraid. Show all posts
Showing posts with label Faraid. Show all posts

Saturday 22 February 2020

Duit Belanja Isteri Patut Ke Suami Pegang?

Lepas dengar penjelasan Ali Puteh semalam, aku tak ada apa pun nak ulas. Biarlah mereka yang lebih arif menentukannya. 

Cuma isu tentang wallet dan duit si mati dan hak isteri ke atas duit tersebut. Aku pun memang kurang ilmu dan nak sangat tahu apakah jawapan yang sebenarnya. 

Kebetulan pagi tadi masa dengar Sinar FM, topik wasiat, faraid dan hibah. Perkongsian oleh Tn Ariffin Sabirin dari Wasiyyah Shoppe di Sinar FM. 

Dan isu yang aku sendiri nak sangat tahu jawapan tu telah diutarakan oleh Jep. Ini aku kongsikan untuk peringatan diri sendiri dan sebagai ilmu pengetahuan yang sepatutnya kita sebagai isteri wajib tahu. 

Soalan : Siapakah yang berhak dan apa hukumnya duit yang ada dalam wallet si mati? Bolehkah isteri arwah menggunakan wang tersebut untuk kelangsungan hidup. Bagaimana jika isteri arwah sudah menggunakan wang tersebut untuk kegunaan harian dan uruskan anak-anak?

Jawapan : Apa sahaja harta si mati termasuklah duit yang ada dalam wallet samada seringgit sekalipun perlu di faraidkan kerana itu adalah harta si mati, yang mungkin perlu diuruskan untuk faraid, hutang dan ada bahagian orang lain yang tidak diketahui. 

Isteri perlulah mencatat dan merekod setiap wang yang telah digunakan. Supaya nanti bila difaraidkan harta tersebut mudah untuk dimaklumkan tentang wang yang telah digunakan itu. 

Tetapi boleh sahaja sebagai waris, atau pengurus harta si mati untuk memberi wang si mati kepada isteri (balu arwah) untuk kegunaan hidup sehari-hari sebelum hartanya difaraidkan. Semuanya atas budi bicara, belas ihsan dan sifat kasih sayang sesama manusia, hubungan persaudaraan dan kekeluargaan. 

.
Selepas mendengar jawapan beliau, kesimpulannya, duit belanja untuk isteri sebaiknya suami perlu bagi terus pada isteri berapa jumlah yang suami nak bagi. Sebaiknya tetapkan setiap bulan. 

Isteri juga wajib catat dan rekod. Jika mungkin satu hari nanti termiss, maka ia akan jadi hutang nafkah yang perlu dibayar suami. 

Samada masuk terus ke akaun bank isteri. Atau jika wang tunai, biarlah di simpan dalam beg duit isteri sebagai kegunaan duit belanja isteri. 

Dan aku rasa tidak praktikal lagi kepada para suami yang bagi duit secara harian. Contoh awal pagi, suami bagi duit belanja hari tersebut. Walaupun duit belanja hari-hari mendatang suami memang dah peruntukkan cumanya tak bagi di tangan isteri. Tersimpan dalam wallet suami. 

Dan akhirnya bila sesuatu di luar jangkaan terutamanya kematian menjemput, tentulah isteri gelisah dan hilang tempat bergantung. Lebih lagi jika isteri tidak bekerja. Pasti suamilah tempat berharap.  

Bila situasi begini terjadi, maka apa sahaja duit dalam wallet si mati (suami) sudah jatuh pada hukum faraid. 

Bila isu harta timbul maka ramailah yang datang menuntut, yang tak arif pun mahu tunjuk arif. 

Sekurangnya jika sudah diperuntukkan untuk isteri, isteri dan anak-anak boleh meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh masa tertentu. 

.
Anys Idayu Zakaria