Showing posts with label Royal Floria Putrajaya 2019. Show all posts
Showing posts with label Royal Floria Putrajaya 2019. Show all posts

Monday 2 September 2019

Royal Floria Putrajaya 2019

Meriahkan cuti korang dengan mengunjungi Royal Floria Putrajaya 2019 yang sedang berlangsung sekarang, bermula 31 Ogos - 8 September 2019.
Bertempat di Taman Botani, Putrajaya. Presint 1. Bermula jam 10pagi hingga 10 malam.
Tahun ini bertemakan Mother In Garden Orchids dan Bonsai.
Korang yang berdekatan jom bawa anak-anak. Semalam aku ke sana, sempatlah kami bergambar kenangan dengan bunga-bungaan yang sangat bewarna-warni.
Anak-anak pun seronok tengok bunga dan hiasan daripada Majlis Daerah, majlis negeri dan pusat pengajian tinggi yang direka mereka. Jenuh bergambar di sekitar sudut.
Masa kami sampai semalam dah lewat petang. Jadi memang selesa berjalan sebab tak panas. Jauh juga nak menapak dari satu tempat ke tempat lain. Kalau pergi siang hari memang cepat rasa penat. Tapi bila dah malam tu, cuaca agak sejuk so memang gigih la kami berjalan. Penat tapi seronok!
Korang yang pergi standby bawa air mineral, payung kalau pergi siang hari. Sapu tangan nak lap peluh.
Macam penat nak jalan kan, tapi tetap juga kami pusing sebab tak nak lepas peluang bergambar. Bila waktu malam, sekitar tempat penuh warna warni dengan lampu. Memang cantik!
Macam mana nak beli tiket?
Mudah je. Korang beli terus dari aplikasi Perbadanan Putrajaya. Boleh install di google play.
Tiket hanya RM5 untuk dewasa (tempatan). RM3 kanak-kanak /warga emas. (tempatan).
Dan hanya tunjuk code tiket bila nak masuk.
Lebih mudah korang beli online kerana tak perlu beratur panjang bila sampai sana nanti.
Tempat parking disediakan berhampiran Taman Botani iaitu di Kompleks E, Dataran Pahlawan, Kompleks B, Laman Perdana, B13(Dataran Putra), Taman Putra Perdana, Istana Melawati, Kelab Tasik Putrajaya. Korang boleh pilih nak drop off atau naik bus percuma yang disediakan untuk ke Floria.
Jom cuci mata gambar kami di sana. Jangan lepas peluang ayuh, rasai keindahannya sendiri.