Showing posts with label Rekod Perbelanjaan. Show all posts
Showing posts with label Rekod Perbelanjaan. Show all posts

Monday 25 February 2019

Isteri Menteri Kewangan

Teruja dengan bacaan Dr.Azizul tentang isteri sebagai menteri kewangan, langsung aku saja-saja share dengan Si Dia sebelum kami berkahwin dulu. Katanya, tunggu nanti dah kahwin aku akan jadi Menteri Kewangan untuk rumahtangga kami. Aku hanya tersenyum sahaja. 

Memang dulu aku buat semua rekod perbelanjaan. Macam entri aku sebelum ni, aku ada pernah bercerita betapa pentingnya kita merekod duit keluar masuk dalam rumahtangga. Kita tak tahu langit itu selalu cerah atau tak. Dulunya, dengan rekod-rekod itulah aku gunakan sebagai bukti ke mahkamah untuk proses permohonan fasakh.

Bila seorang diri pun aku masih buat rekod duit keluar masuk tu. Jadi bila perkahwinan kali ini, aku suarakan pendapat tu kepada si dia. 2 hari sebelum kami berkahwin Dia terus buat group whatsapp "PERBELANJAAN RUMAHTANGGA." "Sayang, dengan rasminya saya lantik awak sebagai Menteri Kewangan kita."  Gelak besar juga aku. Dia realisasikan apa yang aku share. 

Melalui rekod ini, aku boleh lihat berapa banyak duit yang digunakan untuk isi minyak kereta, touch & go, belanja dapur, beli makanan, atau belian yang merepek-repek.

Selalunya bila nak belanja aku tunjuk listing barang yang nak dibeli. So aku bagitau sekali berapa budget ikut listing tu. Selalunya lepas belanja bila review semula, lebih kurang dengan jumlah budget yang dijangka. Bila dia tanya, memang aku akui kebanyakan barang dalam senarai perbelanjaan tu aku ingat berapa ringgit harganya. Jadi mudahla aku buat budget kasar. 

Jadi bolehla aku tengok mana-mana yang terlebih belanja selalunya. Rekod perbelanjaan sebenarnya lebih menyekat kita mengawal duit daripada digunakan untuk membeli keperluan yang bukan-bukan. Yang orang kata lebih kepada kehendak berbanding keperluan. Dan yang lebih penting aku pun boleh tahu aliran keluar duit dia digunakan untuk apa.Tapi tak de istilah queen control tu tau. hahahha.

Aku rasa ramai je suami-suami yang lantik isteri kesayangan mereka sebagai menteri kewangan rumahtangga kan?