Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Tuesday 23 June 2020

Kebergantungan Kepada Allah

"Kenapa bila kita merantau, jalan jauh atau musafir kita mesti cari masjid atau surau sebagai tempat untuk berehat /tidur?"

Analogi mudahnya, "Bila di rumah waktu kita sakit, demam, ketika masih belum pandai mengurus diri, masih perlukan seseorang, siapa yang kita cari dulu?" 

Jawapannya tentulah ibu ayah kita. Mereka yang lebih tahu dan mahir urus diri kita. 

Begitu jugalah, jawapannya kenapa kita mencari masjid sebagai tempat tidur bila musafir. Tentulah Allah yang kita cari dan perlukan. 

Kerana Dialah satu²nya tempat kita bergantung  harapan. Tempat memohon pertolongan walau dalam apa jua keadaan. Tidak kira ketika musafir atau tidak. 

Hanya Allah tempat kita bergantung. Kepergantungan sepenuhnya pada Dia. 

Assalamualaikum, Selamat pagi.

Thursday 28 May 2020

Allah Mampu Beri Lebih Dari Yang Kita Fikirkan

Kita tak berjaya visualisekan apa yang diimpikan kerana limitation minda kita sentiasa ingat Allah tak mampu beri apa yang kita minta. 

Kita fikir ikut logik akal yang tak mampu capai, maka kita bersangka Allah juga tak mampu beri. 

Terkadang "eh, tiba-tiba je dapat ni... Eh tiba-tiba je boleh jadi gini...." 

Sesungguhnya kuasa Allah itu melebihi segalanya. Dia mampu beri apa yang tak mampu tercapai oleh akal dan minda kita. 

Hanya perlu bersangka baik dengan Allah, teruskan usaha dan tawakkal. Lebihkan bersyukur, lebihkan memberi, jangan hadkan pemikiran kita pada sesuatu yang tak logik akal hingga kita meragui kekuasaan Allah swt. 

Salam 5 Syawal. 🥰🥰

Friday 15 November 2019

Kasih Sayang Bukan Paksaan

Merayu agar dikasihi atau merayu agar jangan ditinggal pergi bukan jaminan akan mendapat kasih sayang yg didambakan. 

Mengadu dan merayulah kepada-Nya. 
Jika yg terbaik adalah bersamanya, mohon agar si dia lembut hati, kembali mengasihi dan menghargai dirimu.  

Andai sebaliknya, mohon agar diberikan kekuatan, ketabahan dan keceriaan untuk meneruskan hidup walau tanpa si dia di sisi. Sesungguhnya, cinta manusia bukanlah segalanya. 

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: "Sesungguhnya ketika Allah menciptakan kasih sayang, Dia menciptakannya 100 bahagian. Disimpan-Nya 99 bahagian di sisi-Nya, dan Dia memberikan untuk seluruh makhluk-Nya satu bahagian." - hadis riwayat at-Thabrani... 

#BinaBahagia
#CiptaBahagiaTersendiri
#BersamaSuzanaGhazali

Monday 24 June 2019

Feeling Positif

Pernah tak jadi bila kita fikir anak sakit, esok lusa anak pun jatuh sakit.

Bila kereta buat hal, kita bising-bising merungut kereta rosak, esok lusa kereta merajuk rosak tengah jalan.

Bila asyik sebut tak de duit, betul kita memang tak cukup je duitnya.

Mindset kita, apa yang kita fikir dan bayang itulah gambaran yang kita mahu untuk hidup kita.

Tepat sekali "Allah menurut sangkaan hambaNya."

Kita ni sibuk dan banyak fikir yang tak baik, tak elok maka jadilah yang tak elok juga. Begitulah sebaliknya.

Feeling-feeling positif. Fikir yang baik-baik. Jangan serabutkan minda, otak dan fikiran kita dengan sesuatu yang tak elok. Kita juga yang akan stress.

Jom feel aura positif. Aura yang best-best.

#aizmenulis

Tuesday 18 September 2018

Bersyukur

Tek : Anys Idayu Zakaria

Kadangkala kita jarang nak bersyukur dengan apa yang kita ada. Bila lihat orang dapat lebih, kita mula sakit hati dan ada perasaan dengki.

Walaupun kita nak sangat seperti yang orang lain ada, sebenarnya apa yang Tuhan beri pada kita, adalah yang terbaik dan yang patut kita dapat.

Bersyukur dan berterima kasih adalah yang terbaik. Pandang dengan mata hati, bukan dengan iri dan hasad.

Wednesday 6 June 2018

Hargailah Perasaan Seorang Isteri

Di hujung kampung, terlihat seorang guru wanita tua, bersama sekumpulan anak muridnya, bersiap-siap pulang dari mengaji. Bila hampir kesemua anak muridnya beransur, ustazah tua ini duduk termenung di tangga rumahnya.

Salmah (bukan nama sebenar), yang waktu itu sebagai anak muridnya, masih duduk di atas basikalnya, tertanya-tanya.

- "Ustazah… Anak ustazah tak balik kampung ke tahun ni?"

Redup ustazah ini menjawab,

"Sebelum ini, memang ya, dia dan famili tiap-tiap tahun mesti balik. Cuma tahun ini..."

- "Kenapa, ustazah?" Salmah ragu-ragu.

"Mungkin... tahun ini..  saya tidak akan bertemunya lagi..." lantas tumpahlah airmatanya.

Ustazah bercerita panjang,

"Di saat saya miliki seorang menantu, memang seharusnya saya sayangi dia seperti anak sendiri. Tapi, ada sekali tu, kami berselisih faham, tidak lagi bahagia seperti dulu."

"Saya berikan sepenuh kasih sayang pada anak lelaki saya, tetapi tidak pada isterinya. Kerana, saya tak pernah bersusah-payah melahirkannya (menantu), saya terlupa memberi nilai yang sama padanya."

"Sedangkan, jauh pengorbanannya dalam menjaga anak saya. Kasih sayang yang dia berikan demi suaminya dan cucu-cucu saya."

"Sejak kecil dibesarkan oleh ibubapanya dengan penuh kasih sayang, tiba-tiba dia TERPAKSA-rela, meninggalkan kedua orang tuanya."

"Semata-mata demi amanah bernama isteri. Demi mengabdi pada anak lelakiku, sampai ke hujung nafasnya."

"Tidak ada manusia yang buat kesilapan. Saya juga seorang manusia. Yang dulu datangnya sebagai menantu tidak sempurna. Tapi saya terlupa ini semua."

"Kini saya menyesal."

***
Begitu banyak yang kita pelajari dari Ustazahku ini. Siapa sangka, seorang ibu mertua sering terlepas pandang mengenai perasaan yang dialami anak menantu perempuannya.

Sedangkan, dia juga pernah menjadi anak menantu perempuan kepada ibu mertuanya.

Wahai mertua…

Hormatilah anak menantumu yang perempuan.

Kerana kalian tidak pernah mengandungnya. Menyusuinya. Apatah lagi menghantarnya ke sekolah.

Namun, anak perempuan itu rela meninggalkan kedua orang tuanya.

Mengabdi diri pada anak lelakimu, sampai mati.

Demi anak-anak kepada anak lelakimu, dia berputus urat, bersangkut nafas, demi kandungkan cucu penyambung generasimu.

Rumah mertua,

Bukan perkara mudah untuk seorang wanita “hadir” ke dalam rumah ini. Yang dihuni sebuah keluarga yang baru.

Asing. Begitulah yang dirasainya seawal waktu.

Kena pula sesuaikan diri, semata-mata untuk hidup bersama dengan keluarga yang baru dia kenalinya.

Bukannya semudah itu.

Sering berlaku perselisihan faham. Rontak. Sedih. Ketidak-sefahaman dalam bermacam hal.

Dan anak perempuan ini, masih terus bertahan. Demi seorang lelaki yang dicintainya.

Walau di hatinya sentiasa tertekan, terhuyung-hayang ke sini sana.

Wahai para lelaki,
sedarlah,

Rumah ibu bapa isterimu, adalah tempat paling nyaman yang dia huni sedari kecil.

Ditatang minyak penuh, ditampar nyamuk yang bersinggah, isterimu dijaga penuh mulia sejak kecilnya.

Hanya demi mentaatimu, akur akan bimbinganmu, demi bahagiakan kamu, para suami.

Dia berharap dengan sepenuh hati, supaya kamu para suami, menjadi pengganti orang yang pernah melindunginya dulu.

Yang menjadi tempat kedua terdamai, selepas dia meninggalkan rumah ibu bapanya.

Tidak ramai suami yang memahami akan hal ini. Atau seolah tidak mengerti selama ini.

Maka hargailah setiap inci perasaan isterimu. Dibelai, dijaga, tidak disakiti.

Kerana sesungguhnya, kedua-dua orang tuanya punyai sebab terkuat nikahkan kamu dengan anak perempuannya…

Iaitu, supaya kamu mampu bahagiakannya. Sampai syurga.

Pulanglah
ke rumah orang tuamu,

Kerana di situ,
Adalah rumah kedua ternyaman buat pasanganmu,
selepas rumah orang tuanya.

Yang benar,
Al Irfan Jani

**********************
Simpan sini untuk peringatan semua yang sudi singgah di sini. 😍😍

Thursday 14 December 2017

Sebuah Kehidupan

Tek : Anys Idayu Zakaria

Inilah sebuah perjalanan hidup. Kita melalui kegembiraan dan kepahitan. Di sana pasti ada hujan dan mentari. Pasti ada kehilangan dan kesakitan. Tapi hati perlu kuat dan tabah. Terus tersenyum menempuhnya. Pelangi indah sedang menanti di sebalik keperitan itu.

Monday 13 February 2017

Kisah Kehidupan Sarat Peringatan

Teks  : Anys Idayu Zakaria 

Ada satu kisah kehidupan di mana seorang lelaki yang baru berpisah kasih dengan isteri, dan kematian bapa. Tuhan mahu dia berbakti dan mencurah kasih untuk ibunya pula. Kerana bertahun sudah kebajikan ibu diabaikan. 


Melihat pada pandangan dan sisi berbeza mungkin ini cara Tuhan mahu memberi peringatan dan memberi kasih sayangNya. Insaf.  



Anys Idayu Zakaria (Aiz)
Suka melihat dan memerhati