Wednesday 6 June 2018

Hargailah Perasaan Seorang Isteri

Di hujung kampung, terlihat seorang guru wanita tua, bersama sekumpulan anak muridnya, bersiap-siap pulang dari mengaji. Bila hampir kesemua anak muridnya beransur, ustazah tua ini duduk termenung di tangga rumahnya.

Salmah (bukan nama sebenar), yang waktu itu sebagai anak muridnya, masih duduk di atas basikalnya, tertanya-tanya.

- "Ustazah… Anak ustazah tak balik kampung ke tahun ni?"

Redup ustazah ini menjawab,

"Sebelum ini, memang ya, dia dan famili tiap-tiap tahun mesti balik. Cuma tahun ini..."

- "Kenapa, ustazah?" Salmah ragu-ragu.

"Mungkin... tahun ini..  saya tidak akan bertemunya lagi..." lantas tumpahlah airmatanya.

Ustazah bercerita panjang,

"Di saat saya miliki seorang menantu, memang seharusnya saya sayangi dia seperti anak sendiri. Tapi, ada sekali tu, kami berselisih faham, tidak lagi bahagia seperti dulu."

"Saya berikan sepenuh kasih sayang pada anak lelaki saya, tetapi tidak pada isterinya. Kerana, saya tak pernah bersusah-payah melahirkannya (menantu), saya terlupa memberi nilai yang sama padanya."

"Sedangkan, jauh pengorbanannya dalam menjaga anak saya. Kasih sayang yang dia berikan demi suaminya dan cucu-cucu saya."

"Sejak kecil dibesarkan oleh ibubapanya dengan penuh kasih sayang, tiba-tiba dia TERPAKSA-rela, meninggalkan kedua orang tuanya."

"Semata-mata demi amanah bernama isteri. Demi mengabdi pada anak lelakiku, sampai ke hujung nafasnya."

"Tidak ada manusia yang buat kesilapan. Saya juga seorang manusia. Yang dulu datangnya sebagai menantu tidak sempurna. Tapi saya terlupa ini semua."

"Kini saya menyesal."

***
Begitu banyak yang kita pelajari dari Ustazahku ini. Siapa sangka, seorang ibu mertua sering terlepas pandang mengenai perasaan yang dialami anak menantu perempuannya.

Sedangkan, dia juga pernah menjadi anak menantu perempuan kepada ibu mertuanya.

Wahai mertua…

Hormatilah anak menantumu yang perempuan.

Kerana kalian tidak pernah mengandungnya. Menyusuinya. Apatah lagi menghantarnya ke sekolah.

Namun, anak perempuan itu rela meninggalkan kedua orang tuanya.

Mengabdi diri pada anak lelakimu, sampai mati.

Demi anak-anak kepada anak lelakimu, dia berputus urat, bersangkut nafas, demi kandungkan cucu penyambung generasimu.

Rumah mertua,

Bukan perkara mudah untuk seorang wanita “hadir” ke dalam rumah ini. Yang dihuni sebuah keluarga yang baru.

Asing. Begitulah yang dirasainya seawal waktu.

Kena pula sesuaikan diri, semata-mata untuk hidup bersama dengan keluarga yang baru dia kenalinya.

Bukannya semudah itu.

Sering berlaku perselisihan faham. Rontak. Sedih. Ketidak-sefahaman dalam bermacam hal.

Dan anak perempuan ini, masih terus bertahan. Demi seorang lelaki yang dicintainya.

Walau di hatinya sentiasa tertekan, terhuyung-hayang ke sini sana.

Wahai para lelaki,
sedarlah,

Rumah ibu bapa isterimu, adalah tempat paling nyaman yang dia huni sedari kecil.

Ditatang minyak penuh, ditampar nyamuk yang bersinggah, isterimu dijaga penuh mulia sejak kecilnya.

Hanya demi mentaatimu, akur akan bimbinganmu, demi bahagiakan kamu, para suami.

Dia berharap dengan sepenuh hati, supaya kamu para suami, menjadi pengganti orang yang pernah melindunginya dulu.

Yang menjadi tempat kedua terdamai, selepas dia meninggalkan rumah ibu bapanya.

Tidak ramai suami yang memahami akan hal ini. Atau seolah tidak mengerti selama ini.

Maka hargailah setiap inci perasaan isterimu. Dibelai, dijaga, tidak disakiti.

Kerana sesungguhnya, kedua-dua orang tuanya punyai sebab terkuat nikahkan kamu dengan anak perempuannya…

Iaitu, supaya kamu mampu bahagiakannya. Sampai syurga.

Pulanglah
ke rumah orang tuamu,

Kerana di situ,
Adalah rumah kedua ternyaman buat pasanganmu,
selepas rumah orang tuanya.

Yang benar,
Al Irfan Jani

**********************
Simpan sini untuk peringatan semua yang sudi singgah di sini. 😍😍

No comments:

Post a Comment