Showing posts with label Catatan Pengajian Degree. Show all posts
Showing posts with label Catatan Pengajian Degree. Show all posts

Tuesday 31 October 2017

Berjaya Konvo Akhirnya!

Tek : Anys Idayu Zakaria

Perjuangan 5 tahun setengah bukan sesuatu yang mudah untuk mengejar cita-cita yang satu ini. Penuhnya onak duri, kepahitan dan kemanisan. Kegagalan mempertahankan mahligai terubat dengan kejayaan menggenggam B.Sc. (HRD).

Alhamdulillah berkat doa yang tak pernah putus dari Ma dan Abah, akhirnya inilah hadiah terindah buat mereka. Aku berdoa sentiasa moga mereka sempat untuk melihat kejayaan ini. Syukur Tuhan itu sangat baik. Anugerah terindah bila mereka tersenyum dan bangga.

Aku pahat kenangan ini, untuk terus melangkah. Kejayaan ini menunjukkan besarnya tanggungjawab menanti di hadapan. Moga perjalanan akan datang diwarnai dengan lebih kemanisan.

Terima kasih tak terhingga atas ucapan dan doa kalian. Aku kongsikan momen indah, kerana aku mahu meraikan bersama kalian yang sentiasa memberi kata semangat, ucapan dan doa. Terima kasih! Terima kasih!

Friday 29 September 2017

Kisah Pengajian

Tek : Anys Idayu Zakaria

Semalam aku janji nak tulis kisah pengajian aku selama 5 tahun setengah. Bermula akhir 2011 dan tamat Jun 2017. Memang banyak kisah suka duka. Seronok sebenarnya bergelar pelajar separuh masa ni. Sibuk terkejar kerja hakiki setiap hari. Hujung minggu pula abiskan masa ke kelas. Siapkan tugasan, peperiksaan. Dari banyak yang manis, yang pahitlah paling aku kenang sekali.

Pernah satu ketika, semester baru bermula hari tersebut. Aku tak dibenarkan ke kelas kerana ketika tu dia sedang marah-marah, aku tak mampu sediakan duit yang dimintanya. Bukan setakat kena marah, aku siap dapat habuan lebam di hujung mata sampai senget cermin mata yang aku pakai. Mahu tak menangis. Dengan sakitnya tambah kena ponteng kelas pertama pulak. Aku dah la jenis yang tak pernah ponteng kelas. Ralat usah ceritalah sepanjang semester tersebut, tambah pula tarikh tu jatuh pada hari kelahiran aku.

Semester ambil subjek akaun, ketika itulah kemuncak pergolakan rumahtangga aku. Pernah satu hari tu sehari sebelum kelas dia mengamuk sakan. Malam sebelum aku ke kelas, dia dah pesan aku tak boleh pergi kelas keesokkan harininya. Aku jenis yang agak lemah bila bab yang melibatkan akaun atau statistik. Jadi esoknya, diam-diam masa dia sedang tidur aku bersiap untuk ke kelas. Aku dan anak keluar perlahan-lahan. Hidupkan kereta tiba-tiba baru keluar pintu pagar kau tahu apa jadi. Tayar kereta bocor hinggakan terkeluar dari sportrim. Menangis aku. Nak tak nak aku terpaksa juga kejutkan dia. Aku merayu minta tolong tukarkan tayar. Aku tak nak ponteng kelas, sebab minggu seterusnya ada ujian. Rayuan dibiar sepi. Berbakul aku kena maki. Dan akhirnya subjek tersebut aku gagal. Terpaksa ulang sekali lagi.

Sejak peristiwa tu, setiap kali tiba hujung minggu pandailah aku ambil hati dia. Selalunya tak payah mana pun. Masa dia minta duit, aku kenalah bagi supaya aku dapat ke kelas. Memang peritlah kalau setiap minggu kena buat macam tu. Nak tak nak pejam mata je lah. Semata aku tak nak disuruh ponteng kelas.

Bukan semuanya pahit. Ada juga manisnya. Pernah aku buat tugasan berkumpulan. Kami perlu berlakon dan jadikan video. Kebetulan ketika tu aku sedang mengandungkan Raisha. Aku bawa kakak ikut sama ke tempat perbincangan. Dengan kakak sekali jadi pelakon dalam video tersebut. Dan akhirnya video kumpulan kami dipilih sebagai video terbaik. Siap jadi contoh untuk semester seterusnya subjek tersebut.

Orang kata nak berjaya bukan semudah makan kacang. Itulah pengorbanan yang terpaksa aku lalui. Bila berjaya habiskan pengajian, menanti hari konvokesyen penuh debaran. Memang tak sabar. Doakan semoga semuanya dipermudahkan.

Friday 23 June 2017

Tamat Belajar

Tek : Anys Idayu Zakaria

Nampaknya kali ni boleh beraya dengan tenang, betul-betul merdeka. Alhamdulillah akhirnya perjuangan 6 tahun berhempas pulas sudah sampai ke garis penamatnya.

“Wah, syioknya dah habis belajar.  Kerja kerajaan kan?” “Best la. Bolehla minta naik pangkat.”

Habis belajar memang  suka. Tapi untuk cuba mohon ke gred lebih tinggi masih belum ada perancangan lagi. Saya masih sayang kerjaya sebagai seorang PA.

Sambung belajar ke peringkat lebih tinggi ni adalah untuk kepuasan diri sendiri.  Saya yakin ramai di luar sana yang berusaha, bertungkus lumus belajar dan terus belajar sebenarnya mereka mahu lakar kejayaan dan cabar kebolehan diri sendiri. Mahu capai impian dan azam yang sudah dibina sejak dulu.  Bukanlah untuk naik pangkat sangat. Kalau ada rezeki. Alhamdulillah syukur.

Kita bagi rehat-rehat sekejap. Bergembira di hari raya. Sebelum cuba usha untuk sambung Master pula.

Tuesday 6 June 2017

Tip Ulangkaji Hadapi Peperiksaan

Tek : Anys Idayu Zakaria

Nampaknya sekarang ni minggu peperiksaan di kebanyakkan universiti. Biasanya waktu-waktu kritikal macam ni lah pelajar separuh masa mula kelam kabut buat persediaan untuk hadapi peperiksaan.

Biasa cara yang saya praktikkan

Baca buku bila-bila masa lapang. Bawa sahaja nota ke mana-mana pergi. Masa ni lah tangan dan beg penuh dengan nota dan buku.

Buat nota seringkasnya ikut pada tip yang diberikan pensyarah. Pelajar U dan pelajar sekolah agak berbeza. Biasanya bila nak periksa, kami akan dapat “spot questions” orang panggil. Boleh juga terus sasar pada topik yang telah dimaklumkan.

Saya jenis yang suka mencari nota-nota berdasarkan topik di carian internet. Jadi "spot question" yang diberikan saya akan cuba google. Dari situ juga kita boleh baca untuk tambah idea semasa menjawab soalan.

Cuba sehabisnya “score” markah tinggi sepanjang semester. 60 peratus dinilai sepanjang semester kebiasaannya. Jadi tugasan individu, tugasan kumpulan, ujian, kuiz, kedatangan semua ni akan menyumbang kepada 60 peratus markah. Peperiksaan akhir kita hanya perlu dapatkan 40 peratus sahaja lagi.

Hahha bila dah stress sangat, saya pun usaha dan baca setakat mampu sahaja. Paling-paling busuk pun 50 peratus dah ada dalam tangan.

.
Siapa kata pegang banyak tanggungjawab tak boleh belajar lagi. Ia bukan lagi satu alasan. Saya sendiri masih bekerja, menjalankan bisnes online, seorang ibu kepada 2 anak. Masih boleh ambil semangat mahu timba ilmu.

Semua orang ada 24jam masa. Kita yang perlu bijak menggunakan masa sebaiknya. #jurnalpelajarseparuhmasa

Tuesday 30 May 2017

VIVA Ijazah Sarjana Muda Selesai

Tek : Anys Idayu Zakaria

Fuh, lega selesai sesi pembentangan (viva tesis) pagi tadi. Baru boleh tarik nafas dengan baik. Kalau tak semput kau.

Dengan tak cukup tidur, persediaan pun ke laut. Nasib idea tak rabak. Konfiden dan imej itu penting bak kata orang.

Bertabah pula buat pembetulan sepanjang tempoh dua minggu ni. Harap dapatlah apa yang dikehendaki.

Kaki dah selangkah nak selesai semua. Dah mula nampak bayang-bayang convo kah kah.

Insya Allah nanti saya kongsikan tip persediaan untuk VIVA ya.

Kalian yang tiba-tiba rasa semangat nak sambung belajar tu, buatlah, pelan-pelan pun berjaya juga habis. Apa yang penting semangat belajar kena betul-betul kuat, nak mula dan selesai hingga tamat bukannya separuh jalan.

Saturday 13 May 2017

Kelas Terakhir Hari Ini

Tek : Anys Idayu Zakaria

Hampir 6 tahun aku berkorban waktu dan hujung minggu dari Sabtu, Ahad hingga bertukar hujung minggu. Jumaat dan Sabtu. Akhirnya hari ini selesai sudah kelas terakhir pengajian aku.
.

Begitu banyak rintangan, suka duka, pahit manis yang terpaksa ditempuhi untuk memenuhi impian yang satu. Walau banyak manis dan seronok sepanjang bergelar pelajar, ada terselit duka yang sukar untuk dilupakan.  Yang duka itulah menjadi pembakar semangat untuk terus berjuang.

.
Moga perjuangan saat-saat akhir menghadapi peperiksaan akhir semester dan Sesi Pembentangan Thesis untuk melayakkan aku dianugerah Ijazah Sarjana Muda HRM dipermudahkan Ilahi.

.
Insya Allah selesai dua sesi ini, aku sambung lagi kisah suka duka sepanjang bergelar pelajar separuh masa di UTM. #jurnalpengajianAiz

Tuesday 9 May 2017

Tesis Aku Hampir Selesai

Tek : Anys Idayu Zakaria

"Tahniah berjaya hantar. Dah pergi balik tido”. Haha gelak besar aku.  Tahu je beliau kami tak cukup tidur. Rupanya memang ada pelajar tanpa mengira masa WA Pensyarah bertanya itu dan ini bila saat-saat akhir untuk menghantar laporan. 

Alhamdulillah akhirnya, dengan bermacam dugaan, beberapa hari bersekang mata selesai juga. Selepas ni kita tunggu pula untuk VIVA dan pembetulan.

Kelmarin sahaja sedang bersiap mahu ke UTM kereta buat hal. Kenapa aku dah serabut fikir cara mahu bergerak ke UTM. Allah bagi ilham supaya balik rumah siapkan beberapa bab lagi. Setiap kali jumpa penyelia ada sahaja pembetulan yanh perlu dibuat.

Tambah lagi rakan seperjuangan bila tanya ramai yang sudah tak mampu bertahan. Tarik diri penyelamat keadaan. Aku memang nekad mahu selesaikan juga pengajian semester ini. Jadi nak atau tidak mesti kena siapkan.

Inilah antara cabarannya. Nampak macam mudah. Saat-saat akhir memang ramai rakan seangkatan yang angkat bendera mengaku kalah. Ada yang baru dua bulan perjalanan menyiapkan thesis terpaksa tarik diri.  Ucapan Tahniah itulah amat bermakna kerana berjaya mengharungi 4 bulan yang penuh dugaan.

Malam tadi aku boleh tidur dengan gumbira. Hahha. Selepas ni mahu buat persediaan untuk VIVA. Bila sudah selesai semua, laporan sudah jilid menjadi sebuah tesis yang lengkap barulah boleh tarik nafas seleganya. Semalam baru selesai peringkat pertama. Ada dua lagi yang perlu ditempuhi.

Moga terus kuat untuk aku sendiri kahkahkah.

Tuesday 2 May 2017

Minggu Akhir Siapkan Thesis

Tek : Anys Idayu Zakaria

Semangat kena kuat. Bekerja dan belajar dua perkara yang amat berbeza. Kata keramat Penyelia "set target, emosi, fokus" Insya Allah sampai ke garis penamat.

Berat bahu memikul, berat lagi mata nak kubuka. Mata dah terkelip-kelip pun kena bertabah juga. Biarlah mata macam panda sekalipun, janji siap semuanya.

Ini baru betul-betul cabaran. Orang lain berhari raya di Hari Pekerja. Kita dengan penuh semangat berhari-hari masih mengadap laptop.

7 hari lagi masa untuk menghantar laporan penuh Thesis. Hari Rabu ni perjumpaan bersama Penyelia haraplah tiada major pembetulan. Kalau tidak, pastinya terpaksa berhari rayalah di malam hari.
#jurnalPengajianAiz.

Tuesday 4 April 2017

Masa Paling Mencabar Siapkan Thesis

Tek : Anys Idayu Zakaria 

4 bulan rasa masa yang sangat singkat untuk siapkan sebuah Thesis. Inilah perjuangan mereka yang belajar sambil bekerja. Semester yang paling mencabar sekali. Memang betul-betul mencabar. Buat draft bila jumpa penyelia kena tolak. Buat semula. Sekarang ini aku sedang edar borang soal selidik. Nak guna sistem SPSS pun masih blur-blur lagi.  Berbaki sebulan lebih sahaja lagi sebenarnya untuk siapkan keseluruhan thesis sebelum dihantar pada 8 Mei nanti.

Kadang memang rasa putus asa. Kepenatan memang terasa kerana semuanya kita buat sendiri sepenuhnya. Berlainan kerja berkumpulan kita bahagi-bahagi tugasan. Jadinya pengurusan masa yang paling penting, selain perlu tulis dan buat setiap hari. Kadang tu memang tewas juga. Lebih-lebih lagi bila dah balik rumah, penat.  Sambil tidurkan kakak dan adik aku terus tertidur sekali.  Gagah juga lah bangun mengadap laptop.

Ya Allah Kau permudahkanlah urusan hambaMu ini. Aku nak capai kejayaan. Nak bagi kegembiraan untuk Ma dan Abah untuk lihat aku dapat segulung Ijazah. Ya Allah permudahkanlah sikit sahaja lagi untuk sampai ke garis penamat. Moga aku terus kuat meneruskan perjuangan ini hingga berjaya.

Friday 16 December 2016

Degree HRM UTM

Teks : Anys Idayu Zakaria

Assalamaualaikum selamat pagi. Alhamdulillah siap akhirnya aku punya assigment research method pagi tadi. Cuba submit email pada rakan-rakan untuk compile report dengan hanya gunakan hotspot je. Sebenarnya aku tak pernah pun cuba guna hotspot, jadi pagi tadi berjaya, line pun laju. Selesai tugasan dengan jayanya sebelum anak-anak bangun.

Insya allah tinggal 1 semester sahaja lagi untuk selesaikan Degree HRM. Esok ada test dan perbentangan. 3 Januari ni final exam dan minggu hadapan bermula untuk daftar mata pelajaran baru. Semester depan aku akan buat thesis. Kali ni lebih berkeyakinan untuk daftar subjek thesis, walaupun tajuk masih di awang awangan hahaha. Sebab last paper jadi tawakkal je.

Ya Allah berikan ku kekuatan dan semangat yang tinggi untuk terus menimba ilmu. Doakan saya ye rakan-rakan.