Sebaik mana pun kita, sejujur mana pun kita terhadap orang yang kita sayang, dikhianati itu pasti juga akan terjadi....
Sesungguhnya Allah datangkan ujian, walau kita banyak beribadah teruslah berdoa. Ya aku yakin dengan doa aku. Aku yakin Allah makbulkan.
Tapi, mungkin kerana sedikit kelekaan dan kealpaan, Allah berikan aku ujian itu.
Ya Allah tenang²kanlah hati aku. Aku tiada tempat mengadu... Hanya pada Engkau.
Kasihanilah aku Ya Allah. Kalaulah sebenarnya aku harus hidup sendiri, Engkau izinlah aku dengan caraMu.
Aku rindu dia yang dulu tapi hakikatnya sudah tiada. Sudah mati mungkin dimakan masa. Sudah basi mungkin.
Terima kasih Allah. Sesungguhnya aku bersyukur. Engkau sentiasa hadirkan RASA itu dalam hati dan diri aku.
Aku dah cuba jadi yang terbaik. Tapi aku gagal....aku tak mampu....Ya Allah bantu hati aku terus kuat menerima keadaan. Terus berdamai dengan apa yang aku perlu lalui.
Semoga Engkau sentiasa hadirkan mereka yang baik² untuk terus dekat dengan aku.
assalammualaikum,
ReplyDeletesaya tertarik berkenaan surat akuan sumpah jaga anak tu. boleh dapatkan sy contoh surat tak sebab sy nak uruskan pertukaran sekolah anak. Terima kasih ya