Showing posts with label Fasha Syahiera. Show all posts
Showing posts with label Fasha Syahiera. Show all posts

Sunday 23 September 2018

Program Mohon Restu Calon UPSR 2018

Tek : Anys Idayu Zakaria

Program mohon restu di sekolah kakak tadi sempena UPSR yang akan berlangsung 24-27 September ni sungguh menyentuh hati aku.

Zaman aku dulu tak da pula program macam ni. Minta maaf  dengan cikgu dan mak bapak pun sendiri-sendiri je. Tapi sekolah sekarang banyak dah buat program mohon restu macam ni bila anak-anak nak duduki peperiksaan.

Perhimpunan pagi yang dimulakan dengan acara biasa di sekolah. Kemudian diikuti dengan ibu bapa berdiri mengelilingi tapak perhimpunan untuk memudahkan anak bersalaman.

Bermula dengan anak-anak beratur dan bersalaman dengan semua ibu bapa. Mohon maaf dan mohon restu. Kemudian mohon restu juga dari guru-guru. Selesai anak-anak mohon restu, diikuti ibu bapa pula bermaafan sesama kami dan juga guru-guru.

Sesi ni memang sangat touching. Lagu yang dimainkan sangat menyentuh perasaan semua. Memang hampir semua mengalir air mata. Sebak rasa.

Aku doakan anak aku dapat menjawab soalan dengan tenang. Dimudahkan dan diterangkan hatinya. Dan diberi kesihatan yang baik sepanjang peperiksaan berlangsung.

Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk kakak!

Monday 29 January 2018

Keputusan UPKK Darjah 5

Tek : Anys Idayu Zakaria 

Alhamdulillah untuk khabar gembira hari ini. Tuan badan sendiri pun boleh tak percaya heheh. Tahniah untuk kakak. Mama pun terperanjat sebenarnya. Mama tak terlalu mengharap sangat, sebab tahu situasi kakak. So lepas ni kena lebih gigih berusaha untuk UPSR dan peperiksaan Darjah 6 Sekolah Agama.



Semoga kejayaan sentiasa mengiringimu. Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk kakak dan adik.

Monday 14 August 2017

Selamat Hari Lahir Kakak

Tek : Anys Idayu Zakaria

14 Ogos 2006, tepat jam 2.45 pagi, aku selamat melahirkan seorang puteri. Dan diberi nama Fasha Syahiera Bt Mukri Adi.

Ketika dilahirkan berat kakak 3.75kg. Kata Jururawat, tulang punggung aku agak kecil, ditambah saiz badan aku yang kecil juga jadi koyaknya agak besar. Selepas baby keluar, tidak sampai 5 minit aku tanya kepada mereka, kenapa masih terasa sakit. Sama seperti hendak bersalin lagi. Masih ada lagi ke baby tertinggal. Kelakar juga soalan tu.  Tapi disebabkan terlampau sakit aku bertanya terus tanpa berfikir.  Rupanya mereka hendak mengeluarkan uri.

Selesai proses keluarkan uri mereka mahu menjahit koyak pula. Oleh kerana koyak agak besar dan ambil masa untuk menjahitnya, beberapa doktor datang untuk memeriksa koyak tersebut. Sehinggakan seingat aku lebih kurang 3 doktor yang memeriksa semuanya katakan koyak terlalu besar dan mereka tidak boleh menjahitkan tanpa pemeriksaan doktor pakar. Mungkin mereka doktor pelatih.  Disebabkan kesakitan masih terasa, jadi aku  mohon pada jururawat yang ada untuk bius dan mahu tidur sewaktu mereka menjahit koyak tersebut.

Selepas subuh aku ditolak ke bilik bedah. Aku dibius dan terus tertidur. Mungkin sebab kepenatan yang amat sangat selepas bersalin, tambahan dengan ubat bius tersebut membuatkan aku terlena. Sedar-sedar sudah selesai proses menjahit.  Lama juga rasanya di bilik bedah.  Lebih kurang tengahari baru aku ditolak keluar. Masuk lagi 2 pin air dan 1 pin darah. Dengan keadaan yang masih lemah kerana darah sudah banyak keluar, selepas ditolak ke wad barulah aku berpeluang untuk melihat baby.

Dua hari juga aku ditahan sebelum dibenarkan pulang kerana doktor mahu memeriksa jahitan tersebut.  Aku juga terpaksa menghadiri fisioterapi kerana masalah koyak yang besar tersebut telah menyebabkan beberapa implikasi.

Syukur alhamdulillah. Aku amalkan pantang dengan betul dan saya ambil geli gamat.  Luka dan jahitan tersebut cepat kering dan sembuh. Terasa juga fobianya sampai ke harini.

Lama dah kenangan itu berlalu. Hari ini genap usia kakak 11 tahun. Walaupun sebelum ni kakak selalu jadi tempat papa nak lepaskan marah. Kakak kena hadap semua yang aku terpaksa lalui yang sepatutnya tak sesuai untuk anak yang sedang membesar, tapi aku tahu kakak seorang yang kuat. Kadang hati keras memberontak marah, kakak seorang yang lembut hati.

Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk kakak. Semoga hari-hari seterusnya yang dilalui akan sentiasa indah sebagai kanak-kanak yang menginjak usia ke alam remaja.

SELAMAT HARI LAHIR KAKAK. Moga yang baik-baik aje mengiringimu.

Wednesday 4 January 2017

Minggu Orentasi Sekolah

Teks : Anys Idayu Zakaria 

 Minggu orentasi sekolah, macam-macam kisah anak sekolah. Anak berorentasi di sekolah, mak-mak di rumah juga berorentasi nak bagi sesuaikan diri dan mood supaya lebih sado hehe.

Sudah nak masuk seminggu ni kakak masih mood baik-baik sahaja bangun pagi. Cumanya setiap hari balik sekolah pasti ada sahaja info terkini, mama esok kena bawa duit RM5 beli buku ini, esok bawa RM3 beli buku itu. Sampai kesudah asyik beli buku sahaja. Garu kepala mama. Hari ni pulak mengadu nak demam. Aduhaii sehari lagi sekolah esok nak. Jangan buat pasal. 
 
Adik punya cerita hari pertama sekolah, balik belum apa-apa terus tumbang tidur sampai ke pagi. Penat sangat agaknya. Hari ini punya cerita kena tunggu balik nanti apa pula kisahnya.





Thursday 8 December 2016

Kem Inspirasi Khalifah Surau An Nur TCM 2016

Teks : Anys Idayu Zakaria 

 
Pagi semalam sebelum ke tempat kerja, sempat saya hantar Kakak dan kawan-kawan ke KEM INSPIRASI KHALIFAH DI SURAU AN-NUR TCM. Sehari dua sebelum ke kem bukan main lagi mama memujuk jangan tak jadi pergi. Kakak, ada-ada je alasannye nak mengelat kan. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga saya memujuk kakak. Cuti sekolah tak buat apa-apa aktiviti, asyik bermain sahaja lebih baik habiskan masa hadiri kem seperti ini.

Pertama kali menjejak kali ke Surau tersebut, dah terjatuh hati. Saya suka dengan lokasinya yang strategik, di atas bukit. Sekitar kawasan yang besar sesuai untuk pelbagai aktiviti. Persekitaran juga penuh dengan poster program yang dianjurkan. Setiap minggu dan hari tertentu ada sahaja program yang mereka anjurkan, dan yang lebih menarik kebanyakkan program menggalakkan anak-anak turut serta. Dan hampir semua admin yang terlibat anak-anak muda yang rajin mengimarahkan Rumah Allah, menggalakkan anak-anak remaja di kawasan tersebut hadir ke surau.

Semoga kakak dapat banyak ilmu di sana. Admin pun aktif mengupdate aktiviti yang diadakan dalam group whatspp, jadi ibu bapa dapat ikuti program yang anak-anak jalani sepanjang di sana.


















KEM SMART SOLAT di SATCM. Penyertaan seramai 150 orang pelajar lelaki dan perempuan.