Monday 14 August 2017

Selamat Hari Lahir Kakak

Tek : Anys Idayu Zakaria

14 Ogos 2006, tepat jam 2.45 pagi, aku selamat melahirkan seorang puteri. Dan diberi nama Fasha Syahiera Bt Mukri Adi.

Ketika dilahirkan berat kakak 3.75kg. Kata Jururawat, tulang punggung aku agak kecil, ditambah saiz badan aku yang kecil juga jadi koyaknya agak besar. Selepas baby keluar, tidak sampai 5 minit aku tanya kepada mereka, kenapa masih terasa sakit. Sama seperti hendak bersalin lagi. Masih ada lagi ke baby tertinggal. Kelakar juga soalan tu.  Tapi disebabkan terlampau sakit aku bertanya terus tanpa berfikir.  Rupanya mereka hendak mengeluarkan uri.

Selesai proses keluarkan uri mereka mahu menjahit koyak pula. Oleh kerana koyak agak besar dan ambil masa untuk menjahitnya, beberapa doktor datang untuk memeriksa koyak tersebut. Sehinggakan seingat aku lebih kurang 3 doktor yang memeriksa semuanya katakan koyak terlalu besar dan mereka tidak boleh menjahitkan tanpa pemeriksaan doktor pakar. Mungkin mereka doktor pelatih.  Disebabkan kesakitan masih terasa, jadi aku  mohon pada jururawat yang ada untuk bius dan mahu tidur sewaktu mereka menjahit koyak tersebut.

Selepas subuh aku ditolak ke bilik bedah. Aku dibius dan terus tertidur. Mungkin sebab kepenatan yang amat sangat selepas bersalin, tambahan dengan ubat bius tersebut membuatkan aku terlena. Sedar-sedar sudah selesai proses menjahit.  Lama juga rasanya di bilik bedah.  Lebih kurang tengahari baru aku ditolak keluar. Masuk lagi 2 pin air dan 1 pin darah. Dengan keadaan yang masih lemah kerana darah sudah banyak keluar, selepas ditolak ke wad barulah aku berpeluang untuk melihat baby.

Dua hari juga aku ditahan sebelum dibenarkan pulang kerana doktor mahu memeriksa jahitan tersebut.  Aku juga terpaksa menghadiri fisioterapi kerana masalah koyak yang besar tersebut telah menyebabkan beberapa implikasi.

Syukur alhamdulillah. Aku amalkan pantang dengan betul dan saya ambil geli gamat.  Luka dan jahitan tersebut cepat kering dan sembuh. Terasa juga fobianya sampai ke harini.

Lama dah kenangan itu berlalu. Hari ini genap usia kakak 11 tahun. Walaupun sebelum ni kakak selalu jadi tempat papa nak lepaskan marah. Kakak kena hadap semua yang aku terpaksa lalui yang sepatutnya tak sesuai untuk anak yang sedang membesar, tapi aku tahu kakak seorang yang kuat. Kadang hati keras memberontak marah, kakak seorang yang lembut hati.

Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk kakak. Semoga hari-hari seterusnya yang dilalui akan sentiasa indah sebagai kanak-kanak yang menginjak usia ke alam remaja.

SELAMAT HARI LAHIR KAKAK. Moga yang baik-baik aje mengiringimu.

No comments:

Post a Comment