Showing posts with label Zikir Jodoh. Show all posts
Showing posts with label Zikir Jodoh. Show all posts

Friday 5 July 2019

Zikir Asmaul Husna Untuk Suami Isteri

Dalam membina keluarga bahagia, sakinnah dan mawaddah selain persefahaman antara suami isteri zikir dan doa juga perlu diamalkan.

Zikir Asmaul Husna untuk suami isteri.  paling mudah untuk kita amalkan. Boleh diamalkan untuk yang baru berkahwin atau yang sudah lama melayari alam perkahwinan.

Amalkan Zikir 40 kali atau Sebanyaknya

Ya Rahman (Maha Pemurah lagi Pengasih)

Ya Rahim  (Maha Penyayang)

Ya Wadud (Maha Pencinta)

Ya Malik  (Maha Memiliki)

Sambil Lafaz Doa Bicarahati

"Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud, Limpahkan lah Kasih Sayang-Mu ke dalam Rumahtangga kami. Alirkan Rasa Cinta antara aku dan suamiku/isteriku agar Tenang dan Bahagia demi meraih Cinta-Mu."

"Allah Ya Malik, Sesungguhnya Suamiku/isteriku/anak-anakku adalah Milik-Mu. Bila-bila masa Engkau boleh mengambil mereka Kembali.

Ku Bermohon, Satukanlah Hati-hati kami di rumah ini dengan kasih sayangMu. Letakkanlah Hanya Cinta-Mu di Hati kami kerana Cinta-Mu itulah yang Paling Agung, Kekal, Tulus lagi Suci dan Meletakkan Cinta Dunia, Cinta Makhluk hanya di tangan kami kerana Cinta Dunia/Makhluk ini Lemah, Tidak kekal dan akan Hilang.

Perkenankanlah Doaku Allah Ya Sami' yang Maha Mendengar, Ya Mujib yang Maha Memakbulkan Doa. Ameen ya Rabbal'alamin."

Jom kita mula jadikan amalan harian. Jangan lupa kongsikan dengan pasangan anda.

Wednesday 3 July 2019

Zikir Asmaul Husna Bagi Yang Belum Ada Jodoh

Dari pagi tadi hati aku gembira bila melihat seorang rakan mula temui sinar kebahagiaannya.

Seronok sangat rasa. Dan sesungguhnya Rahsia jodoh itu milik Allah. Bila tiba masa Allah nak bagi, sekejap sahaja Dia akan tunaikan.

Dalam kita berusaha kita juga berserah pada Allah.

Antara doa dan zikir yang aku pernah amalkan suatu ketika dulu ialah zikir Asmaul Husna.

💐 *Bagi Yang Belum Ada Calon :*

Amalkan Zikir ini 40x atau Boleh sepanjang masa (ketika sedang buat kerja atau bila-bila sahaja sepanjang hari itu boleh amalkan Zikir ini dengan Lafazkan Zikir Di BIBIR mahupun di HATI) 😍

Ya Rahman (Yang Maha Pemurah lagi Pengasih)

Ya Rahim (Yang Maha Penyayang)

Ya Jami' (Maha Mempertautkan)

Ya Zohir (Maha Memperlihatkan)

Sambil Lafaz Doa Bicara Hati :

"Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, Limpahkan Lah Kasih SayangMu padaku, Letakkanlah Sentiasa Hanya CintaMu di dalam Hatiku agar sentiasa aku MengingatiMu kerana Sesungguhnya Cinta Manusia itu Lemah tidak Sempurna dan Tidak Kekal, hanya CintaMu itu Yang Kekal, Tulus, Suci lagi Abadi ❤ .

Ya Allah, Sesungguhnya Engkaulah Ya Baari' sebaik-baik Perancang dan Pengatur. Engkau lebih Tahu apa yang Terbaik buatku, Setiap SusunanMu itu Sangat Cantik dan Sempurna. Hadirkanlah Jodoh yang Baik Untukku agar Si Dia menjadi Alat-Mu dalam Mencapai Redho-Mu menuju Ke Syurga-Mu.

(Masukkan ciri-ciri suami yang kita mahukan)

Pada-Mu Ke Merayu dan Merintih, Engkau Zohirkanlah (Perlihatkan) Jodohku. Engkau Temukanlah kami Ya Wajid (Yang Maha Menemukan) dan Tautkanlah kami Ya Jami' (Yang Maha Mempertautkan Silaturrahim)  mengikut Cara-Mu.

Pada-Mu ku Berserah Ya Baari'  ❤ Ameen Allah Ya Sami' (Yang Maha Mendengar) , Ya Mujib (Yang Maha Memakbulkan) 💝

Sebulan lepas aku amal zikir ini aku bertemu dengan suami sekarang.

Kemudian aku tukar zikir Asmaul Husna yang lain pula. Zikir nama Allah yang mana Dia telah menzahirkan jodoh kita.

Ada yang nak tahu? Nanti aku kongsikan zikirnya.