Showing posts with label Cerita Seram Aiz. Show all posts
Showing posts with label Cerita Seram Aiz. Show all posts

Friday 7 April 2017

Lembaga Hitam

Tek : Anys Idayu Zakaria

Berdentum. Guruh kedengaran membelah langit. Kilat sabung menyambung. Kedengaran juga angin bertiup kencang. Menandakan hujan akan turun bila-bila masa.

Di celah kegelapan seorang budak ketakutan menutup muka. “Apa tu. Seperti ada lembaga di sebalik dinding. Ya Allah takutnya”.

“Mak mak mak! Qayra takut. Nak bangun pun tak boleh ni. Macam ada lembaga hempap badan Qayra Mak. Tolong mak”. Aduh kenapa suara aku tak terkeluar ni. Sambil bermonolog sendiri mata Qayra mencuri-curi pandang ke arah lembaga berbulu itu. Lembaga itu juga seolah-olah melambai-lambai ke arah Qayra.

Dek kerana takut yang amat, Qayra cuma memaksa mata untuk pejam agar lembaga itu hilang. Tambahan hujan juga sudah menderu. Kalau dipanggil maknya barangkali sedang nyenyak dibuai mimpi. Mana mungkin mak akan bangun.

Akhirnya hampir pagi baru Qayra terlena. Sudahnya gajah subuh juga dia. “Mak, semalam ada dengar Qayra menjerit panggil mak tak”. “Entahlah bukan main sedap mak tidur. Hujankan pagi tadi. Nyenyak sungguh. Kenapa”. “Owh, tak da apa. Saja je”. Qayra berlalu pergi. Kemusyiklan juga dihati lembaga apakah yang mengganggu tidurnya semalam.

.
Jeng jeng jeng. Hahha amacam malam jumaatkan korang suka layan cerita hantu.
#ceritaseramAiz