Showing posts with label Tip Mendidik Anak. Show all posts
Showing posts with label Tip Mendidik Anak. Show all posts

Sunday 16 April 2017

Tip Mengejut Anak Bangun Pagi

Tek : Anys Idayu Zakaria

Biasanya bila awal pagi ada sahaja drama pagi yang anak-anak sering lakukan.  Pelbagai teori yang aku sendiri boleh rumuskan. Kah kah. Sebenarnya lebih pada cara yang aku sendiri praktikkan supaya mereka bangun pagi dengan mood berbunga-bunga, tanpa ada rasa malas, nak menangis buat aksi sebabak.  Dan yang penting aku tak jadi hulk pagi-pagi.

.
Kau tahu, dah dekat setahun baru aku dapat solusi. Punyalah aku tiap-tiap malam asyik fikir idea mengejut depa pagi-pagi ni. 

.
Setiap anak memang ada kelainan.  Macam Ira, cara mengejutkan kena beramah mesra, panggil baik-baik aku tak boleh buat kerja lain selagi dia belum bangun masuk bilik air.  Yang si adik, kejut sambil berjalan ke sana sini pakai tudung pun masih ok lagi.

.
Apa yang aku boleh rumuskan :

Malam hari, aku kena siapkan semua kelengkapan contohnya gosok baju untuk pakai esok pagi,  beg sekolah sudah tersedia. Pakaian mereka juga sudah tersedia.

Bangun mesti awal. Siap solat, bersiap sebelum kejutkan mereka.  Sudah tersedia idea untuk bagi mereka bangun dengan seronok. Biasanya aku mulakan dengan bisik-bisik doa atau bacaan Ayat Kursi, Fatihah. Kemudian buatlah aksi kelakar, aksi bercerita, bagi mereka kejutan.  Waktu nilah idea pantas dan sponton diperlukan supaya anak-anak ni cepat sedar.

10-15 minit memang waktu biasa untuk mereka mula bangun.  Bila sudah bangun, agak lega. Bersiap tak sampai pun setengah jam.

Akhirnya bila semua sudah siap, baru boleh tarik nafas lega.

.
Aiz
Bukan senang nak kejut anak bangun pagi.

Monday 10 October 2016

4 Amalan bila anak tak dengar kata atau menjauhkan diri (Ustaz Ebit alew)

Teks : Anys Idayu Zakaria 

4 Amalan bila anak tak dengar kata atau menjauhkan diri (Ustaz Ebit alew)

1. Beri masa pada anak-anak, jangan marah depan anak lain.

2. Buat ta'lim di rumah setiap hari

3. Makan berjemaah / makan dalam bekas yang sama

4. Menangis pada Allah, berdoa. Baca dan amalkan ayat Al Ahqaf :15 



Moga bermanfaat untuk kita. Salam asar 

Aiz
Follower UEL