Showing posts with label Eat Clean. Show all posts
Showing posts with label Eat Clean. Show all posts

Friday 11 October 2019

True Love Is Getting Slim Together

"True love is getting fat together and getting slim together"

Oleh kerana kami bersetuju dengan pepatah ni, maka dengan gigih aku support husband untuk turunkan sikit berat badan. Aku pun gigih juga nak berdiet.

Husband kata bukanlah nak kurus melampau tapi nak nampakkan semula 6 pack dia yang dah hilang akibat kebahagiaan melanda.

Sekarang ni kami gigih workout setiap malam. 30 hingga 45 minit. Seminggu sehari sahaja rest workout.

Antara eksesais yang kami lakukan ialah

Plank
Mountain climbing
Squat
Push-up

Dan beberapa lagi yang lain. Ni husband yang lebih fokus. Aku buat 3 eksesais atas tu je.

Korang nampak aku asyik share resipi je kan. Start minggu ni aku cuba masak menu yang memang sesuai untuk kami berdiet. So nanti aku cuba share dengan korang.

"Eat Clean" (makan bersih) kami mula praktiskan. Eat clean ialah makan makanan semula jadi. Tanpa diproses, yang tak da banyak pengawet, gula, dan lemak jahat. Makanan yang tidak berminyak, tidak bersos. Seimbang dalam semua piramid makanan. Makan 4-5 kali sehari ikut keperluan kalori.

apa yang aku paling suka sekali EAT CLEAN ni boleh kempiskan perut.

Permulaannya kami dah tukar beras pada beras perang. Mula-mula makan dulu memang rasa tak berapa sedap. Tapi kami cuba juga makan. Dan akhirnya dah masuk paket kedua. Dah jadi rutin pun. Nasi pun ikut sukatan suku daripada pinggan.

Tapi kan, biasalah nak sahut cabaran diet sihat ni memang sangat mencabar. Banyak betul dugaan dan godaannya.

Lebih lagi kalau di pejabat. Bila orang makan sedap kita tengok je la. Kalau di rumah masih boleh kontrol, makan ikut menu yang aku sediakan. Gigih aku cari info dan resipi menu sihat.

Kalian mesti biasa dengan "cheat day" bagi orang yang sedang berdiet. Maksudnya hari kebebasan untuk orang berdiet menikmati makanan.

Ikut apa yang aku baca, cheat day ni untuk meraikan pencapaian penurunan yang kita dapat setelah berusaha menurunkan berat badan.

Membuatkan diri kita rasa puas, tanpa fikirkan keinginan terhadap makanan tersebut ketika berdiet. Dan untuk bagi elak rasa bosan kerana pengambilan makanan berdiet.

Pagi tadi husband bangun, dengan riangnya dia bagitau, "harini kita punya cheat day kan."

Amboi... "Jangan ngelat. Harini rest workout. Esok baru cheat day."

Haha aku tau dia dah terbayang nak makan ayam masak merah.