Showing posts with label Tentang Saya. Show all posts
Showing posts with label Tentang Saya. Show all posts

Friday 14 July 2017

Tentang Saya

Tek : Anys Idayu Zakaria

Hai semua. Nama saya Anys Idayu Zakaria. Berasal dari Pasir Mas Kelantan. Sudah hampir 27 tahun menetap di Johor. Sebab itu bila bercakap tiada langsung loghat kelantan, kerana saya tidak pernah tinggal mahupun membesar di sana.

.
Tahun ini sudah mencecah 33 tahun. Tapi masih sweet, kecil molek lagi maintain seperti 17 tahun. Ini orang kata. Bukan saya. Pernah mendirikan rumah tangga. Tapi sekarang saya memegang status Ibu tunggal kepada 2 orang puteri.

.
Kalian boleh sahaja panggil saya Aiz atau Anies. Rutin kehidupan masih seperti dulu. Keluar pagi balik petang. Bekerja sebagai seorang penjawat awam di salah sebuah jabatan kerajaan di Johor Bahru. Di samping menjalankan bisnes online. Hujung minggu kini sudah kembali lapang kerana tiada lagi kelas di UTM.

.
Saya bukan pakar dalam mana-mana bidang.  Hanya berkongsi kisah kehidupan masa lampau untuk pengajaran kepada wanita terutamanya yang mengalami keperitan kerana terpaksa menanggung keluarga. Saya juga sedang cuba menulis bagaimana cara untuk wanita mendapat pembelaan dan hak-hak yang sewajarnya, mengikut pengalaman yang telah saya lalui.

.
Ribuan terima kasih kepada yang sudi singgah di blog ini. Di sini saya hanya kongsi kisah berkisar kehidupan, pengalaman.

Jika kalian mahu baca tentang bisnss online, kalian boleh follow blog http://anysidayu.blogspot.com

Saya sangat bersyukur dengan rezeki silaturrahim ini. Semoga kita terus dapat berkawan dan berkongsi pendapat.