Showing posts with label Tip Balik Kampung. Show all posts
Showing posts with label Tip Balik Kampung. Show all posts

Friday 29 March 2019

Tip Balik Kampung

Tek : Anys Idayu Zakaria

"Yeahhh cuti sekolah." Biasa bila masuk cuti sekolah mulalah kita mak ayah ni pening kepala nak rancang jadual anak-anak. Tu belum kira lagi cuti kita yang perlu dimohon jika mahu balik kampung menziarah keluarga dan sanak saudara.

Bermula tahun ini, setiap kali cuti sekolah aku dan suami perlu rancang dan habiskan masa untuk melawat anak-anak dan ibu bapa atau merancang untuk bercuti ke destinasi tertentu.

Oleh kerana anak-anak terdahulu suami berada di Jerteh, kami juga perlu balik JB menziarah ma abah dan Raisha Fasha pula perlu luangkan masa untuk bertemu nenek dan papa mereka, jadi kami suami isteri perlu rancang dengan baik pergerakan perjalanan, tempoh masa bercuti dan penggunaan duit supaya tak lari budget.

Antara tip yang aku praktikkan ialah

1. Merekod duit minyak dan touch and go yang dikeluarkan setiap kali perjalanan ke Terengganu dan Johor.

Ini memudahkan untuk aku buat pengiraan dan anggaran duit yang akan digunakan untuk minyak kereta. Jadi aku boleh asingkan terlebih dahulu jumlah wang yang akan digunakan.

2. Keperluan pakaian dan diri aku ajar Fasha Raisha kemas sendiri. Tapi aku akan tengok semula apa yang mereka bawa, supaya tak terlebih muatan

3. Bekalan juga perlu dibawa bersama untuk mengelakkan anak-anak lapar sepanjang perjalanan. Nanti jenuhnya asyik berhenti cari tempat makan je kalau tak bawa bekal.

Sebelum memulakan perjalanan kena isi perut kenyang-kenyang. Nanti duduk dalam kereta mulut tak bising minta makan.

Untuk suami pula aku akan belikan beberapa tin air nescafe. Juga sedikit jajan atau roti sebagai bekalan mengunyah.

4. Sebelum memulakan percutian dalam tempoh masa yang lama, aku akan siap mengemas dulu keperluan selepas cuti. Contohnya pakaian sekolah sudah dibasuh dan digosok. Baju kerja juga digosok awal. Beg sekolah dan homework juga aku minta anak-anak siap dan kemaskan.

Rumah juga aku tinggalkan dalam keadaan yang kemas dan bersih. Buang sampah, basuh semua pakaian kotor supaya bila balik nanti tidak penat dan terkejar mahu siapkan keperluan tersebut.

5. Oleh kerana anak-anak suami berada di Terengganu, jadi bila ambil mereka aku perlu rancang tempat mana seterusnya kami akan tuju.

Ini supaya suami dapat berehat dan meluang masa bersama mereka. Kalau boleh bila sudah sampai destinasi, suami dapat layan mereka bermain dan tidur bersama.

6. Bila sudah balik ke Johor pula, aku akan maklumkan pada nenek Fasha Raisha untuk minta cuti dan ambil mereka berdua sehari atau dua supaya mereka dapat tidur dan luangkan masa bersama papa dan nenek mereka.

7. Baju-baju juga kami pakai hadkan pemakaian. Jika kotor terus basuh di mana kami berada. Supaya tak kumpul baju kotor dan bawa balik ke rumah. Penatlah jawabnya jika mahu basuh semua.

8. Untuk elak suami mengantuk dan bosan memandu, aku akan layan berbual, menyanyi, berlawak tah apa-apa janji aku tak tidur dan suami pun tak rasa penat.

Selain berhenti rehat jika penat, kita isteri di sebelah ni picit-picitlah suami, suap makan pada suami. Hulurkan air jika nak minum.

Buat masa ni, inilah yang aku praktikkan. Cuti di lain masa kita cuba praktikkan tip-tip lain pula.