Showing posts with label Ayat Pickup Line. Show all posts
Showing posts with label Ayat Pickup Line. Show all posts

Friday 21 June 2019

Kekasih Lupakan Sejarah

Berkumandang lagu Ella di radio. Si dia pun sambung nyanyi

"Kekasih lupakan sejarah. Fokus pada Sains hoooo..."

Aku pandang berkelip-kelip, nak tegur salah nyanyi tu.

Dia gelak. 3 second baru aku faham. Berdekah aku sambung gelak. #daddycool

Tuesday 21 May 2019

Testimoni

Masa suami aku beli seluar online haritu, balik rumah lepas try ok semua dia suruh aku ambik gambar dan sent feedback pada seller.

Aku pun sambil nak hantar gambar, sambil tanya dia, "Awak ni memang suka bagi feedback pada sellerkan. Beli kat Shopee & Lazada pun siap bagi rating. Kalau sayang, confirm lupa punya nak rate, bagi feedback semua."

"Sayang kan seller juga. Apa yang sayang harap daripada customer. Mesti feedback positif kan."

Owhhh ye laa. Ermm, aku terlupa sesuatu di situ. Macam mana aku harap testimoni daripada pembeli begitu jugalah seller lain harap testimoni daripada buyer mereka.

"Ermmmmm, tapi kan. Awak lupa nak bagi testimoni sesuatu yang awak dah beli."

"Eh, mana ada lagi. Seluar ni je yang saya beli online bulan ni."

"Awak dah beli hati saya. Tak de pun bagi testimoni ke feedback."

Chia chia chia.. Tersipu malu pulak aku kenakan dia. Tu laa selalu kita je terkena. Dia ingat isteri dia tak pandai bagi pickup line ke. 🤣🤣

Friday 22 March 2019

AADK

Cerita setahun lepas tapi aku terlupa nak masuk blog.  Jenuh juga mencari di FB tadi. Gara-gara sedang mencari tarikh yang berkaitan dengan posting ni. Tepek sini sebagai kenangan.


1 Ogos 2018
Si Dia : Pagi tadi ada pemeriksaan dari AADK.  Saya dah tersangkut.

Aku :  Sangkut?

Si Dia : Haa ye laaa. Dah tersangkut di hati awak!

Aduhhhh sweet sangat buat I berdebar je bila dengar tau.

Tuesday 18 September 2018

Hatiku dan Hatimu

Member aku share ayat ni. Syantekk sungguh. Melekat di hati.

Ketika hatimu dan hatiku bertemu di jalan, maka di sana ia terdapat dua hati, iaitu "hati-hati di jalan raya." 😅😅

Tuesday 10 April 2018

Undi

"Awak undi apa?"

"Eh, undikan rahsia."

"Erm, tapikan cinta saya pada awak bukan lagi rahsia."

Bahang mengundi dah mula terasa ni. Sampaikan ayat pickup line pun berkisar cerita mengundi juga.

Thursday 14 December 2017

Ayat beli Jiwa hehehe

Walaupun hpone saya dalam poket, tapi awak masih dalam hati saya. 😊

Soo sweet ayat pickup line awak. 😍😍😍Buat screen phone saya bersemut tau!