Showing posts with label Motivasi Dari Suzzana Ghazali. Show all posts
Showing posts with label Motivasi Dari Suzzana Ghazali. Show all posts

Wednesday 29 August 2018

Pupuklah Cinta Dan Kasih Sayang

Cinta, kasih dan sayang bermula daripada tiada; bersebab dan beralasan hingga menyebabkan ia wujud dan mekar. Atas sebab dan alasan juga; cinta, kasih dan sayang ini boleh hilang malah memungkinkannya bertukar menjadi benci.

Pupuklah kasih yg ada. Bajai sayang dan sirami cinta anda agar ia terus berkembang dan bersemarak. Jika ia mula layu, tak guna dibajai atau disiram lagi. Mekarnya dah tak sama.

Bak kata Shahir AF: "embun pun takkan mampu menyubur sekuntum bunga yg layu pada musim luruh." Ingat juga; luahan cinta tak memadai andai tanggungjawab yg perlu dibuang ke tepi. Dah macam kakak tua yg pandai berkata2 tapi tak faham luahannya...

Tuesday 24 April 2018

Berdoa dan Berusaha

Kehidupan bukan sesuatu yg pasti namun bukan bererti ketidakpastian itu sebagai satu yg tidak baik atau tidak boleh berlaku. Allah menyuruh hamba-Nya berdoa memohon sesuatu. Sesuatu yg kita inginkan walaupun tidak pasti. Berdoalah dan sentiasalah menganggap yg baik terhadap apa juga ketidakpastian yg bakal berlaku.

Tapi bukan berdoa saja, pastikan disertai sama solat dan usaha. Paling penting, jangan pertikai mengenai doa yg belum diperkenankan! Berdoa dan berusaha adalah kerja kita, makbul yg sama atau yg lebih baik adalah keputusan-Nya. InsyaAllah, ketidakpastian itu bakal menjadi sesuatu yg pasti dan lebih baik....!

Wednesday 7 June 2017

Wanita Dan Perceraian

Khusus buat wanita yg ditakdirkan alami perceraian - saya dah pernah kongsikan sebelum ni, bukan nukilan saya dan saya tak tau sape pencetus idea asal. (Pn Suzanna)
-----------------------------------------

Wanitaku sayang,
Jangan sesekali berasa lemah,
Perceraianmu terkandung hikmah,
Ia bukan tanda kau bersalah,
Mehnah hidup, perlukan muhasabah.

Wanitaku sayang,
Perceraian bukan selamanya keburukan,
Kadangkala ia jadi ubat menyembuhkan,
Allah adil memberikan penyelesaian,
Teguklah ubatmu dengan ketabahan.

Wanitaku sayang,
Kajilah kisah tokoh-tokoh wanita,
Menjadi inspirasi tika kau berduka,
Tiada hidup tanpa derita,
Semuanya akan berbuah bahagia.

Wanitaku sayang,
Si solehah Atikah pernah berpisah,
Dengan anak Abu Bakar bernama Abdullah,
Begitu juga puteri Umar, Hafsah,
Pernah diceraikan oleh Rasulullah.

Wanitaku sayang,
Meskipun mereka insan ternama,
namun perceraian tetap menerpa,
itu tanda engkau dan suamimu tidak hina,
masing-masing ada sebabnya.

Wanitaku sayang,
Sebelum menjadi kesayangan Nabi,
Khadijah pernah diceraikan suami,
Sebelum menjadi kesayangan Uthman,
Ruqayyah dan Ummu Kalthum pernah ditinggalkan.

Wanitaku sayang,
Tika suami melafaz cerai,
Dan air matamu jatuh berderai,
Allah menghitung dengan saksama,
Adakah dirimu insan dianiaya?

Wanitaku sayang,
Tika suami sudah tidak sudi,
Allah setia di pintu hati,
Keputusan suami perlu dihormati,
Kuasa talaqnya diberi Ilahi.

Wanitaku sayang,
Tika kau yang mulakan perceraian,
Ia rukhsah yang dimaafkan,
Selagi alasanmu bukan sebarangan,
Tegakkan hak Allah dalam ketaatan.

Wanitaku sayang,
Tika kau tekad inginkan perpisahan,
Kau berhak singkirkan kesengsaraan,
Berhikmahlah mengambil kelonggaran,
Menadah tangan, pohon keredhaan.

Wanitaku sayang,
Biarlah masyarakat memandang hina,
Asal Allah memandang mulia,
Asal dirimu pasrah menerima,
Semuanya akan baik-baik sahaja....

*Saya kongsikan semula untuk peringatan dan letusan semangat - wanita ibu tunggal tak hina kecuali anda sendiri menjadikan diri anda hina...!

Wednesday 19 April 2017

Berkahwin Lain Tidak Semestinya Hilang Hak Penjagaan Anak

Merujuk persoalan - seperti yg saya jelaskan menerusi WHI pada 6 April, seorang ibu BOLEH HILANG hak jagaan anak jika berkahwin lagi TAPI TAK SEMESTINYA AKAN HILANG. Saya sendiri bercerai dan berkahwin semula selepas 7 tahun dan kini, perkahwinan baru hampir berusia 3 tahun tetapi tiga anak2 hasil perkahwinan sebelum ni masih kekal dalam jagaan saya.

Kenapa boleh hilang? Demi kepentingan dan kebajikan anak/anak2, bimbang suami baru si ibu tidak boleh menerima kehadiran berpakej seterusnya melakukan penganiayaan terhadap si anak. Suami atau lelaki adalah ketua keluarga yg difahami sebagai memegang tampuk kuasa pemerintahan dlm rumahtangga. Si isteri pula bertanggungjawab untuk mentaati suami selagi tidak melanggar syariat. Sekiranya suami baru tidak boleh menerima anak/anak2 anda, telah dinyatakan kepada anda tetapi anda masih ingin kekal menjaga menjadikan si suami bertindak di luar dugaan termasuk tidak melayan anak/anak2 anda dgn baik, maka emosi si anak akan terganggu. Walaupun keadaan serupa boleh berlaku jika si anak tinggal bersama si ayah yg berkahwin baru dan tidak diterima oleh isteri baru si ayah, keadaan berbeza kerana mengikut hukum, si ayah yg mengarahkan si ibu tiri dan boleh mengarahkan untuk menjaga anaknya dgn baik. 

Lantaran, buat rakan2 wanita dgn status ibu tunggal - anda berhak untuk mempunyai kehidupan baru dalam berumahtangga dgn pasangan yg baru tapi tolong pastikan bakal suami anda menerima anak2 anda juga dan mampu melayan anak2 anda dgn baik. HANYA LAYANAN BAIK, bukan pembiayaan nafkah sebab ayah tiri atau suami baru anda tidak wajib membiayai keperluan anak/anak2 anda. Jika diberikan juga, itu ehsan daripadanya, bonus untuk anda, ganjaran pahala dan barakah untuk rumahtangga juga insyaAllah!

Saya nak kongsikan amalan saya tika masih bergelar ibu tunggal dulu - saya berdoa: "Ya Allah! Jika ada jodoh yg baik untuk masa depanku, anak2ku dan agamaku Ya Allah, tunjukkan lah! Hingga saat itu, berikan aku kekuatan untuk teruskan hidup bersama anak2ku Ya Allah!" Alhamdulillah! Sekarang ini, anak2 saya - Ayuni Syafiqah, Azfar Suhail dan Afkar Sulaim turut sama berkongsi kasih Abi Khadijah Safia. Terima kasih Ya Allah....!

Sayang

Jika benar sayang, takkan ada suami yang lalai, abai atau enggan tunaikan tanggungjawab memberikan nafkah yang patut untuk keperluan isteri dan anak-anak;
Jika benar sayang, takkan ada suami yang sesuka hati membelasah isteri hingga lebam-lebam dan bengkak-bengkak;
Jika benar sayang, takkan ada suami yang menempik, mencaci maki atau menganiayai emosi isteri;
Jika benar sayang, takkan ada isteri yang memperbodohkan suami dengan ilmu guna-guna;
Jika benar sayang, takkan ada isteri menyalahgunakan keizinan yang diberikan oleh suami untuk bekerja dengan keluar mencari cinta lama waktu remaja...
Kerana sayang dan cinta adalah suci. CINTA dan KASIH SAYANG itu ANUGERAH! "Sungguh, orang2 yg beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak Allah Yg Maha Pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (wudda) dalam hati mereka. – Maryam ayat 96... (",)

Tuesday 21 February 2017

Taqwa kepada Allah

Kesukaran dan kepayahan bukan terletak pada masalah yg dihadapi, bukan juga pada ujian yg menduga diri. Ketika orang lain mampu menghadapi masalah dan ujian serupa, kenapa kita takut untuk turut menanganinya? Malah jika ada yg tidak berdaya, kenapa perlu kekal seperti mereka sedang anda boleh berusaha jadikan diri sendiri pelopornya? Benarlah anda seorang tapi anda tidak bersendirian. Janji-Nya: "Barangsiapa yg bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan dia dari masalah hidup. Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga..." - surah at-Talaq ayat 2-3. Setiap ketentuan-Nya punyai sebab dan berhikmah. Yg pasti, Dia punyai perancangan yg lebih baik untuk kita. Hanya perlu berikan ruang dan peluang buat diri sendiri... (",)

Cerai

Perkongsian dari FB Puan Suzzana Ghazali.

Dari lipatan sejarah dan saya masih kekal ingatkan diri sendiri, tak mungkin semua orang menyukai saya atau menyukai apa yg saya lakukan atau kongsikan. Yg penting saya masih yakin, setiap tindakan saya kekal dalam redha Ilahi, izinkan Ya Allah!
-----------------------------------------------------------
Mesej ke inbox: "Tolong baca! Saya betul2 nak minta maaf. Saya kenal anda melalui kawan tapi sejak mengikuti FB anda (saya jarang2 online sebenarnya) bagi saya anda tak layak bergelar Perunding Psikologi Keluarga kerana anda sering bercakap tentang cerai dan cerai dan cerai. Kes2 yg anda kongsikan pun berakhir dengan perlu cerai. Bila dapat tau anda sendiri adalah ibu tunggal, saya makin benci kerana orang seperti anda dibenarkan mempengaruhi para isteri di Malaysia ini. Malah saya pernah doakan kecelakaan buat anda kerana menghancurkan perkahwinan orang lain. Baru2 ini kawan saya bincangkan satu perkongsian kes anda dan saya gunakan masa ini untuk luahkan kebencian saya pada anda. Kawan saya terkejut dan tunjukkan banyak hasil tulisan anda. Sukar nak percaya. Tapi semalam, bila saya online sahaja, kisah wanita berkahwin 28 tahun betul2 menambat jiwa saya. Saya sedar, saya salah tanggapan terhadap anda. Saya harap anda dapat maafkan saya! Tolong maafkan saya dan tolong rahsiakan ID saya!" - Syukur dia dah pesan suruh rahsiakan, kalau tak de pesanan, nak je saya perkenalkan rakan ini kepada rakan2 semua. Hahaha bergurau saja.

Jawapan saya: Anda berhak menganggap atau mengata saya apa saja. Saya tak boleh suruh atau paksa semua orang sukakan saya atau sukakan perkongsian saya. Cuma satu perkara yg perlu saya tegaskan, setiap perkongsian saya dalam mana2 slot ilmu yg saya dipanggil menjadi panelnya atau sesi bersama klien, saya tak kongsikan bersama emosi sebaliknya pada setiap sesi tersebut, saya usahakan untuk menyampaikan ilmu yg saya pelajari berdasarkan hukum syarak dan undang2 dan saya sentiasa berdoa agar saya tidak tergelincir daripada landasan tersebut. Ya, betul saya terlibat dalam perceraian tapi bukan semua kes saya suruh klien bercerai. Saya akui, ada kes memang saya cadangkan perceraian jika itu adalah tepat dan perlu menurut hukum syarak. Cerai bukan haram. Cerai bukan celaka. Cerai bukan malang dan cerai bukan impian semua orang. Ada rahsia dan hikmahnya di sebalik ketentuan Allah berhubung isu perceraian ini. Benarlah cerai Allah tak suka tapi yg pasti, ulama mentafsirkan 'abqhodu' dalam hadis yg dikelaskan sebagai hadis dhoif itu bukanlah dibenci. Jika dibenci, takkan Rasulullah SAW menceraikan isteri baginda sendiri? Maaf jika agak panjang. Anggap ia sebagai satu perkongsian, boleh juga satu luahan perasaan. Jangan bimbang, saya maafkan anda! Sedangkan Allah SWT mengampunkan hamba-Nya. Saya tak hebat sangat pun jika enggan memaafkan anda. Saya maafkan anda dengan sepenuh hati. Moga Dia berikan yg terbaik untuk kita dan kita sentiasa dalam redha-Nya.... (",)

Wednesday 28 September 2016

Ketika Ujian Berat

tatkala terasa berat dengan ujian diterima, tengoklah orang lain yg mungkin ujiannya lebih berat dari kita. Berat, kurang berat atau lebih berat bukan persoalan utama sebab janji-Nya, ujian dalam tahap kemampuan kita. Hanya perlu yakin, sesungguhnya Allah takkan aniaya hamba-Nya dan pasti ada jalan keluar yg turut disediakan. Tak ada masalah tanpa penyelesaian. Hanya perlu berusaha dan berdoa...(",) SUZZANA GHAZALI