Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

Tuesday 23 October 2018

Ibu Tunggal, Ibu Berdikari

Tek : Anys Idayu Zakaria

Jika kita belum lalui apa yang orang lain telah lalui, usah dengan mudah berkata kita mampu untuk hadapi jika situasi itu terjadi pada diri. Mungkin nampak sama, tetapi yang pasti ujiannya berbeza-beza.

Betullah sebenarnya apa yang kita fikir, terkadang itulah yang akan dizahirkan melalui percakapan, perbuatan, atau tanggapan orang lain terhadap kita.

Walaupun memang betul gelaran wanita yang sudah bercerai, orang lebih senang panggil "janda", tapi aku sendiri telah semat dalam hati jangan guna gelaran tersebut. Kerana aku tahu satu masa gelaran itu pasti akan memberi kita satu perasaan rendah diri, rasa tersisih. Aku tak nak sesuatu yang tak baik terjadi pada aku, hanya kerana status itu. Biarlah orang memandang kerana kebaikan kita. Bukan orang pandang kerana gelaran yang sedang kita bawa.

Seorang teman pernah bercerita, kerana tidak tahan dengan masalah yang dihadapi, dia seperti merelakan perpisahan. Dan sanggup lagi memegang status janda itu.

Aku hanya mampu nasihat, cari jalan berdamai, berusaha sehabisnya hingga buntu temui jalan penyelesaian. Dan perpisahan itu jalan terakhir yang perlu dilakukan.

Wanita yang membawa status janda ini, walau kita buat kebaikan ada ketika orang tetap pandang sinis. Orang tetap akan anggap kita penyebab segalanya.

Dan kerana aku sendiri sudah semat dalam hati, tak suka dengar gelaran itu alhamdulillah Tuhan jaga aku dari melalui sesuatu yang tidak sepatutnya atau yang pernah dilalui oleh kebanyakkan dari mereka yang bergelar janda.

Hati aku lebih tenang dan suka dengar bila wanita yang bercerai ini disebut "ibu tunggal, atau ibu berdikari." Kerana kita mampu berdiri sendiri, kuatnya hati dan emosi kita untuk menghadapi saat perpisahan, dan bangkit semula membina kehidupan yang pernah musnah satu masa dulu.

Semoga kalian di luar sana sama-sama kuat membina kehidupan. Tak mudah menyerah kalah. Sabar dengan dugaan. Dan aku doakan semoga satu hari nanti semua kepahitan yang dilalui Tuhan akan gantikan dengan kemanisan umpama manisnya madu, cantiknya secantik warna pelangi yang menghiasi langit selepas mendung dan hujan berlalu pergi.

Friday 31 August 2018

Tiada Wanita Yang Sempurna

Wahai LELAKI !!!
.
Kalau kamu memilih bersama wanita bekerjaya, kamu perlu menerima dia tidak boleh mengurus rumah sepenuh masa.
.
Kalau kamu memilih bersama wanita suri rumah yang boleh menjaga dan mengurus rumah tangga sepenuhnya, kamu perlu menerima yang dia tidak menghasilkan duit.
.
Kalau kamu memilih bersama wanita penurut, kamu harus menerima yang kalau dia bergantung kepada mu.
.
Kalau kamu memilih bersama wanita yg berani, kamu harus menerima kalau dia keras kepala dan punya pikiran sendiri.
.
Kalau kamu memilih bersama wanita cantik kamu harus menerima perbelanjaannya juga banyak.
.
Kalau kamu memilih bersama wanita hebat, kamu juga harus menerima kalau dia keras dan berpendirian.
.
TIADA WANITA SEMPURNA semua hanya dalam mimpi dan angan-angan sahaja <3

#copypaste

Wednesday 30 May 2018

Complicatednya Wanita Ni!

Tek : Anys Idayu Zakaria

Ini memang aku rasa sifat semulajadi wanita. Tak boleh menidakkan atau tak boleh juga mengiyakan. Mungkin antaranya ada yang tak bersifat begitu. Tapi amat sedikit kot aku rasa.

Wanita bahasa badan atau bahasa percakapannya senang cakap, sangat misteri. Lebih-lebih lagi dengan orang yang dia sayang.

Kalau dia kata tak nak, mungkin maksudnya nak. Atau mungkin maksud lain yang dia nak sampaikan.

Kalau dia jawab, ok tak de apa-apa. Ni pun bahaya juga. Memang confirm dalam fikiran dia lebih dari ok. Dan lelaki mesti korek lagi dalam supaya terbongkar maksud ok nya tu.

Paling perlu berjaga-jaga, bila tanya nak makan apa. Nak makan di mana. Haa yang ni lelaki kena tahu selera wanita kesayangan dia. Kalau boleh elakkan tanya nak makan apa. Terus je bagi cadangan nama makanan.

Kami wanita ni sebenarnya bukanlah tak tahu nak makan apa. Kadang tu rasa biarlah lelaki yang cadangkan. Bimbang kalau kita cadangkan tak kena selera lelaki. Kami pun mahu orang yang kami sayang makan kenyang-kenyang. Hhehe.

Dan yang lebih kena faham wanita ni ada masa kalau dia tengah gembira gelak tawa dalam sekelip mata juga boleh berubah emosi nak merajuk, menangis, tiba-tiba nak marah.

Kadang kami sendiri pun tak berapa nak faham diri sendiri, apatah lagi nak faham kaum sejenis. Complicated betul makhluk bernama wanita ni kan.

Jaga-jagalah wahai kaum lelaki. Salah langkah, salah pujuk bimbang berlarutan pula. Jadi pandai-pandailah tuntut ilmu mendalami emosi wanita.

Wednesday 11 October 2017

Berikan Kasih Sayang Pada Isteri

Tek : Anys Idayu Zakaria

Bila suami berikan kasih sayang tanpa berbelah bagi, tak pernah naik tangan, atau tak melakukan sesuatu yang menyakiti hati wanita, biar pun suami culas-culas dalam melaksanakan tanggungjawab memberi nafkah Insya Allah isteri memang akan ikhlas membantu meringankan beban pasangan.

Isteri pasti akan bertolak ansur dan sanggup berkongsi dalam urusan nafkah dan keluarga. Mereka tak pandang apa pun dah. Yang penting suami masih di sisi.

Tapi awaslah wahai suami, bila kau mula abaikan kasih sayang, curang pula belakang isteri, mula naik tangan, nafkah pun langsung tak bagi isteri yang dulu ikhlas membantu, yang konon kau kata tulang rusuk kiri kau tu, jangan harap lagi mereka mampu bertahan selamanya. 

Pandai-pandailah nak buat macam mana kalau dah tersalah langkah.

Monday 9 October 2017

Perangai Orang Perempuan

Tek : Anys Idayu Zakaria

Ini aku tak tahulah mungkin salah satu antara kelemahan orang perempuan. Kalau kata ajak makan di luar, mesti tak tahu nak makan apa dan makan di mana. Walhal dalam kepala tu macam-macam nak makan. Bila ditanya, jawabnya tetap tak tahu nak makan apa.

Kau lelaki tak usahlah nak marah-marah. Mudah je solusinya. Kau bagi cadangan nak makan apa. Bila dia kata tak nak. Secara tak langsung, mesti dia akan cakap menu apa yang sedap dimakan.

Tak pun kau cadang jelah tempat makan mana-mana. Kalau dia tak nak, dia akan cadang tempat makan yang dia suka.

Mudahkan. Tak payah nak bergaduh bagai. Perempuan ni bukanlah nak makan di luar sangat. Yang dia nak, keluar bersama kau. Orang kata keluar dating tak gitu.

Friday 25 August 2017

Wanita Kuat Bila terus Disakiti

Tek : Anys Idayu Zakaria

Haritu aku ada baca sebuah buku. Dalam buku tu ada sebut kenapa wanita ni bila suami nak berpoligami membangkang betul. Sedangkan si suami jalankan tanggungjawab sepenuhnya sebelum ni. Bukan main marah dan membantah.

Sebenarnya wanita ni sifat dia satu kalau kau nak tahu. Sifat cemburu dengan orang lain atau wanita lain. Lebih-lebih lagi orang yang paling dia sayang ada wanita lain di hati mereka.

Lagilah kalau terpaksa berkongsi kasih. Pasti ada persaingan tanpa disedari. Masa tulah syaitan mula bersorak-sorak, mengacau hati. Mulalah nak meroyan, marah tak tentu pasal bila tahu suami nak tambah cawangan.

Aku tak kata semua wanita macam tu. Ada juga yang berlapang dada, terima dengan ikhlas dan redha bila suami mahu pasang lain. Malah ada je yang boleh hidup rukun damai bersama bawah satu bumbungkan.

Tapi dalam satu situasi lain, bila suami tak bertanggungjawab, si isteri selalu dipukul, dianayai, tak bagi nafkah dan bila suruh ambil tindakan sewajarnya boleh pula kata biarlah. Nanti dulu. Tak nak panjang cerita. Tak nak ambil tindakan, sebab masih sayang.

Dan wanita ni bila dia sayang, memang akan sepenuh jiwa dan raga. Kadang dalam pemikiran wanita ni, sentiasa mahu memberi maaf. Walau kena bantai sekalipun. Masih tetap nak bagi peluang orang tersayang berubah.

Setakat hati terluka, makan hati bukan berebut kasih pada setengah wanita tak de hal sangat. Yang penting jangan berkongsi kasih. Sebab tulah walau dilakukan yang tak sepatutnya oleh si suami, masih ada wanita yang sanggup bertahan.

Cuma satu je kau kena awas wahai kaum lelaki yang bernama suami. Kau jangan buat main dengan makhluk yang bernama wanita ni. Jaga-jagalah.

Bila sampai satu tahap, hatinya terluka mereka pasti sanggup ambil keputusan nekad. Lebih sanggup berdiri sendiri tanpa lelaki hokey! Sayang dan kasih dah melayang. Pujuk rayu, drama air mata pun dah tak jalan.

Jadi sebelum sampai ke tahap tu, jagalah hati wanita yang kau sayang. Nak beli jiwa macam mana sekali pun, belilah. Jangan sampai hatinya terluka hingga sukar dirawat. Kalau berlaku, kau putih mata gigi jari pun tak de orang boleh tolong.

Sunday 30 July 2017

Wanita untuk dihargai

Tek : Anys Idayu Zakaria

Gara-gara kisah kau Aliff, aku pun terpanggil untuk menulis juga. Lama dah tak menulis panjang. Status ni bukan untuk meraih simpati. Dah baca, rasa nak hadam, untuk peringatan diri sendiri kau hadamlah. Tak suka tak payah sibuk-sibuk nak kecam. Duduk diam-diam je.

Bila orang tahu kisah aku ramai yang kata kuatnya kau hadapi semua ni. Sampaikan tak ada sesiapa pun yang tahu.

Aku sendiri pun sampai sekarang tak percaya dari mana aku dapat kekuatan tu. Hampir 10 tahun semuanya aku yang tanggung sendiri, termasuk urusan anak-anak dan nafkah. Dengan kerja, dengan belajar. Dengan bisnes. Memang aku buat bisnes sebab nak cari duit lebih. Sebab tu sekarang bila orang tahu kisah aku, mereka tak nafikan kenapa aku sangat berusaha keras mencari rezeki.

Kalau aku tak kuat sapa nak pertahankan diri dan anak-anak aku bila dimaki hamun, diugut duit. Diugut pisau dan parang kalau tak ada duit. Itu belum campur lagi dengar suara anak menangis ketakutan. Walaupun tangan jarang naik, tapi objek lain yang menjadi mangsa balingan.

Kadang-kadang aku tak faham dengan lelaki ni. Masa ada kau anggap wanita macam sampah. Suka hati sepak terajang, tak bagi nafkah, curang depan bini. Ambil dadah, dan benda-benda terlarang yang lain. siap ugut konon bini tak mampu nak hidup tanpa mereka.

Perempuan kalau dah dia semua yang tanggung dan cari duit, aku berani kerat jari boleh hidup sendiri tanpa lelaki yang jenis tak bertanggungjawab macam ni.

Macam kes si Bella ni, kita kenalah hormati keputusan dia yang nak berbaik dengan si Aliff tu. Perempuan kalau dia kata masih sayangkan rumahtangga dia, maksudnya dia masih mampu bertahan dan cuba untuk menyelamatkan keadaan walaupun hati sendiri disakiti dan dikhianati.

Tapi bila dah berkali-kali dilakukan macam tu, bila dah tak ada perasaan sayang dan kasih,benci je yang menguasai masa tulah dia baru nekad untuk ambil keputusan. Aku dulu pun macam tu lah juga. Mana-mana wanita pun akan sakit emosi dan fizikal bila dipukul dan dikhianati. Bertahan selagi mampu. Tapi bila sudah tahap luar kawalan, keputusan nekad terpaksa diambil.

Bila sudah berkorban, orang tak hargai, kita berhak untuk memilih bahagia sendiri. Aku pun manusia. Aku tak berhak untuk menilai manusia lain. Tapi aku menilai dari pengalaman hidup.  Aku belajar, lelaki amat tewas bila dah terjebak dengan wanita, dadah, kaki minum, judi, kaki pukul. Orang yang rapat dan konon mereka yang disayang-sayanglah akan jadi mangsa keadaan. 

Aku terbayang. Kalau sekali lagi aku terpaksa berdepan dengan situasi macam dulu aku rasa aku dah tak kuat untuk hadapi lagi. Aku selalu bermohon sangat semoga Tuhan sentiasa jaga aku dan anak-anak. Supaya aku tak perlu lagi hadap situasi silam.

Sekali aku ambil keputusan nekad, tak mungkin sama sekali aku sanggup berpatah semula. Dan aku nasihatkan sekali kau melangkah dari lelaki jenis macam ni, jangan toleh belakang lagi. Belajarlah dari sejarah silam kerana yang akan melalui kelak diri kita sendiri.

Kita doakanlah moga Bella terus kuat hadapi kenyataan dan hari mendatang. Semoga si Aliff ni akan insaf.

Wanita untuk dihargai, disayangi. Bukan untuk dimaki hamun, disepak terajang macam bola. Campak sana sini. #anysidayuzakaria

Friday 14 July 2017

Rekod perbelanjaan Nafkah Keluarga

Tek : Anys Idayu Zakaria

Wanita sifatnya lembut, mudah tersentuh dan mudah menghulurkan bantuan terutamanya kepada pasangan. Jadi dalam rumahtangga kalau kau ikhlas membantu pasangan terutamanya dari segi kewangan usah diungkit.

Ikhlaskan hati sepenuhnya. Itu tanda kita sayang dan rela berkongsi. Cuma aku nasihatkan bila kau seorang yang sering keluarkan wang perbelanjaan terutamanya mengurus segala nafkah keluarga wajib simpan dan tulis semua rekod.  Jika berlaku sesuatu, kita ada bukti untuk menuntut hak sebagai wanita dan isteri.

Antara yang boleh dipraktikkan ialah :

1. Rekod setiap duit keluar masuk. Perbelanjaan yang menggunakan duit sendiri, juga duit pasangan.

2. Jika kita yang menanggung semua pembayaran bil, rekod print dokumen simpan.

3. Rekod setiap kali duit yang pasangan bagi.

4. Rekod duit yang pasangan minta semula

5. Akhir bulan kira semua jumlah.

Rekod dalam buku. Simpan buku tersebut dengan baik. Itulah harta yang paling bernilai perlu dijaga.

Tak payah mengada rekod dalam phone. Buatnya telefon rosak, hang. Habis jahanam semua yang kau dah tulis. Menangis berlagu pun tak guna. Mana nak cari lagi.

Baik, kau pasti akan tanya apa pentingnya rekod bagai semua ni kan. Tulis sahaja dan simpan. Kita tak tahu bila kita akan gunakan. Aku buat cara ni sejak 2012. Hampir 4 tahun lebih aku simpan semuanya.

Aku pun sebenarnya tak da niat apa pun. Hanya sebagai simpanan sendiri sebab sendiri yang perit kena keluar semua duitkan. Rupanya rekod tersebut sebagai bukti aku gunakan untuk tuntutan fasakh di mahkamah, selain bukti lain.

Kau bayangkan kalau berlaku sesuatu dalam hidup kita, dan sebagai wanita kau sepatutnya ada hak untuk membuat tuntutan tapi tiada satu bukti pun yang menyebelahi kau makanya semua proses tuntutan jadi sia-sia.

Aku kongsi untuk kau yang rasa perlu. Kerana aku yakin di luar sana masih ramai yang buntu untuk kumpul segala bahan bukti bila nak buat sebarang tuntutan hak di mahkamah terutamanya. #anysidayuzakaria

Monday 3 July 2017

Wanita dan Bahagia

Tek : Anys Idayu Zakaria

Itulah wanita. Bila sudah masuk alam perkahwinan sanggup berkorban apa sahaja untuk suami dan keluarga.

Tapi jika selamanya dia yang menanggung kepayahan dan berkorban untuk kebahagiaan, hanya satu pihak sahaja yang berusaha. Pihak satu lagi tiada usaha, cinta dan kasih yang dipertahankan memang akan pudar.

Selembut-lembut wanita, sekali bersuara dan buat keputusan pasti akan merobek hati kaum adam. Jadi hargailah selagi masih ada. Selagi masih bersama.

Kerana kami juga berhak untuk mencari kebahagiaan.

#cintaitubahagiadanairmata #kisahhidup #wanita