Friday 25 August 2017

Wanita Kuat Bila terus Disakiti

Tek : Anys Idayu Zakaria

Haritu aku ada baca sebuah buku. Dalam buku tu ada sebut kenapa wanita ni bila suami nak berpoligami membangkang betul. Sedangkan si suami jalankan tanggungjawab sepenuhnya sebelum ni. Bukan main marah dan membantah.

Sebenarnya wanita ni sifat dia satu kalau kau nak tahu. Sifat cemburu dengan orang lain atau wanita lain. Lebih-lebih lagi orang yang paling dia sayang ada wanita lain di hati mereka.

Lagilah kalau terpaksa berkongsi kasih. Pasti ada persaingan tanpa disedari. Masa tulah syaitan mula bersorak-sorak, mengacau hati. Mulalah nak meroyan, marah tak tentu pasal bila tahu suami nak tambah cawangan.

Aku tak kata semua wanita macam tu. Ada juga yang berlapang dada, terima dengan ikhlas dan redha bila suami mahu pasang lain. Malah ada je yang boleh hidup rukun damai bersama bawah satu bumbungkan.

Tapi dalam satu situasi lain, bila suami tak bertanggungjawab, si isteri selalu dipukul, dianayai, tak bagi nafkah dan bila suruh ambil tindakan sewajarnya boleh pula kata biarlah. Nanti dulu. Tak nak panjang cerita. Tak nak ambil tindakan, sebab masih sayang.

Dan wanita ni bila dia sayang, memang akan sepenuh jiwa dan raga. Kadang dalam pemikiran wanita ni, sentiasa mahu memberi maaf. Walau kena bantai sekalipun. Masih tetap nak bagi peluang orang tersayang berubah.

Setakat hati terluka, makan hati bukan berebut kasih pada setengah wanita tak de hal sangat. Yang penting jangan berkongsi kasih. Sebab tulah walau dilakukan yang tak sepatutnya oleh si suami, masih ada wanita yang sanggup bertahan.

Cuma satu je kau kena awas wahai kaum lelaki yang bernama suami. Kau jangan buat main dengan makhluk yang bernama wanita ni. Jaga-jagalah.

Bila sampai satu tahap, hatinya terluka mereka pasti sanggup ambil keputusan nekad. Lebih sanggup berdiri sendiri tanpa lelaki hokey! Sayang dan kasih dah melayang. Pujuk rayu, drama air mata pun dah tak jalan.

Jadi sebelum sampai ke tahap tu, jagalah hati wanita yang kau sayang. Nak beli jiwa macam mana sekali pun, belilah. Jangan sampai hatinya terluka hingga sukar dirawat. Kalau berlaku, kau putih mata gigi jari pun tak de orang boleh tolong.

No comments:

Post a Comment