Showing posts with label Percintaan. Show all posts
Showing posts with label Percintaan. Show all posts

Friday 1 February 2019

Setahun Perkenalan, Inilah Kisah Ku Inginkan

Tek : Anys Idayu Zakaria


"1 Februari awak pergi mana. Ada ambil cuti?' 

"Kerjalah, cuti nak pergi mana. Bukan ada apa-apa program pun. Kenapa?"

"Saya nak pergi Johor 1 Feb tu."

"Owh, ada apa-apa program kat sini ke. Ada kursus?" aku tanya dalam kemusykilan sebenarnya.

"Owhh tak la. Memang nak pergi sana jumpa awak. Saya ambil cuti. Jangan ambil cuti atau pergi mana-mana. Saya datang sana nak jumpa awak. Ambil half day je."

"Eh, eh beriya je ni. Tak payah susah-susah datang sini jumpa saya."

Kenangan Februari menjelma...

Katanya, kalau saya tak berani, belum tentu saya dapat awak sekarang. 1 Februari genap setahun perkenalan kami. Hari pertama kami bertemu, di Pizza Hut Angsana setelah hampir lebih sebulan dia mengusha aku. Hari pertama juga dia bertemu abah. Dengan beraninya dia menjawab pertanyaan abah, "sebab bersungguh nak kan anak pakcik, saya sanggup datang dari jauh."

Terima kasih Tuhan untuk hadiah pertemuaan ini. Terima kasih kerana menemukan seseorang yang kini telah pun menjadi kekasih dunia akhirat. Terima kasih sayang kerana sudi jadi peneman hidup, kawan, kekasih, suami.

Erm patutlaa awak duk pratis lagu ni je beberapa hari ni kan. Sesuai dengan kita rupanya eheheheh. 

Kisah Ku Inginkan (Feat. Judika)
Telahku tentukan arah
Yang akan ku tempuh disisa hidupku
Kerana telahku temukan

Kisah yang Ku Inginkan
Dan ku impikan
Sudahku tambatkan hati
yang selama ini berlayar tak pasti
Kini telahku temui
Kasih yang aku cari
Cinta yang pasti
Berakhir sudah pencarian jalan cinta
Berlabuh di ikatan suci kita
Berhenti sudah keresahan dalam jiwa
Kini Aku dan kamu
Tak terbatas oleh waktu
Tak terlarang tuk menyatu
Kerna kau rasmi milikku
Kita akan menjaga
Janji suci yang telah terikrar
Dan saling setia selamanya
Berakhir sudah pencarian jalan cinta
Berlabuh di ikatan suci kita
Berhenti sudah keresahan dalam jiwa
Kini Aku dan kamu
Tak terbatas oleh waktu
Tak terlarang tuk menyatu
Kerna kau rasmi milikku
Kita akan menjaga
Janji suci yang telah terikrar
Dan saling setia selamanya
Aku dan kamu
Tak terbatas oleh waktu
Tak terlarang tuk menyatu
Kerna aku dan dirimu
Dalam ikatan janji suci yang telah terikrar
Dan saling setia selamanya
Tetap harus bersama
Meski ragam mendua
Di dalam cinta
Selamanya
Setelah setahun perkenalan, inilah kisah yang aku dan kau inginkan. Semoga hubungan kita sentiasa dirahmati. Semoga kita berdua kuat untuk menepis dugaan dan cabaran yang datang.

Tuesday 18 September 2018

Cikgu Cinta

Tek : Anys Idayu Zakaria

Kadang kala aku terasa seperti cikgu cinta pulak. Sejak kebelakangan ni bila ramai rakan yang tahu status aku yang bakal berkahwin, tiba-tiba ramai pula yang datang berkongsi cerita.

Aku cuba bantu pinjamkan telinga dan bahu tempat mereka berkongsi. Ada ketika aku bagi semangat supaya mereka tak terus jatuh kerana cinta atau sikap sesetengah pasangan mereka. Orang kata bagi semangat untuk terus move on.

Sebenarnya bila dengar cerita-cerita mereka ini, dalam masa sama sebagai peringatan untuk diri aku sendiri. Supaya lebih menjaga hubungan dengan pasangan. Lebih bertolak ansur. Lebih berterus terang jika ada sesuatu masalah atau persoalan.

Friday 14 September 2018

Jangan Sesekali Berhenti Bercinta

Tek : Anys Idayu Zakaria

Dok scroll FB aku terbaca satu posting dari King Of Bawang Republic Jaapar Qhuntom, "setiap pasangan kalau boleh satu atau dua kali dalam sebulan keluar dating berdua dan pergi keluar jalan-jalan atau pergi menonton wayang. Jangan sekali-kali berhenti bercinta."

Sambil  membaca komen-komen pada posting King aku teringat soalan lebih kurang macam ni aku pernah tanya pada bakal pasangan aku. Lepas kita kahwin ni macam mana cara untuk kita berdating berdua tanpa bawa anak. Almaklum kami ada 4 orang anak dah nanti ni.

So jawapan si dia, kita berdating hari biasa. Dua minggu sekali. Atau sebulan sekali. Hari biasa tu hari kerja. Maksudnya kita ambil separuh hari atau cuti. Sebulan cuti sekali tak kan tak boleh cuti kan.

Jawapan yang memuaskan hati aku. Kalau dulu aku sayang nak cuti, so lepas kahwin nanti ofcos la kena cuti untuk pupuk kasih sayangkan. So korang yang dah lama tak berdating tu boleh la cuba apply.

Monday 27 August 2018

Surprise

Tek : Anys Idayu Zakaria


 Yesss berjaya buat dia terkejut. Betul-betul surprise katanya. Bukan main lama aku dok menunggu nak tiba hari Isnin. Tak sabar nak tunggu reaksi si dia bila dapat surprise ni. Minggu lepas dia dah berjaya buat aku tersenyum, so harini aku pulak nak buat dia happy.

Aku dah plan dari sebelum dia datang haritu lagi. Mujur plan yang tu tak menjadi. Nampaknya plan harini yang betul-betul menjadi.



Bukan dia je tersenyum memanjang harini. Nampaknya aku pun memang tersenyum juga. Terima kasih Tuhan untuk anugerah ini. Kerana masih bagi kami peluang untuk merasai perasaan kasih sayang dan saling menyintai. Moga kami terus saling menyayangi selamanya. Moga cinta kami sentiasa mekar mewangi. Aamin.

Tuesday 14 August 2018

Merisik & Bertunang

Tek : Anys Idayu Zakaria 

Inilah yang diharapkan oleh semua wanita dalam setiap perhubungan. Teman lelaki bawa family datang ke rumah, merisik dan meneruskan proses seterusnya untuk menghalalkan hubungan percintaan antara dua jiwa. 

Alhamdulillah selesai sudah pertemuan keluarga aku dan si dia hujung minggu lepas. Tak kiralah ni merisik ke bertunang ke yang penting kata si dia langkah untuk menghalalkan hubungan kami. Alhamdulillah syukur tak terhingga, terima kasih sangat-sangat kepada family si dia kerana sudi terima aku dan anak-anak dalam keluarga mereka. 

3 months too go Insya Allah. Moga Allah permudahkan semua urusan terutamanya yang paling aku risau sekali dokumen untuk pernikahan. Inilah yang aku asyik fikir-fikir setiap hari. Kalau masing-masing dekat dan sama negeri tak pe. Boleh la buat bersama. Tapi ni seorang di Klang, seorang di Jb. Harapnya bila selesai part dia, mudah jugalah part aku nanti. 






Tuesday 31 July 2018

Tip nak uji Lelaki pemarah atau tak?

Tek : Anys Idayu Zakaria

Masa mula-mula kenal si dia, adik aku ada  bagi tip macam mana nak uji lelaki tu pemarah atau tak. 

Caranya, cuba telefon waktu dia tengah tidur. Atau kejutkan bangun tidur. Kalau dia jawab dengan nada nak marah. Maksudnya lelaki tu pemarah.

Yang aku ni lurus bendul juga. Lupa tanya dari mana tip tu dia dapat. Dalam fikiran aku aduhh susahnya nak buat tip ni. Manalah taknya. Perkenalan kami bermula atas urusan kerja. Kami berurusan melalui email dan juga whatsapp. Hanya kerana satu status yang aku update di WA, yang menjawab status diri aku, dia mula cuba untuk rapat.

Aku kira masa pertemuan pertama tu Tuhan dah permudahkan jalannya. Yang kami rancang hanya untuk bertemu dan berkenalan sahaja dulu. Tapi Tuhan buka jalan secara tak langsung dia dah boleh terus berjumpa dengan abah aku. Nampak macam abah dah suka dengan dia. Jadi dengan nekadnya aku kenalah cuba tip yang adik aku bagi tu.

Selang beberapa hari lepas pertemuan pertama tu. Aku ada telefon dia ketika dia sedang tidur. Kononnya nak kejut  bangunlah kan. Acah-acah nak sweet gitu. Padahal dalam hati berdebar ni, sebab nak uji ikut tip tu.

Next calling aku ada bagitau dia,  "fuh! Selamat masa saya call pagi tadi awak angkat telefon tak de la dengan nada marah atau nada macam malas-malas nak layan, tidur kena kacaukan."

"Eh, kenapa pulak nak angkat telefon macam tu. Kan kekasih hati call. Walaupun penat. Mestilah kena layan dengan baik."

Aku yang di hujung talian ni dah tersenyum lebar. Misi yang aku rancang berjaya. Urut dada lega aku. Hahah memang tak sampai beberapa hari lepas bagi tip tu, adik aku dah sibuk tanya apa reaksi si dia. Dah uji ke belum.

Jawapan aku yang melegakan tu dibalas semula, ok lepas nak jadi abang ipar. Kita tunggu next interbiew daripada 2 adik lelaki lain.

Sunday 15 July 2018

Percintaan Jarak Jauh

Tek : Anys Idayu Zakaria

JB-Klang. Macam mana jauhnya jarak yang memisahkan begitulah kuatnya hati untuk menempuhnya.

Aku kagum dengan mereka yang berkahwin kemudian duduk berasingan. Perkahwinan jarak jauh. Tabah dan kuatnya hati mereka menempuh dugaan hidup berjauhan dengan pasangan.

Sedangkan aku yang menempuh alam percintaan jarak jauh ni pun rasa tak kuat. Sentiasa rasa nak dekat je.

Bila masing-masing nak balik mulalah berlinang je air mata. Aku yang over menangis tersedu-sedu.

Semoga Tuhan permudahkan urusan kami berdua untuk hidup bersama dan dekat sentiasa.

Friday 4 May 2018

Filem Avengers Infinity War

Tek : Anys Idayu Zakaria

Haritu aku dengar dalam radio Filem Avengers Infinity War mencatat kutipan pecah panggung minggu pertama ditayang.

Hari pertama keluar aku dah pergi tengok. Tapi yang betul-betul buat spoil aku boleh tidur sepanjang filem ditayangkan. Boleh bayang tak. Macam mana bising gelak ketawa orang ramai, syiok je aku layan mata mengantuk.

Bila tahu filem tu catat kutipan giler-giler punya rekod, baru rasa nyesal tak tengok. Nak ulang tengok semula aku takut tertidur lagi.  Nilah akibat tak suka tengok filem omputih tapi teman orang lain tengok. Mujur dia tak kata rugi tiket beli untuk awak tau. Hahha.

Tapi, esok harinya aku balas semula tengok Dukun. Kononnya nak tengok cerita seramkan. Padahal tak de seram mana pun. Filem melayukan, so aku boleh la layan sampai habis walau tak best mana pun.

Eh eh, dia boleh balas pulak. Kita layan filem dia yang tidur. Jealous kot kita dah tidur masa tengok Infinity tu. Hhehhe.

Thanks awak sempat curi-curi masa berdating walaupun datang untuk berkursus last week. Minggu yang dapat mengubat kerinduan.

Terima Kasih Tuhan

Bila Allah gerakkan dua hati untuk bertemu dalam satu keadaan yang tak diduga, pasti Allah mahu berikan sesuatu keindahan dan kemanisan.

Dan sememangnya sesuatu yang tak disangka. Kita punya titik persamaan dan citarasa yang sama. Disebabkan kita berkongsi hobi yang sama, maka setiap pertemuan kita pasti ada persinggahan di mana-mana Kedai buku.

Awak juga pembaca setia blog saya. Setia memberi komen itu ini. Setia menanti setiap catatan baru. Sentiasa memberi semangat ketika saya sedih, awak sentiasa dapat membaca emosi saya, walaupun luahan melalui penulisan.

Terima kasih Allah untuk nikmat ini. Semoga kebahagiaan milik kita bersama.

#aiz&Te #4months #doakantilljannah

Wednesday 4 April 2018

Terima kasih Sayang!

Tek : Anys Idayu Zakaria

Bila tiba hari dia nak datang Jb, aku mula fikir lokasi strategik untuk berdating. Mudah nak create moments indah untuk diabadikan nanti.

So kedatangan dia kali ni aku dah bagitau awal-awal nak pergi melawat JPO (Johor Premium Outlet). Memang kebetulan dia datang naik flight, so memudahkan pergerakan kami untuk terus ke JPO. Kalau dari Lapangan Terbang Senai memang dekat sangat dah. Lebih kurang 15minit je.

Sepaginya kami sampai JPO. Pekerja baru nak sampai, kami dah sampai dulu. Hahha. Bukan apa, memandangkan aku baca web lain kata kena sampai awal takut sesak parking. Tambah pula banyak lagi destinasi lain nak tuju.





Hajat sebenarnya cuma nak cuci mata, tengok JPO je. Nak beli memang tak la kan. Dan aktiviti yang paling utama menselfiekan diri. Bukan senang nak datang lagi kan. So sambil tawaf JPO sempatlah kami berposing. Tak banyak gambar pemandangan kat sana aku ambil. Yang banyaknya gambar kami selfie je.



Habis melawat JPO,  kami terus ke Angsana dengan tujuan nak ke Pesta Novel JB. Sampai sana dapat aku sambar 3 buah novel. Nasib baik 3 novel tu je yang kenyit mata. Kalau tidak mahu kopak juga. Tengok bukan main banyak lagi novel yang menarik. Tawaran pulak beli 5 percuma 1. Mahu tak juling biji mata. Terima kasih awak sudi melayan saya. Nasib baik sekejap je spend masa kat situ, ikut hati hahahha. 


Aktiviti wajib bila dia datang, pastinya tengok movie. So kali ni dia kena layan aku tengok movie KL Special Force. Next dating saya teman awak pulak tau hehhe.




Destinasi lain, Danga Bay dan Tesco Plentong. Yang ni sambil melayan anak-anak bermain sempat jugalah kami berdating.

Terima kasih awak yang jauh di mata, dekat di hati sanggup datang ke JB semata untuk spend masa dengan saya.  Kepulangan awak ke sana kali ni memang amat mensayukan hati. Rasa berat nak lepas awak pergi.


Untuk awak yang jauh di mata, please jaga diri baik-baik. Saya sentiasa merindui awak. Rindu moment kita setiap masa. Oh Tuhan, jagalah hati dia untuk aku. Semoga hati kami sentiasa dekat, dan jalan percintaan yang kami lalui dipermudahkan.

Wednesday 7 March 2018

Percintaan Jarak Jauh

Tek : Anys Idayu Zakaria

Jarak bukan masalah dalam menjalin ikatan. Kerana dari situ kita diuji untuk lebih setia serta memberi komitmen sepenuhnya atau tidak dalam hubungan.

Apa yang penting pada aku, kami sentiasa mempercayai antara satu sama lain. Jangan suka nak merajuk-rajuk tak tentu pasal. Biasa merajuk ni la boleh bawa pada pergaduhan yang besar. Konon nak merajuk manja. Takut tersilap sikit, isu lain pula yang timbul. Dan kesudahan akan bawa pada pergaduhan yang berpanjangan.

Manisnya percintaan jarak jauh ni, walaupun memang setiap hari merindui, tapi bila jumpa sebulan sekali memang happy sangat la. Perasaan teruja tu lain macam. Macam first date. Berdebar-debar sentiasa tau. Hebatnya menanggung rindu tu Tuhan je yang tahu.

Walau orang kata banyak ujian dalam percintaan jarak jauh ni, pada aku yang penting sekali kepercayaan dan komunikasi. Kalau dah tahu berjauhan, jangan jadikan alasan untuk berkomunikasi setiap hari. Penting untuk membina hubungan lebih erat. Bila tak ada komunikasi, takut-takut nanti jarak pula yang disalahkan.

Zaman teknologi kot. Apa guna pakai telefon canggih kalau simpan je dalam poket dan handbeg. Inilah cara untuk memudahkan pasangan bercinta berhubung. Bukannya jadikan jarak sebagai alasan untuk melakukan sesuatu yang tidak baik belakang pasangan.

Kalau rasa sayang sangat nak guna telefon canggih buat call kekasih hati, baik beli je telefon 3310. Internet tak ada. Apps Whatsapp, ig, tak de. Video call pun tak boleh, so tak sakit hati sendiri kan. Hehhe.

Kalau diberi pilihan, aku lebih sanggup tempuhi percintaan jarak jauh berbanding perkahwinan jarak jauh. Bercinta dan berjauhan ni masih boleh handle lagi selagi belum sah dalam ikatan perkahwinan.

Bila dah berkahwin, cubalah sedaya upaya untuk duduk bersama. Kerana yang penting dalam hubungan jarak jauh bukanlah hubungan yang kekal selamanya berjauhan. Perlu ada tempoh masa yang diambil supaya dapat bersama lebih dekat, selepas berjauhan. 

Apa yang penting saling mempercayai, bertolak ansur, jangan mudah percaya cerita dan gosip yang tersebar. Komunikasi paling penting. Kesetiaan dan kejujuran.

Jarak tak pernah menjadi masalah untuk aku. Kerana akhirnya, dia milik aku. Itulah yang lebih penting. Doakan semoga hubungan aku dan dia sentiasa dipermudahkan Tuhan untuk kami bersama satu hari nanti.

*******************************

Nota cinta untuk awak. Terima kasih kerana sudi datang dinner 4 Mac haritu. Walau sekejap. Walau awak tahu, masa saya amat suntuk untuk berlama-lama, tapi awak sanggup datang ke sini semata-mata untuk saya.

Walau berat untuk melepaskan awak balik semula ke sana, tapi saya relakan jua. Kerana saya tahu Tuhan sentiasa jaga hati awak untuk saya.

Saya doakan semoga sentiasa ada next date. Rindu nak spend masa bersama lagi.