Tuesday 31 July 2018

Tip nak uji Lelaki pemarah atau tak?

Tek : Anys Idayu Zakaria

Masa mula-mula kenal si dia, adik aku ada  bagi tip macam mana nak uji lelaki tu pemarah atau tak. 

Caranya, cuba telefon waktu dia tengah tidur. Atau kejutkan bangun tidur. Kalau dia jawab dengan nada nak marah. Maksudnya lelaki tu pemarah.

Yang aku ni lurus bendul juga. Lupa tanya dari mana tip tu dia dapat. Dalam fikiran aku aduhh susahnya nak buat tip ni. Manalah taknya. Perkenalan kami bermula atas urusan kerja. Kami berurusan melalui email dan juga whatsapp. Hanya kerana satu status yang aku update di WA, yang menjawab status diri aku, dia mula cuba untuk rapat.

Aku kira masa pertemuan pertama tu Tuhan dah permudahkan jalannya. Yang kami rancang hanya untuk bertemu dan berkenalan sahaja dulu. Tapi Tuhan buka jalan secara tak langsung dia dah boleh terus berjumpa dengan abah aku. Nampak macam abah dah suka dengan dia. Jadi dengan nekadnya aku kenalah cuba tip yang adik aku bagi tu.

Selang beberapa hari lepas pertemuan pertama tu. Aku ada telefon dia ketika dia sedang tidur. Kononnya nak kejut  bangunlah kan. Acah-acah nak sweet gitu. Padahal dalam hati berdebar ni, sebab nak uji ikut tip tu.

Next calling aku ada bagitau dia,  "fuh! Selamat masa saya call pagi tadi awak angkat telefon tak de la dengan nada marah atau nada macam malas-malas nak layan, tidur kena kacaukan."

"Eh, kenapa pulak nak angkat telefon macam tu. Kan kekasih hati call. Walaupun penat. Mestilah kena layan dengan baik."

Aku yang di hujung talian ni dah tersenyum lebar. Misi yang aku rancang berjaya. Urut dada lega aku. Hahah memang tak sampai beberapa hari lepas bagi tip tu, adik aku dah sibuk tanya apa reaksi si dia. Dah uji ke belum.

Jawapan aku yang melegakan tu dibalas semula, ok lepas nak jadi abang ipar. Kita tunggu next interbiew daripada 2 adik lelaki lain.

No comments:

Post a Comment