Showing posts with label Cinta Itu Bahagia Dan Airmata. Show all posts
Showing posts with label Cinta Itu Bahagia Dan Airmata. Show all posts

Sunday 10 December 2017

Tertangkap

Tek : Anys Idayu Zakaria

“Cepat, ikut kami ke balai.  Cerita di sana sahaja.”

“Ini rumah saya. Saya tak buat apa-apa pun. Saya jumpa kawan je. Nak balik rumah dah”.

“Kau ingat kami tak nampak kau campak barang dalam longkang tadi. Dah ikut kami.”

Sayup-sayup aku dengar seperti suara keras polis sedang bertelingkah dengan seseorang.  Hati aku sudah berdebar-debar. Dalam fikiran aku sudah terbayang dia yang belum balik ke rumah lagi. Padahal jam sudah menunjukkan lewat pagi. Aku cuba untuk tidur semula. Malas mahu fikir apa yang berlaku di luar.

Tak sampai sejam berlalu, telefon aku bordering.

“Yang, amik abang di balai sekarang. Tolong.”

“Laa, kenapa pulak ni?” aku bertanya.

“Datang je dulu. Nak balik tak boleh ni. Nanti saya cerita”, ujar dia memaksa aku bergegas keluar rumah.

Aku tinggalkan kakak yang sedang nyenyak tidur di bilik.  Perlahan-lahan aku keluar rumah.  Bimbang kakak terjaga.  Kalau terjaga pasti kakak akan menangis mencari aku.  Mujur dari rumah aku ke balai lebih kurang 10 minit sahaja.

Dia dapat keluar dan tak ditahan kerana atas pertolongan kawannya yang lain. Sampai di rumah, aku membebel tak berhenti.  Dia juga sempat berpesan pada aku supaya merahsiakan hal tersebut dari pengetahuan Mak.

Aku malas mahu fikirkan hal tersebut. Jadi aku ambil sikap mudah. Lupakan sahaja perkara itu. Sejak malam itu, aku ingat dia sudah memperlahankan langkahnya. 

Rupanya, makin kerap keluar malam.  Sibuknya mengalahkan Perdana Menteri pula.  Dan sejak itu bermulalah episod dia tertangkap dan ditahan beberapa kali.

*****************

Macam nak sambung lagi. Ada yang nak baca ke kalau cerita ni aku tulis lagi.

Monday 3 July 2017

Wanita dan Bahagia

Tek : Anys Idayu Zakaria

Itulah wanita. Bila sudah masuk alam perkahwinan sanggup berkorban apa sahaja untuk suami dan keluarga.

Tapi jika selamanya dia yang menanggung kepayahan dan berkorban untuk kebahagiaan, hanya satu pihak sahaja yang berusaha. Pihak satu lagi tiada usaha, cinta dan kasih yang dipertahankan memang akan pudar.

Selembut-lembut wanita, sekali bersuara dan buat keputusan pasti akan merobek hati kaum adam. Jadi hargailah selagi masih ada. Selagi masih bersama.

Kerana kami juga berhak untuk mencari kebahagiaan.

#cintaitubahagiadanairmata #kisahhidup #wanita

Tuesday 25 April 2017

Duit Syiling

Tek : Anys Idayu Zakaria

“Tukar duit di kaunter tu cepat. Anak-anak nak naik kereta bergerak ini”.

“Ramai sangat orang di sana, kena beratur pula. Marah nanti orang kita menyelit je. Tak pe. Kita pergi  tempat lain”.

“Pergi aja la. Cakap nak tukar”. Tak mahu bergaduh si isteri menurut perintah suami.

Di kaunter, “Cik saya nak tukar duit syiling. Nak naik kereta tu. Nanti-nanti orang ramai ini. Duit syiling tak cukup.  Nak guna. Pergilah kaunter sebelah”.  Si isteri sudah serba salah mahu terus beratur di kaunter sebelah, atau mahu ajak suami ke tempat lain. Dari jauh sudah nampak jelingan tajam itu.

“Hoiii, cepat la sikit. Kau buat apa tercegat aje situ. Kau minta je la tukar. Susahnya, lembap”

.
Zapppp terus tersentap dari khayalan.  Walhal si isteri bukanlah berangan pun.  Dia sedang mencari jalan bagaimana mahu tukar duit syiling tersebut. Dada sudah berdebar. Pasti selepas ni ada amukan dari dia.

“Dik, sini. Nak pakcik ada duit syiling ini. Ambillah.  Kesian kena marah”, merah padam muka isteri menahan malu.  Setelah ucap terima kasih  berlalu pergi ke arah suami. Tak menoleh kiri kanan.

.
Inikah yang dikatakan cinta itu kebahagiaan. Cinta itu lahir dengan perasaan sayang-menyayangi bukan dengan herdikan dan kemarahan. #cintaitubahagiadanairmata

Monday 17 April 2017