Tuesday 25 April 2017

Duit Syiling

Tek : Anys Idayu Zakaria

“Tukar duit di kaunter tu cepat. Anak-anak nak naik kereta bergerak ini”.

“Ramai sangat orang di sana, kena beratur pula. Marah nanti orang kita menyelit je. Tak pe. Kita pergi  tempat lain”.

“Pergi aja la. Cakap nak tukar”. Tak mahu bergaduh si isteri menurut perintah suami.

Di kaunter, “Cik saya nak tukar duit syiling. Nak naik kereta tu. Nanti-nanti orang ramai ini. Duit syiling tak cukup.  Nak guna. Pergilah kaunter sebelah”.  Si isteri sudah serba salah mahu terus beratur di kaunter sebelah, atau mahu ajak suami ke tempat lain. Dari jauh sudah nampak jelingan tajam itu.

“Hoiii, cepat la sikit. Kau buat apa tercegat aje situ. Kau minta je la tukar. Susahnya, lembap”

.
Zapppp terus tersentap dari khayalan.  Walhal si isteri bukanlah berangan pun.  Dia sedang mencari jalan bagaimana mahu tukar duit syiling tersebut. Dada sudah berdebar. Pasti selepas ni ada amukan dari dia.

“Dik, sini. Nak pakcik ada duit syiling ini. Ambillah.  Kesian kena marah”, merah padam muka isteri menahan malu.  Setelah ucap terima kasih  berlalu pergi ke arah suami. Tak menoleh kiri kanan.

.
Inikah yang dikatakan cinta itu kebahagiaan. Cinta itu lahir dengan perasaan sayang-menyayangi bukan dengan herdikan dan kemarahan. #cintaitubahagiadanairmata

No comments:

Post a Comment