Showing posts with label Perhubungan. Show all posts
Showing posts with label Perhubungan. Show all posts

Friday 1 February 2019

Setahun Perkenalan, Inilah Kisah Ku Inginkan

Tek : Anys Idayu Zakaria


"1 Februari awak pergi mana. Ada ambil cuti?' 

"Kerjalah, cuti nak pergi mana. Bukan ada apa-apa program pun. Kenapa?"

"Saya nak pergi Johor 1 Feb tu."

"Owh, ada apa-apa program kat sini ke. Ada kursus?" aku tanya dalam kemusykilan sebenarnya.

"Owhh tak la. Memang nak pergi sana jumpa awak. Saya ambil cuti. Jangan ambil cuti atau pergi mana-mana. Saya datang sana nak jumpa awak. Ambil half day je."

"Eh, eh beriya je ni. Tak payah susah-susah datang sini jumpa saya."

Kenangan Februari menjelma...

Katanya, kalau saya tak berani, belum tentu saya dapat awak sekarang. 1 Februari genap setahun perkenalan kami. Hari pertama kami bertemu, di Pizza Hut Angsana setelah hampir lebih sebulan dia mengusha aku. Hari pertama juga dia bertemu abah. Dengan beraninya dia menjawab pertanyaan abah, "sebab bersungguh nak kan anak pakcik, saya sanggup datang dari jauh."

Terima kasih Tuhan untuk hadiah pertemuaan ini. Terima kasih kerana menemukan seseorang yang kini telah pun menjadi kekasih dunia akhirat. Terima kasih sayang kerana sudi jadi peneman hidup, kawan, kekasih, suami.

Erm patutlaa awak duk pratis lagu ni je beberapa hari ni kan. Sesuai dengan kita rupanya eheheheh. 

Kisah Ku Inginkan (Feat. Judika)
Telahku tentukan arah
Yang akan ku tempuh disisa hidupku
Kerana telahku temukan

Kisah yang Ku Inginkan
Dan ku impikan
Sudahku tambatkan hati
yang selama ini berlayar tak pasti
Kini telahku temui
Kasih yang aku cari
Cinta yang pasti
Berakhir sudah pencarian jalan cinta
Berlabuh di ikatan suci kita
Berhenti sudah keresahan dalam jiwa
Kini Aku dan kamu
Tak terbatas oleh waktu
Tak terlarang tuk menyatu
Kerna kau rasmi milikku
Kita akan menjaga
Janji suci yang telah terikrar
Dan saling setia selamanya
Berakhir sudah pencarian jalan cinta
Berlabuh di ikatan suci kita
Berhenti sudah keresahan dalam jiwa
Kini Aku dan kamu
Tak terbatas oleh waktu
Tak terlarang tuk menyatu
Kerna kau rasmi milikku
Kita akan menjaga
Janji suci yang telah terikrar
Dan saling setia selamanya
Aku dan kamu
Tak terbatas oleh waktu
Tak terlarang tuk menyatu
Kerna aku dan dirimu
Dalam ikatan janji suci yang telah terikrar
Dan saling setia selamanya
Tetap harus bersama
Meski ragam mendua
Di dalam cinta
Selamanya
Setelah setahun perkenalan, inilah kisah yang aku dan kau inginkan. Semoga hubungan kita sentiasa dirahmati. Semoga kita berdua kuat untuk menepis dugaan dan cabaran yang datang.

Tuesday 18 September 2018

Cikgu Cinta

Tek : Anys Idayu Zakaria

Kadang kala aku terasa seperti cikgu cinta pulak. Sejak kebelakangan ni bila ramai rakan yang tahu status aku yang bakal berkahwin, tiba-tiba ramai pula yang datang berkongsi cerita.

Aku cuba bantu pinjamkan telinga dan bahu tempat mereka berkongsi. Ada ketika aku bagi semangat supaya mereka tak terus jatuh kerana cinta atau sikap sesetengah pasangan mereka. Orang kata bagi semangat untuk terus move on.

Sebenarnya bila dengar cerita-cerita mereka ini, dalam masa sama sebagai peringatan untuk diri aku sendiri. Supaya lebih menjaga hubungan dengan pasangan. Lebih bertolak ansur. Lebih berterus terang jika ada sesuatu masalah atau persoalan.

Friday 31 August 2018

Hati Kena kuat Tempuh Ujian Dalam Hubungan

Tek : Anys Idayu Zakaria

Aku bukan sesiapa. Ketika dalam kesedihan dulu, aku tak pernah kongsi dan tunjuk sedih. Bila dah merdeka bak kata orang, aku kongsi apa yang aku alami. Walau bukan semua cukup sedikit sebagai ingatan untuk yang lain.

Ketika melalui fasa-fasa sendiri memang ada yang touch & go hati aku. Pernah juga aku berkawan dengan suami orang. Pernah juga Tuhan hadirkan seseorang yang lebih kurang sama seperti kisah silam aku.

Tapi hati aku sendiri yang kena kuat. Kena tahu apa matlamat dalam menjalin hubungan. Selagi belum ketemu seseorang yang kita impikan seperti dalam doa yang kita minta setiap hari teruslah berdoa walau kita sedang menjalin hubungan dengan seseorang.

Dan pastinya Tuhan jawab doa kita. Pasti Tuhan hadirkan seseorang itu. Dan jika pun belum hadir. Teruslah berusaha, berdoa. Berkawanlah dengan semua orang. Mungkin jodoh kita orang yang hampir dengan kita. Mungkin juga jauh.

Yang penting hati perlu kuat dan sado. Kuat menempuh ujian dalam hubungan. Kuat untuk move on jika rasa tak sesuai.