Showing posts with label Percerian Kerana Orang Ketiga. Show all posts
Showing posts with label Percerian Kerana Orang Ketiga. Show all posts

Saturday 1 July 2017

Orang Ketiga Peruntuh Rumah tangga

Tek : Anys Idayu Zakaria

"Orang ketiga peruntuh rumahtangga  orang lain boleh dipenjara 2 tahun”. Orang ketiga yang dimaksudkan tidak kiralah wanita atau lelaki lain, termasuk adik beradik ipar, biras, keluarga mertua ataupun keluarga sendiri.

Yang ini untuk kalian yang masih belum tahu, orang ketiga yang mengganggu pasangan suami isteri sehingga bercerai boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana ia merupakan satu kesalahan jenayah syariah.

Kalian boleh follow FB saya untuk lihat keratan Harian Metro Khamis 29 Jun 2017, yang ada berkongsi tentang artikel ini.

Yang penting kau simpan siap-siap bukti seperti gambar, SMS, whatspp untuk diserahkan pada pihak yang bertanggungjawab. Selagi kita masih ada ikatan yang sah, kita wajib mempertahankannya.

Sebab tu bila pasangan dah mula tunjuk belang dan lain macam sikit, kau siap sediakan semua bukti. Tak kesahlah bukti yang macam mana. Bukti kau keluar semua duit belanja rumah, tanggung nafkah keluarga, bukti perbualan dan lain-lain. Simpan kerana bukti ini tersangat penting untuk kita wanita mempertahankan hak kita satu masa nanti.