Showing posts with label Covid 19. Show all posts
Showing posts with label Covid 19. Show all posts

Wednesday 10 June 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Maka harini bermulalah episod Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Kita sambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. 

Moga kita semua patuhi SOP yang ditetapkan. Jangan sekali leka dan bergembira hingga lupa apa yang dah kita amalkan sebelum ini. 

Antara norma baru yang perlu kita teruskan dengan memakai penutup muka, kerap membasuh tangan, jangan bersesak-sesak di tempat ramai, dan yang penting jaga jarak. 

Perlu ada rasa was-was dan ragu-ragu dengan semua orang. 

Anak-anak terutamanya, ajar dan didik mereka patuhi SOP. Maklumlah mereka antara yang paling lama sekali duduk di rumah. Terperap lebih kurang hampir 3 bulan lebih kan. 

Baru hari ini ada kelonggaran untuk mereka keluar dan ikut ke mana sahaja ibu ayah pergi. 

Semuanya di tangan kita. Kerajaan serahkan pada kita semua untuk menjaga dan melindungi diri, keluarga sendiri. 

Kita jaga kita. Insya Allah pasti semuanya baik-baik dan kita juga dapat jalani PKPP dengan tenang. 

Korang pun dah sesak-sesak atas highway ke tu? Semoga semuanya selamat sampai ke destinasi yang dituju. 

Gerak dulu laa yer. Aku kena standby kat rumah je. Ni pun duk ulang alik balik kerja. Kalau rajin terlebih husband bawa jalan-jalan Alamanda atau IOI City Mall. Katanya nak bagi mudah bersalin. Hahaha. 

.
Anys Idayu Zakaria

Tuesday 14 April 2020

PKP FASA TIGA (15-28 APRIL 2020)

"Mama, kita dah raya ke? Mama masak rendang, nasi impit dengan pulut ni macam raya je..." 

"Dah macam hari raya la pulak sayang..."

Senang je aku jawab soalan husband dan Raisha tu, "Sambut raya sempena PKP Fasa 2 habis hari ni.” 😌😌 Steady tak hehhe. 

Esok kita sambung PKP Fasa 3 pula. Harap semuanya tenang-tenang. Mak-mak masih boleh fikir dengan cergas menu masak setiap hari. Anak-anak masih ada aktiviti yang boleh mereka isi sepanjang cuti. Bapa-bapa masih waras dan diam-diam di rumah, tonton movie, workout, baca buku, main game ke... 

Gitu. Janji semuanya dilakukan di rumah. 

Kita belum menang, tapi Insya Allah kita pasti akan menang. Boleh boleh 💪💪💪

Monday 23 March 2020

Ketua Keluarga Keluar Beli Keperluan

Ketika sibuk berbicara hanya ketua keluarga sahaja keluar rumah untuk beli keperluan, tiba-tiba aku ternampak satu lukisan kononnya suami orang keluar rumah bertemu janda /ibu tunggal di pasaraya dan cinta pun berputik. 

Dan satu lagi ss aku terbaca disebabkan ketua keluarga je boleh keluar, maka si jiran pun sibuk nak pinjam suami jirannya, mungkin sebab si jiran tadi tak bersuami. 

Perasan atau tak, kedua lawak tu sebenarnya melibatkan aib dan menjatuhkan maruah orang lain. 

Apa korang ingat janda ni kerjanya tau cari laki orang je ke. Korang ingat selama ni dorang beli barang keperluan harap pada orang lain ke. 

Semuanya mereka buat sendiri. Mereka lebih expert daripada kaum lelaki. 

Kita duduk diam-diam di rumah, berlawak di media sosial, posting itu ini tapi telitilah apa yang kita share. Jangan sampai menyebabkan hati orang lain terasa. Jangan sampai maruah orang lain dijaja. 

Seperti mana kita mahu orang lain hormat kita, maka kita juga perlu hormat peribadi orang lain. 

Peace! 

Saturday 21 March 2020

Bersyukur Dengan Apa Yang Kita Ada

Sebelum ni kita sibuk kata rumahku syurgaku. 
Ni dah dapat cuti, manfaatkanlah sepenuhnya "rumahku, syurgaku". 

Masa kita kerja, anak asyik tanya mama tak cuti ke? Dah dapat cuti ni habiskanlah masa sebaiknya dengan anak-anak. 

Masa kerja asyik fikir aku tak sempat sedia  makan dan masak sedap-sedap untuk keluarga. Waktu perintah kawalan pergerakan ni la kita masak sedap-sedap untuk mereka. 

Masa ulang-alik kerja, kita asyik membebel duit habis isi minyak aje. Dah cuti 14 hari ni kan jimat duit isi minyak kereta. 

Masa suami sibuk kerja, hari-hari balik lambat kita membebel suruh suami duduk rumah hujung minggu. Jangan fokus kerja je. Ni suami dah cuti, haaa tatap puas-puas muka suami kesayangan kita. 

.
Bersyukurlah dengan apa yang kita lalui sekarang. Sekurangnya kita masih boleh bersama keluarga tersayang. Masih boleh manfaat masa dengan mereka sebaiknya.

Sebelum Allah tarik nikmat ni yang tak tahu bila. Pasti saat tu kita menangis air mata darah, insaf pun dah tak guna.

#stayathome
#covid19

Friday 20 March 2020

Covid 19 Stay At Home

‘’Apakah sumbangan anda pada negara?”

“Saya duduk di rumah ketika covid-19 melanda negara”

Ketika kita tak tahu apakah sumbangan yang boleh kita lakukan untuk negara, ayuhlah sama-sama kita bekerjasama dalam tempoh berbaki 12 hari ni sahaja. 

Duduk rumah. Buat aktiviti bersama keluarga di rumah. Jangan keluar. Stay at home. 

.
Semoga wabak covid 19 yang melanda negara berlalu pergi.