Showing posts with label Ebook Saya Imam Awak Makmum. Show all posts
Showing posts with label Ebook Saya Imam Awak Makmum. Show all posts

Monday 22 June 2020

SUAMI MENGAMUK ISTERI LAMBAT MASAK.

Sampai rumah bergegas aku masuk dapur keluarkan ayam, dan sayuran lain. Sepantas kilat bersilatlah aku di dapur mahu sediakan makan malam. Beginilah rutin aku setiap petang. Tapi bukanlah langsung tak dapat cuti rehat memasak.
Selalunya suami aku pasti akan tanya, "Harini sayang nak masak apa? Nak rehat ke? kalau nak rehat kita boleh beli je." Seminggu pasti sehari atau dua akan ada Cuti Rehat dan gantung kuali.
Aku pasti setiap wanita mahu berikan yang terbaik untuk suami dan keluarga mereka. Aku juga pasti walau penat macam mana pun isteri tetap akan cuba memasak hidangan simple, asalkan kenyang perut ahli keluarga.
Isteri tidaklah terlalu mengharap suami bantu mereka di dapur. Sebabnya ada sesetengah isteri yang lebih suka buat kerja sendiri bila di dapur. Tapi isteri pasti akan cukup gembira dan tersenyum riang bila suami ringan tulang bantu tolong jaga anak bila isteri memasak.
Sekurangnya tidaklah isteri berkejar-kejaran. Tengah bersilat di dapur kemudian ke ruang tamu pula bertukar jadi hulk gara-gara anak-anak bergaduh berebut mainan.
Malah lebih bagus dan seronok jika suami dengan penuh kesabaran menunggu isteri siap memasak. Tak perlu mengamuk kelaparan. Perut semua orang dalam rumah pasti lapar. Lebih lagi bila terbau makanan yang sedang dimasak.
Jika suami sendiri tak boleh tahan sabar hanya sebab lapar, kesianlah pada isteri yang barangkali di pejabat pun langsung tak sempat jamah makanan akibat terlalu sibuk. Isteri dan anak-anak juga pasti lapar.
Tak salah menunggu sekejap untuk makan bersama. Pasti nikmatnya akan lebih dirasai.
Kalian rasa apa perasaan isteri bila suami mengamuk gara-gara isteri lambat siapkan hidangan makanan? Aku pasti emosi isteri akan terganggu. Percayalah, isteri akan memasak dengan penuh rasa tenang dan kasih sayang bila suami sabar menanti. Bila tiada pergaduhan atau drama sebabak yang berlaku.
Memasak ni perlukan emosi yang sangat stabil dan tenang. Kerana itulah walau simple macam mana pun masakan, ia akan jadi sedap kerana air tangan isteri yang ikhlas dan penuh rasa kasih sayang itu mengalir.
Aku petik sedikit perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew. Beliau kongsikan ada 3 petua yang boleh kita lakukan bersama suami isteri untuk sentiasa merasai hangatnya cinta dan kasih sayang iaitu :
1. Makan bersama. Berdua-duaan. Saling suap-menyuap atau jika makan di luar boleh saja berkongsi makanan dan minuman.
2. Solat bersama-sama. Sentiasa sebut nama pasangan dalam setiap doa.
3. Buat Taklim dan majlis ilmu dalam rumah. Buat perkongsian ilmu dan taklim 5 minit setiap kali selepas solat. Kalau rasa tak sempat sangat buatkan 5 minit semasa dalam kereta, atau di mana sahaja keadaan sesuai ketika bersama.
Buatlah dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang. Semoga rasai cinta itu akan sentiasa mekar mewangi menghiasi hubungan kita.
.
Hangatkan lagi hubungan suami isteri dengan membaca dan tambah ilmu dalam EBOOK SAYA IMAM, AWAK MAKMUM.

Nafkah Anak-anak

Tertarik dengan perkongsian Puan Suzana Ghazali, Perunding dan Peguam Bela Syariah berkaitan nafkah anak².
.
Cerita pada 2013 yg lalu- antara adegan dalam sesi bersemuka bersama saya semalam:
Klien: Bekas isteri saya mintak tambah nafkah anak.
Saya: Umur anak berapa?
Klien: Anak 2, sorang 12 tahun, sorang 9 tahun. Sejak lepas cerai saya tak pernah putus bagi RM400 sebulan tapi baru ni, dia fail kes mintak tambah pulak.
Saya: Cerai bila?
Klien: 2006, memang tiap2 bulan saya tak pernah miss bayar ke akaun dia RM400. Tau2 sekarang ni dia mintak tambah plak.
Saya: Mmmm mudah kira lah, kalau lah tuan yg jaga anak2 tu, cukup tak RM400 sebulan?
Klien: Memang cukup lah. Saya tau mesti cukup punya.
Saya: Ok, mai kita kira. Bayar kat anak2 RM400 kan? Ok, untuk rumah, kalau sewa kat kawasan tempat bekas isteri tinggal sekarang dengan anak2, paling murah berapa?
Klien: Paling murah RM900 boleh dapat dah.
Saya: Ok, RM900, katakanlah kira separuh je sebab separuh lagi bahagian bekas isteri, jadi sewa rumah RM450, betul?
Klien: Ya betul.
Saya: Tuan bagi untuk anak2 RM400 ja, untuk penginapan pun belum cukup tu! Macamana tuan cakap RM400 dah cukup? Makan minum dll belum kira lagi tu...
Klien: Tapi dia kerja, saya pun ada isteri baru, ada 2 anak tiri duduk dengan saya.
Saya: Betullah dia kerja tapi nafkah anak adalah tanggungjawab ayah, bukan ibu.
Klien: Ye ker bukan tanggungjawab ibu?
Saya: Ya, betul! Biaya nafkah anak bukan tanggungjawab ibu tapi kalau ibu bantu, itu ihsan. Ihsan ni, kalau tak buat tak berdosa, buat dapat pahala. Tapi tanggungjawab kalau tak buat berdosa. Awak tolong bekas isteri jaga anak tiri, tu ihsan. Tapi anak2 awak yg jadi tanggungjawab awak, camana?
Klien: Habis tu, kalau ayah tu mati?
Saya: Kalau mati tu lain cerita la, ini cerita sebab masih hidup dan mampu berusaha. Ikut hukum syarak pun, kalau ayah meninggal, tanggungjawab biaya nafkah anak ditanggung oleh ayah kepada ayah si anak kalau masih ada, kalau tak de, jatuh kat bapa saudara sebelah ayah, bukan ibu yg bertanggungjawab. Kalau saya peguam bekas isteri tuan, saya akan ketengahkan fakta tuan sengaja mencari beban baru dengan berkahwin lagi dan dengan sengaja juga gagal melaksanakan tanggungjawab dan mengabaikan anak2 sedia ada..
.
Masuk sahaja alam perkahwinan, setiap antara kita perlu memikul tanggungjawab. Suami dan isteri.
Bila sudah ada anak, tanggungjawab pada anak pula. Tak terlepas walau sedikit pun tanggungjawab bapa terhadap anak walaupun telah terputus ikatan antara pihak suami dan isteri.
Setiap antara kita suami isteri sentiasa mendambakan "Suami Imam, Isteri Makmum"
Apa kata kita refresh semula ilmu perkahwinan dan rumah tangga dengan MEMBACA EBOOK SAYA IMAM, AWAK MAKLUM.
Klik pada link sapa yang berminat untuk dapatkan ebook ini ya.