Showing posts with label Biodata. Show all posts
Showing posts with label Biodata. Show all posts

Sunday 10 February 2019

Sesi Perkenalan

Tek : Anys Idayu Zakaria

Dah lama tak buat sesi perkenalankan.

Hai semua rakan baru, rakan lama dan follower (ada ke hehe).

Nama saya Anys Idayu Bt Hj Zakaria. Sudah pun mendirikan rumahtangga semula untuk kali kedua November lepas. Rezeki dari Tuhan berkahwin terus ada 4 orang anak perempuan.

27 tahun lamanya menetap di Johor Bahru. Lepas kahwin semula kini menetap di Puncak Alam, Kuala Selangor. Pertama kali merantau jauh dari keluarga. Pernah 2 tahun berjauhan semasa belajar di Politeknik Port Dickson.

6 tahun pengalaman bekerja dan belajar secara sambilan di UTM.

Masih bekerja sebagai Setiausaha di Jabatan Kerajaan. Secara sambilan sebagai Ghostwriter atau dikenali sebagai penulis upahan. Agen affiliate ghostwriter class.

Affiliate ebook, kelas content dan pengedar biskut raya kendalian Khairul Hakimin Muhammad.

Agen untuk mereka yang mahu belajar menulis dan terbitkan ebook sendiri. Dalam proses miliki ebookstore sendiri. Yang boleh terbitkan ebook dan bina rangkaian agen affiliate.

Penulis bersama Buku 50 kisah Rezeki Luar Biasa Suri Rumah. Dalam proses menulis Ebook Jana Duit Dengan Blog.

Pernah menjadi guru online kelas blog Akademi Bekerja Di Rumah. Saya juga menjalankan servis membina blogspot, design header, cover ebook, bisnes card, banner, bunting.

Saya lebih banyak menjalankan bisnes berasaskan servis berbanding produk.

Hobi utama membaca buku terutamanya novel, kisah hidup dan kejayaan orang lain. Di FB saya suka berkongsi tentang bisnes, kisah kehidupan masa lalu, aktiviti dan kisah keluarga. Food hunting kononnya hehe. Sejak kahwin suka memasak.

Impian 2019 mahu jadi agen affiliate yang berjaya. Mahu sertai lebih banyak kelas penulisan, kelas copywriting. Mahu menulis dan terbit 5 ebook. Nak maintain comel dan kurus. Tak lupa nak tambah anak hehhehe.