Showing posts with label Doa Untuk Suami. Show all posts
Showing posts with label Doa Untuk Suami. Show all posts

Tuesday 8 October 2019

Doa Untuk Suami

Kadang kala hidup ini tak seindah yang kita jangkakan.

Ya Tuhan, bantulah hati dan perasaan aku untuk terus kuat.

Semoga apa jua lintasan hati tidak menjadikan aku rapuh. Tidak juga jadi kenyataan yang memusnahkan impian.

Terima kasih Allah untuk nikmat dan pinjaman kebahagiaan yang diberikan. Semoga ianya kekal mewarnai hidup kami.

Ya Allah..

Kau ampunilah dosaku kini dan yang telah lalu
Kau limpahkanlah aku kesabaran yang tiada batasnya
Kau berikanlah aku kekuatan fizikal, mental dan kecerdasan minda
Kau kurniakanlah aku sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau peliharalah hatiku dari lintasan hati yang tidak baik dan merosakkan mindaku
Kau kuatkanlah semangatku
Kau kurniakanlah sifat kasih mengasihi sesama insan

Ya Allah, sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arash, Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.

Sekirannya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titianMu, Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya.

Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di syurgaMu limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya.

Jadikanlah suamiku Mohd Hasrul Shahril Bin Abd Samad, suami yang terbaik untukku di dunia hingga akhirat.

Ya Allah, peganglah hati aku dan hati dia untuk terus saling menyintai dan menyayangi keranaMu

Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati olehMu, Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya.

Berikan aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya dan berikanlah kesabaran kepadanya untuk menghadapi segala kerenah dan ragamku.

Sekiranya kami tergoda dengan keindahan duniaMu, Jadikanlah aku dan suamiku ini pembimbing dan saling melengkapi.

Limpahkanlah kesabaran padanya untuk terus membimbingku dan kesabaran padaku untuk terus dibimbingi

Sekiranya kami tunduk terhadap nafsu yang melalaikan, Kurniakan kami kekuatan untuk memperbetulkan keadaan. Berikanlah kebahagiaan kepada kami

Ya Allah Engkau yang Maha mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau jua yang mengampuni segala kesilapanku
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawab sebagai isteri, kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu.
Kuatkan hati dan semangatku
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami, bukanlah yang menyusahkan suami.

Aku ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah, penyejuk mata suamiku
Isteri yang sentiasa dekat di hati suami.

Ya Allah hanya padaMu ku pohon segala harapan
Aku pasrah dengan segala ujian
Aku reda dengan segala ketentuan
Aku pohon kekuatan, petunjuk dan hidayahMu.

Aamin Ya Rabbal'alamin....