Showing posts with label Catatan Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Catatan Bisnes. Show all posts

Wednesday 13 March 2019

Hormati Guru

Baru saya perasaan, sepanjang sesi sharing knowledge bersama Srikandi Inspirasi semalam makin kita kongsi, semakin kita mudah faham. Semakin seronok untuk kita terus belajar topik tersebut.

Saya bukanlah sifu, atau pakar. Sedikit ilmu yang ada, saya kongsikan dengan rakan-rakan menjadikan saya juga turut boleh belajar.

Gigih cuba menjawab pertanyaan mereka. Seronok bila mereka mula faham dan praktikkan.

Patutlah kita selalu lihat mereka yang sering berkongsi ilmu ni tak pernah jemu buat kelas sana sini. Sanggup pergi walaupun jauh. Sanggup bersekang mata sediakan nota dan kelengkapan. Rupanya ia memberi satu kepuasan pada diri sendiri.

Apatah lagi mereka yang turut serta, mendoakan kita. Subhannallah. Magik sungguh kuasa Allah. Ilmu perlu dipelajari tanpa sempadan. Hormati sesiapa sahaja yang berkongsi ilmu. Kerana setiap daripada kita ini guru, pada siapa yang kita pimpin.

#SrikandiInspirasi #SICircle

Saturday 2 March 2019

Peneman Setia

Mereka yang sentiasa jadi peneman setia ke mana pun aku pergi.

Si dia yang sanggup hantar ke sana sini dalam kembara aku mencari ilmu. Lebih sanggup menunggu berjam lama aku habis kelas, daripada biarkan aku pergi sendiri. Nasib baik, kalau tidak mau sesat tak jumpa tempat. Hehhe

Dia memang selalu buat preparation awal, sehari dua sebelum pergi mana-mana dah siap google map. Dah tengok apa yang ada sekitar tempat tu. Kalau aku memang tidak laa begitu.

Yang sentiasa bertanya perkembangan selepas ikuti setiap kelas. Kira macam kena buat sesi briefing, dan cerita semula apa yang aku dapat dari setiap kelas yang dihadiri.

Terima kasih untuk permulaan pengorbanan ini. Moga sentiasa di sisi aku selamanya jadi peneman untuk hari-hari akan datang.

Yang seronoknya dua anak ni. Sebagai upah teman mama dan dengar kata, daddy bawa berjalan. Setiap kali ada kelas di luar boleh la kita makan angin sambil mengunjungi tempat-tempat best.