Sunday 30 July 2017

Wanita untuk dihargai

Tek : Anys Idayu Zakaria

Gara-gara kisah kau Aliff, aku pun terpanggil untuk menulis juga. Lama dah tak menulis panjang. Status ni bukan untuk meraih simpati. Dah baca, rasa nak hadam, untuk peringatan diri sendiri kau hadamlah. Tak suka tak payah sibuk-sibuk nak kecam. Duduk diam-diam je.

Bila orang tahu kisah aku ramai yang kata kuatnya kau hadapi semua ni. Sampaikan tak ada sesiapa pun yang tahu.

Aku sendiri pun sampai sekarang tak percaya dari mana aku dapat kekuatan tu. Hampir 10 tahun semuanya aku yang tanggung sendiri, termasuk urusan anak-anak dan nafkah. Dengan kerja, dengan belajar. Dengan bisnes. Memang aku buat bisnes sebab nak cari duit lebih. Sebab tu sekarang bila orang tahu kisah aku, mereka tak nafikan kenapa aku sangat berusaha keras mencari rezeki.

Kalau aku tak kuat sapa nak pertahankan diri dan anak-anak aku bila dimaki hamun, diugut duit. Diugut pisau dan parang kalau tak ada duit. Itu belum campur lagi dengar suara anak menangis ketakutan. Walaupun tangan jarang naik, tapi objek lain yang menjadi mangsa balingan.

Kadang-kadang aku tak faham dengan lelaki ni. Masa ada kau anggap wanita macam sampah. Suka hati sepak terajang, tak bagi nafkah, curang depan bini. Ambil dadah, dan benda-benda terlarang yang lain. siap ugut konon bini tak mampu nak hidup tanpa mereka.

Perempuan kalau dah dia semua yang tanggung dan cari duit, aku berani kerat jari boleh hidup sendiri tanpa lelaki yang jenis tak bertanggungjawab macam ni.

Macam kes si Bella ni, kita kenalah hormati keputusan dia yang nak berbaik dengan si Aliff tu. Perempuan kalau dia kata masih sayangkan rumahtangga dia, maksudnya dia masih mampu bertahan dan cuba untuk menyelamatkan keadaan walaupun hati sendiri disakiti dan dikhianati.

Tapi bila dah berkali-kali dilakukan macam tu, bila dah tak ada perasaan sayang dan kasih,benci je yang menguasai masa tulah dia baru nekad untuk ambil keputusan. Aku dulu pun macam tu lah juga. Mana-mana wanita pun akan sakit emosi dan fizikal bila dipukul dan dikhianati. Bertahan selagi mampu. Tapi bila sudah tahap luar kawalan, keputusan nekad terpaksa diambil.

Bila sudah berkorban, orang tak hargai, kita berhak untuk memilih bahagia sendiri. Aku pun manusia. Aku tak berhak untuk menilai manusia lain. Tapi aku menilai dari pengalaman hidup.  Aku belajar, lelaki amat tewas bila dah terjebak dengan wanita, dadah, kaki minum, judi, kaki pukul. Orang yang rapat dan konon mereka yang disayang-sayanglah akan jadi mangsa keadaan. 

Aku terbayang. Kalau sekali lagi aku terpaksa berdepan dengan situasi macam dulu aku rasa aku dah tak kuat untuk hadapi lagi. Aku selalu bermohon sangat semoga Tuhan sentiasa jaga aku dan anak-anak. Supaya aku tak perlu lagi hadap situasi silam.

Sekali aku ambil keputusan nekad, tak mungkin sama sekali aku sanggup berpatah semula. Dan aku nasihatkan sekali kau melangkah dari lelaki jenis macam ni, jangan toleh belakang lagi. Belajarlah dari sejarah silam kerana yang akan melalui kelak diri kita sendiri.

Kita doakanlah moga Bella terus kuat hadapi kenyataan dan hari mendatang. Semoga si Aliff ni akan insaf.

Wanita untuk dihargai, disayangi. Bukan untuk dimaki hamun, disepak terajang macam bola. Campak sana sini. #anysidayuzakaria

No comments:

Post a Comment