Wednesday 7 June 2017

Tiram Home Food Delivery

Tek : Anys Idayu Zakaria

Hujung minggu lepas adik aku ada bagi cadangan. Kalau nak beli apa-apa menu untuk berbuka, order di Group Whatspp “Tiram Home Food Delivery”. Macam-macam menu ada. Pilih sahaja. Order dan mereka akan hantar ke rumah. Lebih jimat masa dan tenaga. Kita hanya perlu tambah sedikit sahaja caj penghantaran lebih kurang RM2-5.

Aku mula terfikir mahu cuba. Minggu hadapan sudah mula sesi persekolahan. Ini bermakna jalan juga akan bertambah sesak. Masing-masing sibuk mahu berkejar ambil anak balik sekolah, dan ke bazar ramadan.

Bermula semalam aku cuba buat belian pertama, dengan membeli mee goreng udang. Hari ni nasi ambang dan lontong kering. Abah siap komen, “Amboi senang sangat orang zaman sekarang, order makanan pun orang hantar sampai depan rumah.”

Ma punya komen “Bagus lagi beli macam ni. Kita tahu mereka memang masak hari yang sama. Ambil tempahan ikut bilangan orang order”. Kebetulan pula Ma terus bagi komen lepas makan kuih yang aku beli di kedai, kuihnya sudah basi.

Pada pengamatan aku sendiri, memang baguslah membeli cara ini. Mata pun tak payah nak menjamu makanan banyak-banyak. Yang akhirnya tak tahu nak beli apa.

Inilah yang aku gelarkan PARAM ONLINE. Berguna juga untuk aku yang jenis tak berapa suka menempuh jem, malas nak bersesak-sesak orang ramai, dan mencari tempat parking kereta.

No comments:

Post a Comment