Saturday 17 June 2017

Cermin Cover Insurans

Tek : Anys Idayu Zakaria

Dah bertahun aku pakai kereta, ambil insurans tak pernah cover sekali untuk cermin. Sebenarnya aku tak tahu pun cermin boleh cover. Kesiankan. Tahun lepas cermin sisi kereta hancur berderai kena tumbuk. Lagi kesian melayang duit gara-gara kemarahan orang lain. Gara-gara dia marahkan aku, kononnya aku naik mahkamah tanpa persetujuan dia, habis ditumbuknya cermin kereta. Hampir RM400 jugalah duit aku habis.

.
Untuk elak kejadian sama berulang, dek kerana kes masih belum selesai jadi adik aku nasihat ambil insuran tahun ni siap cover cermin.

.
Fikir-fikir semula baik aku bayar cover insurans daripada melayang lagi duit aku. Manalah tahukan. Tepat sekali firasatku. Kali kedua cermin depan kereta terkena lagi tumbukan. Retak kiri kanan. Mujur tak berderai. Ini pula gara-gara aku bersrtuju ke mahkamah bersama, tapi separuh jalan dia mengamuk. Ditumbuknya cermin depan kereta. Nak menangis pun tak guna.

Kali ini cermin dah ada cover insurans. Tapi aku masih bertahan guna sahaja cermin retak hampir setahun.  baru hari ni berkesempatan pergi claim dan ganti cermin baru.

.
Nasib prosedurnya mudah sahaja. Telefon insurans, dan semak kedai yang ada cover untuk insurans cermin. Hanya perlu bawa fotostat geran, cover note insurans, kad pengenalan dan lesen memandu. Dan yang lebih penting insurans mestilah belum tamat tempohnya.

Mereka ganti cermin baru pun dalam masa sejam lebih. Aku ingatkan ambil masa sehari. Hahha tu yang tak pergi-pergi tukar. Rupanya tak sampai setengah hari pun. Raya ni bolehla melaram dengan cermin kereta yang tak retak. Kah kah kah.

No comments:

Post a Comment