Wednesday 23 August 2017

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia

Tek : Anys Idayu Zakaria

Proses yang dulunya mudah jadi agak rumit sekarang. Serius aku rasa hangin je bila ambil kad diskaun pelajar di Bank beberapa hari lepas.

Sebelum ni, nak ambil baucer buku tak sampai pun 10 minit. Hanya perlu pergi terus ke pejabat UTM, semak nama, ambil baucer dan turunkan tanda tangan. Punya mudahkan.

Tapi bermula tahun ini Baucer buku yang diterima pelajar telah ditukar kepada Kad Diskaun Siswa. Yang mana pelajar perlu membuat permohonan secara online. Jadi untuk melayakkan aku dapat kad ini, aku isi borang secara online.

Oleh kerana status permohonan sudah diterima, jadi aku pergi ke bank untuk ambil kad tersebut. Punyalah jenuh aku menunggu. Ambil masa hampir 2 jam berurusan. Bank di tempat lain aku tak pasti sekejap atau lambat. Tapi aku ambil di Bank Rakyat JB.

Untuk kau yang belum ambil lagi kad tersebut, ni aku kongsi pengalaman tempoh hari.

Pergi bank jangan lupa bawa salinan kad pengenalan dan kad matrik. Pegawai di sana semak nama kita, kemudian tunggu hingga mereka panggil. Isi borang yang diberikan. Sudah lengkap, kau perlu masuk ke bilik pinjaman kredit untuk semakan borang yang telah diisi tadi. Selesai mereka semak, keluar semula ke kaunter ambil nombor giliran.

Tunggu hingga dipanggil. Mereka semak sekali lagi untuk pengesahan dan barulah diberikan kad diskaun tersebut. Tanda tangan borang akaun penerimaan. Pergi ke mesin ATM untuk tukar pin no yang diberikan. Selesai prosesnya.

Proses macam ni memang agak lama dan ambil masa. Kau faham-faham sahaja lah bank, mana pernah surut dengan orang. Bukan kita je berurusan. Gara-gara nak ambil kad sekeping, masa habis di situ sahaja. Bertabah lah.

Pada pendapat aku, mungkin agak melecehkan bagi pelajar PJJ seperti aku ni. Tahu sahajalah, kami bekerja hari biasa. Hanya kerana mahu ambil kad tersebut masa habis lama di bank. Sedangkan tahun-tahun sebelum ni, proses ambil baucer buku tak makan masa yang lama seperti ini.

Nasib tahun ni, tahun terakhir terima, jadi redha sahaja. Syukur dapat juga RM250, Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia.

No comments:

Post a Comment