Tuesday 16 May 2017

Momen Zaman Sekolah

Tek : Anys Idayu Zakaria

Nak juga kongsi, momen-momen nakal zaman sekolah kah kah. Kenakalan nilah yang buat aku sentiasa ingat pada Cikgu-cikgu.
.

Antaranya dulu masa sekolah rendah aku pernah kena denda dengan cikgu sebab tak hafal sifir. Denda kena berdiri atas kerusi. Cikgu Chua sebat di tangan sekali, dan kerana malu didenda aku berjaya menghafal sifir. Kalau tak mungkin sampai sudah baca sifir pun tengok buku kah kah. Kau pun kan.
.

Kenangan yang ini paling aku tak lupa masa Darjah 3, ada seorang Cikgu yang agak lembut di sekolah kami. Satu ketika aku dan kawan-kawan pernah memanggil Cikgu lembut, cikgu lembut. Rupanya sampai ke telinga cikgu tersebut. Habis kami kena rotan. Insaf beb.

.
Masuk Sekolah Menengah, aku tetap jadi pelajar harapan. Tapi macam biasa nakal-nakal masih ada. Zaman inilah zaman paling seronok sekali. Bila waktu mata pelajaran yang kami tak berapa nak suka, mulalah kami pakat keluar beramai-ramai. Buat pusingan dan tawaf kawasan sekolah, keluar masuk tandas, menyinggah kelas rakan yang tak de cikgu. Menyembang di Taman Dinaour sekolah. Lagi-lagi bila mata pelajaran Add Maths waktu Cikgu Sabariah kami gelar Cikgu Satu Set, muka ni lah yang selalu hilang. Mujur lulus SPM.  Tapi bila pelajaran Sejarah, kerana Cikgu Foo garang macam harimau, semua murid tak berani angkat kepala bila cikgu mengajar.  Jadi waktu ni lah kami setia belajar dalam kelas walau tersenguk-senguk mengantuk. Hahha ni kenangan yang memang tak boleh lupa. Tapi kami masih selamat kerana ada lesen besar. Majoriti kami adalah pengawas sekolah.

.
Apapun pengalaman di sekolah memang manis. Walau dimarah cikgu kami tetap buat muka selamba. Cikgu maafkanlah anak muridmu ini. Walau marah macam mana sekali pun mereka tetap sabar mendidik kami.

.
SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik. Cikgu-cikgu di SKUT, SMUT, Politeknik Port Dickson, UTM, ustazah, ustaz sekolah Agama Ulu Tiram, Sek Agama Taman Bukit Tiram, guru dan sifu online. Ilmu kalian tidak ternilai. Semoga Tuhan anugerah syurga terindah untuk kalian atas bakti yang dicurah. Semoga kalian sentiasa dalam lindungan Ilahi.

No comments:

Post a Comment