Wednesday 17 May 2017

Selamat Hari Jadi Abah

Tek : Anys Idayu Zakaria

Hari ini satu lagi tarikh istimewa dalam kalender keluarga kami. Hari ini hari kelahiran Abah. 17 Mei 1953 beliau dilahirkan di Kelantan, membesar di sana dan terus merantau mencurah bakti dan jasa untuk negara sepanjang berkhidmat bersama ATM.

.
Tidak dinafikan beliau memang seorang Abah yang tegas, berdisiplin dan garang. Sesuailah dengan jawatan beliau dulu, sebagai Jurulatih Askar. Sayangnya tak de pula anak-anak yang ikut jejak beliau bekerja dalam badan beruniform. Kena cari menantu yang bekerja badan beruniform nampaknya. Kah kah kah.  Tapi bila di rumah beliau seorang Abah yang penyayang. Bakat memasak beliau hingga kini tetap kami rindui.  Beliau jugalah yang sentiasa mengambil berat apa jua masalah kami.  Kongsi sahaja apa cerita, politik, isu semasa, isu masyarakat semuanya di tangan beliau. Kita yang ternganga mahu menjawab beliau sudah ada jawapannya.

.
Alhamdulillah hingga ke hari ini beliau masih aktif menjadi AJK masjid, Pengerusi Persatuan Teksi,  Pengerusi Bekas Perajurit Bahagian Tebrau. Dalam diam beliaulah idola aku. Tapi jika dikenang terlalu banyak kenangan indah dan kesakitan yang aku buat hingga Abah pernah menangis kerana aku. Aku memang salah seorang anak kesayangan beliau, tapi aku juga yang pernah mengecewakan beliau.

.
Aku sentiasa berdoa moga Tuhan beri kesempatan untuk aku menebus semula kesilapan masa lalu. Aku tiada hadiah hebat untuk beliau hanyalah doa dan juga impian yang satu ini mahu hadiahkan segulung Ijazah yang bakal aku tamatkan sedikit masa lagi. 

.
Mohon kawan-kawan doakan semoga Abah aku sentiasa diberi kesihatan yang baik, dilimpah rahmat dan keberkatan dalam beliau meniti kehidupan, masa, rezeki dan usia diberkati Ilahi.

Selamat Hari Lahir Abah. Kak Long sayang Abah!

No comments:

Post a Comment