Thursday 13 September 2018

Kursus Pra Perkahwinan

Tek : Anys Idayu Zakaria 

Alhamdulillah yang ni part aku pula yang dah selesai. Menghadiri Kursus Pra Perkahwinan. Kali kedua ok. hahah. Terpaksalah hadir untuk melengkapkan dokumen pernikahan kami. Mujurlah aku rujuk semula pada mereka yang lebih arif. Jadi barulah aku tahu, dalam kes aku ni kena hadir semula kursus kahwin.

So kalian yang dari Negeri Johor, silalah take note ye. Yang mana-mana bercerai hidup, yang mahu berkahwin semula kalian dimestikan untuk menghadiri semula kursus pra perkahwinan. Walaubagaimanapun, untuk yang bercerai mati tak perlu hadir lagi. Cukup gunakan sijil kursus kahwin sediada.  Dan untuk mereka yang berusia 50 tahun ke atas juga tak perlu hadir. Ermm so kalau rasa tak nak hadir, tak kan nak tunggu umur 50 tahun baru nak kahwin kan hahah. 

Setiap negeri berbeza prosedurnya. Pasangan aku dari Selangor kiranya beruntunglah dah tak perlu hadir sekali lagi kursus tersebut, walaupun bercerai hidup.  Hanya perlu sertakan sijil sediada. 

So apa lagi, aku pun cubalah tinjau-tinjau di Ig. Terjumpalah IG Kursus Kahwin Islam Johor. Lepas dah buat pilihan tarikh maka hadirlah aku ke kursus tersebut pada 8 & 9 September yang lepas. Dengan bayaran RM120, disediakan sarapan dan makan tengah hari. Aku hanya perlu bawa duit, gambar berukuran passport dan salinan kad pengenalan.

Fuh! berasap otak ok. Slot yang padat dengan pengisian hari pertama bermula 8 pagi hingga 5.30 petang. Setiap jam bertukar penceramah. Bak kata salah seorang ustaz, tak payah beriya sangatlah. Tidur ke tak masa ceramah korang tetap dapat sijil dan kahwin. hahah. 

No comments:

Post a Comment