Wednesday 19 September 2018

Pilih pasangan Yang Solat

Tek : Anys Idayu Zakaria

Masa kursus kahwin haritu ustaz ada pesan, kita kahwin ni bukanlah nak membetulkan dan nak ubah pasangan. Tapi kena belajar terima seadanya.

Kalau sebelum kahwin dah tahu pasangan tak solat, kenapa kita sanggup pejam mata nak terima.

Dengan selamba ustaz siap buat ugutan, nak kahwin dengan isteri atau suami yang tak solat. Kahwin kahwin kahwin. Tak pe kahwin. Nanti lepas 5 tahun kau datang jumpa aku semula di pejabat agama.

Kalau dah tahu pasangan tak bertudung, kenapa nak terima dan sanggup pula minta dia berubah bila dah kahwin.

Pesan beliau, tak payah penat dan bersusah payah cari calon yang kita nak ubah dia lepas kahwin. Sebelum kahwin carilah terus yang memang menjaga solat. Yang bertudung. Senang dan mudah katanya.

Bila aku fikir dan renung semula, memang betul apa yang ustaz tu cakap. Kerana aku sendiri pernah melalui.

Aku pernah berjanji pada diri sendiri untuk mencari pasangan yang boleh bimbing aku. Bukannya yang perlu aku bimbing.

Dan kerana itu juga, si dialah yang berjaya mengetuk pintu hati ini. Bila aku pernah bagitau, aku mencari pasangan yang boleh bimbing aku, boleh ajar aku, pimpin aku, dan dia dengan sepenuh hati tanpa ragu-ragu menjawab, insya Allah dia akan bimbing aku sepenuhnya.

Alhamdulillah memang seperti mimpi. Dia datang tanpa diduga seperti melengkapkan mimpi dan angan aku.

Semoga hari-hari yang bakal kami lalui selepas ini, dia akan sentiasa berpegang pada janjinya, "InsyaAllah..saya pegang amanah jaga awak dan hargai awak sebagai isteri saya."

No comments:

Post a Comment