Wednesday 22 January 2020

Cara Mudah Simpan Duit Setahun

Untuk tahun 2020 saya masih praktiskan cara sebelum ni untuk menyimpan. 

RM20 sehari simpan dan terus transfer ke akaun tabung haji. Sebulan boleh menyimpan RM600. 

Memang ada masa culas juga tahun lepas. Tapi sekurang masih dapat menyimpan. Bila tengok jumlah dalam akaun makin bertambah, maka makin semangat nak simpan lagi esoknya. 

Tadi saya ada baca satu cara lagi untuk mula praktis menyimpan. Saya share di sini untuk cuba praktis juga cara ini. 

Cara mudah simpan duit setahun RM3,306. Tip perkongsian oleh Nik Nur Alif Faisal. 

1. Simpan RM1-  sehari. Total RM366

2. Simpan RM5 - Dua keping setiap minggu. Total RM520

3. Simpan RM10 - Dua keping setiap minggu. Total RM1040

4. Simpan RM20 - Dua keping setiap bulan. Total RM480

5. Simpan RM50 - Bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November). Total RM300

5. Simpan RM100 - Bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember). Total RM600

Jika kita betul-betul disiplin, setahun jumlah simpan keseluruhan sebanyak RM3,306

Banyak tu tau. Boleh guna untuk peruntukan persekolahan anak-anak tahun 2021 kan. 

Jom kita mula praktis. Walaupun Januari hampir berakhir, masih belum terlambat untuk mula Februari. 

Better late than never! Good luck untuk diri sendiri. Moga berjaya dan istiqomah.

Tuesday 14 January 2020

Surat Akuan Sumpah Hak Jagaan Anak

Macam biasa setiap tahun nak buka sekolah bertalu-talu pembaca blog akan wassap aku bertanya tentang contoh surat akuan hak penjagaan anak. 

Format tu sebenarnya daripada Pesuruhjaya sumpah. Parents perlukan surat tu sebab tak dapat atau tak tuntut hak jagaan anak di mahkamah selepas perceraian. 

Setakat ni, bila aku gunakan surat tersebut pihak sekolah /PPD tak pernah tanya lanjut. Cukup kita lampirkan sekali. Pihak sekolah memang nak sebab kita lampirkan sijil cerai. Maka mereka nak lampiran hak jagaan anak adakah betul bawah jagaan kita. 

Aku pun perlukan surat tersebut bila nak hantar borang maklumat diri anak ke sekolah. Untuk pertukaran sekolah anak pun perlu juga surat pengesahan tersebut. 

Semoga dengan adanya contoh format tersebut, dapatlah membantu ibu/bapa yang memerlukan. Dan memudahkan urusan pendaftaran sekolah anak-anak.

Thursday 9 January 2020

Selamat Tahun Baru 2020

Rasa macam dah lama lost track. 

Nak kena back on track. Kena aktif semula ni. 

Welcome back untuk Tahun 2020. Semoga lebih baik dan lebih aktif. Insya Allah. Doakan ye.

Sunday 8 December 2019

Ejen Ali The Movie






Petang semalam sebelum kami berangkat balik semula ke Selangor, sempat bawa anak-anak menonton Ejen Ali The Movie. 

Walaupun terlewat masuk 5 minit, dan huru-hara kejap aku nak bagi depa semua selesa dan fokus menonton, movie ini sangat best dan tidak menghampakan. 

Aku yang tak berapa minat tengok kartun, mulanya susah juga nak faham jalan cerita, tapi pengakhirannya yang sangat menarik, mampu membuatkan aku cepat tangkap apa yang berlaku. 

Anak-anak pun memang tengok dengan fokus sekali. Habis movie masing-masing berebut nak jadi ejen pilihan, siap dengan gaya bagai mereka lakukan. 

Daddy komen, sinografi filemnya sangat menarik, cantik dan memang tidak menghampakan. 

Yang paling best, ada beberapa babak yang menyentuh hati. Makanya yang cepat touching, pastilah mudah mengalir air mata. 

Kalau korang nak tahu part mana yang membuatkan suami aku touching, wajib tonton movie ni. Bukan hanya untuk anak-anak. Orang dewasa pun boleh tonton. Memang best. 

Filem yang memaparkan elemen kasih sayang persahabatan dan kekeluargaan. Walaupun tak banyak humour tapi masih mampu membuat penonton kekal menonton hingga tamat. 

8/10 rating untuk Ejen Ali The Movie. #ulasanmovie #ejenalithemovie

Wednesday 20 November 2019

Hanya Air Mata Berbicara

Raisha selalu buat mama terharu. Pagi tadi...

Aku : Raisha, tolong picit kaki mama. 
Raisha : Mama sakit kaki ke? Daddy tak picit ke kaki mama?
Aku : Daddy kerja, Raishalah tolong picit kaki mama. 

Sedang aku hampir melelapkan mata, tanpa disangka meleleh air mata keluar di tubir mata...

Raisha : Mama, kenapa mama sedih? 
Aku : Oh bukan sedih, nak tidur ni. 

Oh anak, engkau seperti memahami apa yang terbuku di hati. Aku tidak mampu meluah rasa. Hanya air mata berbicara. 

Friday 15 November 2019

Kasih Sayang Bukan Paksaan

Merayu agar dikasihi atau merayu agar jangan ditinggal pergi bukan jaminan akan mendapat kasih sayang yg didambakan. 

Mengadu dan merayulah kepada-Nya. 
Jika yg terbaik adalah bersamanya, mohon agar si dia lembut hati, kembali mengasihi dan menghargai dirimu.  

Andai sebaliknya, mohon agar diberikan kekuatan, ketabahan dan keceriaan untuk meneruskan hidup walau tanpa si dia di sisi. Sesungguhnya, cinta manusia bukanlah segalanya. 

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: "Sesungguhnya ketika Allah menciptakan kasih sayang, Dia menciptakannya 100 bahagian. Disimpan-Nya 99 bahagian di sisi-Nya, dan Dia memberikan untuk seluruh makhluk-Nya satu bahagian." - hadis riwayat at-Thabrani... 

#BinaBahagia
#CiptaBahagiaTersendiri
#BersamaSuzanaGhazali

Wednesday 13 November 2019

Hari Anugerah Kemenjadian Murid (HAKEM) 2019

Hari Anugerah Kemenjadian Murid (HAKEM) 2019. - Mampan Sahsiah Tinggi Intelek -

Dengar nama macam pelik je. Dah setahun baru menjadi murid ke? 
Istilah ini merujuk kepada hasil keberkesanan proses persekolahan secara holistik. Bukan merujuk kepada pencapaian akademik semata.  Tapi dinilai dalam semua program yang dijalankan seperti tingkah laku, program aktiviti luar sekolah dan kehadiran murid ke sekolah. 

Melalui 3 tahap iaitu tahap cemerlang, tahap menguasai dan tahap minima. Penilaian ini untuk tahap 1 (darjah 1-3). So kiranya sekarang dah tak da no 1-3 dan tak ada juga subjek terbaik teras. 

Tetapi untuk tahap 2 (darjah 4-6) masih lagi seperti kita dulu-dulu ada tempat pertama hingga ketiga. Dan mata pelajaran terbaik.








Tahniah Raisha, walaupun capai tahap minima, tapi satu kebanggaan. Kena lebih giatkan usaha untuk akan datang. 

#raishaqasrina