Kek Pandan Kukus Sempena Hari Bapa gituw. Pandai ke tidak belakang cerita. Yang penting cuba buat dulu. Dan hasilnya jadi jugalah walau tak berapa sangat.
Yang penting suami dan anak-anak makan banyak potong. Sedap kata mereka. Haha maklumlah mama tak pernah buat kek seumur hidup.
Yang nak cuba juga, jom follow resipi ni.
Bahan-bahan :
1. 3 biji telur
2. 1/4 cup minyak masak
3. 1/4 cup susu cair
4. 1/2 cup gula
5. Secubit garam
6. Sedikit esen vanila
7. Sedikit pewarna hijau
8. 1 sudu ovellate
9. 1 cawan tepung naik sendiri
Cara-cara :
1. Bahan 1-8 diblender semuanya.
2. Letak dalam bekas, kemudian campur sedikit demi sedikit tepung naik sendiri yang dah diayak.
3. Kacau rata. Aku blender sekali lagi supaya tepung tak berketul
4. Tapis dan masuk dalam loyang. Loyang aku sapu sedikit butter kelilingnya.
5. Tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus selama 30 - 40 minit.
Aku tak pernah guna whipping cream. So part hiasan kek ni memang tak berapa nak menjadi.
Aku pergi blender whipping cream dengan 1/4 cawan susu pekat dan 1/4 cawan susu cair.
Bila dah blender semua, whipping creamnya cair.
Sepatutnya piping je whipping cream ni atas kek.
Walaupun hasil tak berapa nak cantik, tapi sodap dimakan.
Ok guis, selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment