Hari-hari masak ayam, sampai tak tau nak buat macam mana. Aku cuba pula resipi ni Ayam masak sos lada hijau. Senang sangat resipi ni.
Bahan-bahan :
1. Isi ayam
2. Lada hijau hiris halus
3. Sebiji Bawang besar hiris halus
4. 2 ulas bawang putih hiris halus
5. Sos cili
6. Sos tomato
7. Sos tiram
8. Tepung jagung
Cara-caranya :
1. Isi ayam potong kecil, basuh dan gaul dengan tepung jagung. Dan goreng dalam minyak panas.
2. Bila ayam siap goreng, tumis bawang besar dan bawang putih.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram bila bawang dah kekuningan.
4. Masukkan ayam yang dah digoreng tadi
5. Kacau rata. Boleh letak sikit air kalau kau nak ada kuah sikit.
6. Masukkan bahan perasa garam dan gula. Masukkan lada hijau.
7. Kacau lagi dan boleh tutup api.
Tadaaa. Siap boleh hidang untuk makan dengan nasi panas.
Marbelesss hingga menjilat jari gitu. Tak berapa pedas. Rasanya masam-manis.
No comments:
Post a Comment