Wednesday, 19 June 2019

Masak Dengan Kasih Sayang

Masa perkahwinan pertama dulu, aku memang jarang sekali masuk dapur. Tambah pula masa tu mak mertua selalu bekalkan lauk untuk aku bawa balik. 

Bila sesekali masak hujung minggu, aku selalu terima komplen dan rungutan.

"Masak apa ni. Macam ni nak bagi orang makan!"

"Lambatnya masak!"

So aku jadi down. Aku jadi terus tak minat nak masak. Aku jadi takut nak masak. Kalau-kalau masakan aku tu tak kena dengan tekak orang yang nak makan.

.
Tapi sekarang dah berbeza...

Korang tau dari mana timbul minat memasak ni? Tentulah dari suami tercinta.

Dia selalu tanya aku nak masak apa. Bila selesai makan akan puji masakan sedap, walaupun hanya goreng telur potong cili.

Jadi setiap hari aku bersemangat nak cuba masak pelbagai resipi.

Dia pun selalu kongsi resipi. Salah satu cara dia nak bagi aku minat juga tu.

Masakan yang aku masak dan kongsi hampir semuanya aku tengok di google, instagram, pintrest atau Group Masak Apa Hari ini.

Daripada situ, aku simpan resipi dan cuba buat dan olah ikut sendiri punya, ikut bahan yang ada.

Aku kongsikan di blog dan FB ikut cara yang aku masak.

Kadang kala kita ni bukan tak pandai. Tapi tak nak cuba. Seronok rupanya memasak ni.

Betul kata orang kita masak penat-penat bila orang lain makan dengan kenyang dan sampai habis, kita tak makan pun jadi kenyang.

#aizmenulis

No comments:

Post a Comment