Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Monday 17 June 2019

Kek Pandan Kukus

Kek Pandan Kukus Sempena Hari Bapa  gituw. Pandai ke tidak belakang cerita. Yang penting cuba buat dulu. Dan hasilnya jadi jugalah walau tak berapa sangat.

Yang penting suami dan anak-anak makan banyak potong. Sedap kata mereka. Haha maklumlah mama tak pernah buat kek seumur hidup.

Yang nak cuba juga, jom follow resipi ni.

Bahan-bahan :

1. 3 biji telur
2. 1/4 cup minyak masak
3. 1/4 cup susu cair
4. 1/2 cup gula
5. Secubit garam
6. Sedikit esen vanila
7. Sedikit pewarna hijau
8. 1 sudu ovellate
9. 1 cawan tepung naik sendiri

Cara-cara :

1. Bahan 1-8 diblender semuanya.

2. Letak dalam bekas, kemudian campur sedikit demi sedikit tepung naik sendiri yang dah diayak.

3. Kacau rata. Aku blender sekali lagi supaya tepung tak berketul

4. Tapis dan masuk dalam loyang. Loyang aku sapu sedikit butter kelilingnya.

5. Tutup loyang dengan aluminium foil.  Kukus selama 30 - 40 minit.

Aku tak pernah guna whipping cream. So part hiasan kek ni memang tak berapa nak menjadi.

Aku pergi blender whipping cream dengan 1/4 cawan susu pekat dan 1/4 cawan susu cair.

Bila dah blender semua, whipping creamnya cair.

Sepatutnya piping je whipping cream ni atas kek.

Walaupun hasil tak berapa nak cantik, tapi sodap dimakan.

Ok guis, selamat mencuba!

Saturday 15 June 2019

Kuah Lodeh

Kuah lodeh & ayam rendang dimakan dengan ketupat dan sambal ikan bilis. Menu menjamu family mertua.
Korang yang nak teringin nak makan, boleh la cuba masak esok. Mana tau boleh jamu tetamu datang beraya kan.








Bahan-bahan A :
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Seinci halia
Seinci kunyit hidup
Sedikit udang kering
(Blender semuanya bahan A)
Serai 2 batang diketuk
1 Kiub ikan bilis
Bahan-bahan B :
*Kubis
*Kacang panjang
*Carrot
*Suun
*Tempe (goreng tak garing)
*Tauhu (goreng tak garing)
* Kauntitinya ikut berapa banyak kita nak letak
Santan (aku guna 2 plastik - bersamaan 2 biji)
Cara masak :
1. Panaskan minyak. Masukkan serai yang dititik bersama dengan bahan yang A yang telah diblender. Masukkan kiub ikan bilis.
2. Kacau hingga naik bau.
3. Masukkan santan. Kacau sentiasa supaya santan tak berketul.
4. Santan mendidih, masukkan semua sayuran. Kacau lagi.
5. Masuk bahan perasa. Garam. Serbuk kunyit sikit, sebab aku rasa colornya macam pucat.
6. Mendidih boleh angkat dan hidang.
Sedap hingga menjilat jari katanya. Heheh.
Selamat mencuba uolls!

Wednesday 12 June 2019

Murtabak Meggi

Tekak dah jemu sarapan raya, jadi pagi tadi aku cuba buat murtabak meggi. Habis licin suami dan anak-anak makan. Sodap la tu kan.

Korang nak cuba untuk sarapan esok, boleh follow resipi di bawah.

Bahan-bahan :
2 bungkus meggi - rendam air panas
2-3 biji telur
3 biji cili padi merah - potong halus
Sedikit lobak - potong dadu
Sebiji bawang - potong dadu
Secubit garam
Sedikit lada sulah
Serbuk kari (aku tak guna serbuk kari meggi, guna kari biasa)

Korang boleh tambah bahan lain seperti :
Daun bawang - potong halus
Sosej potong kecil-kecil

Cara masak :
1. Meggi yang direndam air panas ditos dan letak dalam mangkuk
2. Semua bahan yang dipotong dadu dimasukkan dalam mangkuk meggi
3. Tambah bahan perasa garam dan lada sulah
4. Pecahkan telur ke dalam mangkuk tadi
5. Gaul rata semua bahan
6. Panaskan minyak dalam kuali.
7. Bila minyak sudah panas, masukkan meggi yang digaul tadi untuk digoreng. Bancuhan tadi boleh buat beberapa kali.
8. Goreng hingga kekuningan dan terbalikkan.
9. Dah masak boleh angkat dan letak dalam pinggan.
Aku dapat 3 biji murtabak dari bancuhan tadi.
10. Boleh letak sos cili dan mayonis atas murtabak.
Nyummy! Boleh makan sampai kenyang.

*Meggi yang aku bancuh ni kurang telur. Aku guna hanya 2 biji sahaja. Telur habis tak dan beli.
Kalau telur lebih, bila goreng rupa meggi tu tak nampak.

Image may contain: food




Image may contain: food






Image may contain: food

                                                                                                      
                                                         Image may contain: food
                                                Image may contain: food
                               Image may contain: food          Bila dah masak, angkat dan letak dalam pinggan. Murtabak ni kurang telur jadi bila goreng masih nampak seperti meggi. Jika telur banyak rupa meggi tu tak nampak. 

Friday 7 June 2019

Sambal Jawa

Haritu aku cuba masak sambal jawa sebagai menu raya. Ni la first time aku cuba masak menu ni. Aku ubah sikit-sikit bahan masaknya. Resepi asal daripada Dr. Chaku.  Tapi dia punya marbelesss tengah hari dah habis. Baru siap masak pun anak dok ulang alik ratah, makan gitu je. Menjadi jugalah kan.

So korang yang nak cuba sebagai menu raya esok-esok boleh la.


Bahan-bahan A

Image may contain: 1 person, food
Bahan A

8-10 biji Bawang besar
5-7 biji Bawang merah
5 Bawang putih
Seinci halia
Seinci lengkuas
2 batang serai
10-15 batang lada kering
*Blender semua



Bahan-bahan B

Image may contain: food
Bahan B

10 keping tempe
5 keping tauhu
3 biji kentang
Udang kecil
Boleh masuk daging, paru. Aku tak letak paru sebab husband tak suka makan.
*Semua bahan B potong dadu, dan digoreng.


Bahan C
Santan
Asam jawa
Serbuk perasa
Gula melaka


Bahan D
Lada merah potong halus sebagai hiasan tabur atas sambal


Cara masak

1. Tumis semua bahan A hingga naik bau dan betul-betul masak.

Image may contain: food


2. Campurkan semua bahan B ke dalam kuali tumisan

Image may contain: food


3. Kacau hingga sebati. Letakkan santan. Jika rasa nak pekat dan ada kuah boleh lebihkan santan.

Image may contain: food

4. Bila dah mendidih, masukkan air asam jawa, gula melaka dan serbuk perasa garam.

5. Kacau lagi hingga masak.


Image may contain: food

6. Siap masak. Boleh tabur bahan D. Aku tak letak sebab budak-budak nak makan, dorang tak tahan pedas.

Letak dalam mangkuk cantik untuk dihidangkan. Baru semangat nak makan. #dapuraiz#sambaljawa

Saturday 6 April 2019

Resipi Mee Jawa

Korang pernah makan tak Mee Jawa. Sebelum ni aku tak pernah dengar, atau makan pun. Kebetulan haritu, masa beli makanan adalah dijual mee jawa ni.

Aku beli sebekas. Tapi tak sempat rasa anak-anak dah habiskan. Semalam terfikir nak masak Mee Jawa ni, masak sendiri lagi sedap agaknya kan.

Awal pagi tadi, aku pun siapkanlah bahan nak buat mee jawa ni. Tapi punyalah lama masa aku ambil nak masak hampir 4 jam. Masuk dapur sediakan bahan memasak, berhenti untuk rehat. Buat sambil rehat sampailah siap.

Jadilah menu makan tengah hari kami untuk hari ni. Sekali masak je senang, dah tak perlu masuk dapur lagi.

Kalau korang buat confirm tak sampai sejam siap dah boleh makan. Nah resipi kot ada yang nak masak untuk makan petang nanti.

Bahan-bahan :

Setengah kilo daging. Potong kecil-kecil. Rebus sampai empuk.

Isi ayam potong kecil. Dalam resipi aku tengok tak de letak ayam. Tapi aku campur juga nak bagi banyak isi dalam kuah.

Setengah kilo keledek. Rebus sampai empuk. Sejuk dan lenyekkan.

Fish cake. Potong kecil dan goreng. Dalam resipi pun tak de. Tapi aku letak untuk ganti tauhu.

Sekilo mee kuning. Celur air panas.

Bahan Tumis :

2 biji bawang merah.
3 biji bawang putih
Seinci halia dan lengkuas
Serai sebatang
Beberapa batang cili kering
* udang kering (aku tak letak semalam cari di Kedai tak de)

Blender semua bahan untuk ditumis.

Bahan hiasan :

Tauge
Bawang goreng
Cili merah dan hijau potong kecil
Telur rebus belah dua

Cara Memasak :

1. Panaskan minyak. Masukkan bahan tumis. Tumis hingga naik bau.

2. Masukkan serbuk kari dalam periuk tumisan. Letak sikit air rebusan daging untuk mudah kacau bahan tumis.

3. Masukkan ayam dan daging yang dah direbus tadi. Biarkan beberapa minit nak bagi ayam dan daging empuk. Masuk juga sikit air rebusan.

4. Bila dah empuk, masukkan keledek. Fish cake, lebihan air rebusan daging tadi. Kacau hingga mendidih.

5. Masukkan bahan perasa. Garam, gula. Aku masukkan kicap sikit bagi naik warna. Masukkan juga sikit bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.

6. Kacau hingga mendidih. Dah masak, boleh la hidangkan.

Mudahkan. Sekejap je sebenarnya. Cuma masa aku ambil lama sebab buat sekejap-sekejap sambil rehat. #meejawa #resipi #dapuraiz

Monday 11 March 2019

Kuih Bingka Bakar Guna Pemanggang Ajaib

Tek : Anys Idayu Zakaria

Haritu aku ada tanya korang nak masak apa guna pemanggang ajaib ni kan. Ada yang cadangkan buat kuih bakar. Jadi aku pun beriya jugalah nak cuba. Kuih ni Ma biasa buat masa kami kecil-kecil dulu. Kira kuih tradisi gitu.

Petang semalam aku pun kelentang kelentung di dapur nak cuba buat kuih bakar ni. Sambil diperhati dua anak dara yang sibuk bertanya macam-macam. Maklumla pertama kali tengok mama buat kuihkan.

Mudah yaaa amat rupanya. Korang nak cuba bolehla ikut resipi di bawah.

1. Gula 1 cawan
2. Tepung gandum 2 cawan
3. 2 kotak santan (200ml)
4. 1 cawan air
5. Telur 2 biji
6. Sedikit garam
7. Sedikit esen vanila
8. Sedikit pewarna hijau. Kalau ada daun pandan pun boleh.

* Boleh letak bijan kalau nak. Aku tak suka. Jadi memang tak letak.


Cara-cara :

Campur semua bahan tadi dalam blender. Kisar hingga semua sebati. kacau dengan sudu jika rasa ada yang berketul. Kemudian blender lagi.

Bahan yang sudah blender tadi letak dalam besen kecil.

Letak minyak pada permukaan, atas dan bawah pemanggang ajaib.

Tuang bancuhan tepung tadi dalam pemanggang.

Letak atas dapur. Pastikan api kecil.

Masak lebih kurang 30-45 minit. Selalu tengok-tengok. Balikkan pemanggang tersebut supaya masak kedua belah.

Nak tahu masak, dia dah nampak agak kekuningan, kuihnya merekah.

Biarkan sejuk dahulu sebelum potong. Biasanya kuih ni dimakan keesokkan hari barulah sedap rasanya.

Tapi aku tak sampai setengah jam nak bagi sejuk, anak-anak dah sibuk minta potong. Si Dia pun sibuk juga tanya jadi atau tak.

Tadaaaa dah potong, kecil-kecil comel begini (tengok gambar). Nampak macam hanguskan. Tapi tak hangit pun. Kuih ni memang begitu rupanya. Ada hangus-hangus gitu.

Hoyeee semua makan dengan banyaknya. Tinggal sebekas je untuk sarapan pagi ni. Guna pemanggang tu dia memang tak besar seperti acuan kuih bakar yang bulat tengah tu. Jadilah untuk buat sarapan pagi tadi.

bila makan masuk mulut je terus teringat kuih bakar yang Ma selalu buat. Aduhhh sedapnya serupa dah macam Ma masak. heheh. Malam tadi bagitau Ma Abah aku buat kuih, terus Abah kata, wahhh sedapnya sampai bau ke sana. Alahaiiii rindu mereka.

Thursday 14 February 2019

Roti Sardin Telur

Haritu dalam group resipi aku ada tertengok satu resipi yang buatkan aku terliur nak cuba.

Harini baru berkesempatan mencubanya. Resipi yang aku namanya Roti Sardin Telur.

Kalau korang nak cuba, bolehlah cuba ikut resipi ini.

Bahan-bahan :

Sardin sepeket. (Aku guna Sardin Ikhwan, produk Muslim)
Roti sebuku
Telur 2 biji
Secubit garam
Lada hijau dan merah
Sebiji bawang besar
Lada sulah.
* Boleh tambah bahan lain seperti sayuran hijau jika mahu.

Caranya :

1. Hancurkan sardin. Aku masak dulu sardin atas dapur.

2. Potong lada dan bawang secara dadu.

3. Pecahkan telur dalam mangkuk. Masukkan sardin yang telah dimasak tadi dalam mangkuk telur.

Aku letak dalam 2 senduk kecil sardin. Lebih simpan untuk sarapan esok pagi.

4. Masukkan lada dan bawang yang telah dipotong tadi. Secubit garam dan lada sulah.

5. Kocak telur tersebut hingga sardinnya sebati bersama semua bahan.

6. Potong roti pada dua bahagian.

7. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak.

8. Celup roti dalam telur sardin tadi. Rendamkan ia. Terbalikkan depan belakang rotinya.

9. Kemudian goreng roti tersebut.

10. Bila kekuningan angkat dan hidang atas pinggan.

Selesai masak dan kemas semua barang di dapur, bolehlah makan dengan sedap sekali bersama orang yang kita sayang.

Dan akhirnya, alhamdulillah kenyang dengan 2 keping roti sardin telur.

Selamat mencuba!